Mahu Dapatkan Buku SUHANA AMIRIL? Dapatkan Di Sini!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah Tidak Pernah Jauh dan Kerana DIA Tuhanku
Allah Tidak Pernah Jauh dan Kerana DIA Tuhanku

Sudah lama tidak iklan buku sendiri.

Sebelum itu, selamat datang dan terima kepada para pembaca yang baru menjejakkan diri di laman blog saya ini. Kalau hendak menyelam entri-entri lama di sini, semoga ketemu sesuatu yang bermanfaat ya! Tinggalkan sebarang komen anda, kalau ada.

Senyum!

Baiklah, untuk memudahkan para sahabat pembaca yang masih belum mendapatkan buku-buku tulisan saya, anda boleh dapatkan terus dari saya. Atau pun boleh dapatkan di kedai buku-buku berdekat. Tetapi adalah lebih afdhal dan sweet sekiranya anda dapatkan dari saya sendiri. Boleh kita berkenalan sambil-sambil tu. Hihi.

Insya-Allah, pembelian dari saya akan beserta tandatangan penulis.

Allah Tidak Pernah Jauh
Allah Tidak Pernah Jauh

Tajuk : Allah Tidak Pernah Jauh
ISBN : 978-967-86-0412-3
Halaman : 368 m/s
Berat : 350 gm
Tarikh Terbit : 25 Mac 2013

Harga : RM19.90
Harga Termasuk Pos Biasa : RM23.00

Sinopsis :

Buku ini lebih kepada mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal sebenarnya, DIA tidak hadirkan sesuatu itu dengan sia-sia.

ALLAH Tidak Pernah Jauh ini mengajak kita merenung diri dan menyeru kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila DIA datangkan ujian. Agar kita lebih redha dan teguh dalam keyakinan terhadap-NYA apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliah akhir zaman.

Naskhah ini menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Gaya bahasanya yang santai sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

Kerana DIA Tuhanku
Kerana DIA Tuhanku

Tajuk : Kerana DIA Tuhanku
ISBN : 978-967-86-0499-4
Halaman : 272 m/s
Berat : 250 gm
Tarikh Terbit : 19 Mac 2015

Harga : RM25.00
Harga Termasuk Pos Biasa : RM28.00

Sinopsis:
Mengharungi kehidupan di dunia, tidak pernah menjanjikan jalan yang indah. Adakalanya suram dan sedih. Tapi teruslah berjalan. Teruslah beramal. Bukan kerana manusia manusia. Tapi kerana ALLAH.. Kerana DIAlah Tuhan kita.

Bukankah itu sebenarnya sebuah cinta?

DAPATKAN SECARA KOMBO!

Allah Tidak Pernah Jauh dan Kerana DIA Tuhanku
Allah Tidak Pernah Jauh dan Kerana DIA Tuhanku

2 Buah Buku
RM50.00
(termasuk harga POS seluruh Malaysia!)

PERHATIAN :

Untuk pembelian sebuah buku dari mana-mana buku tulisan saya, saya akan poskan dengan pos biasa. Pos biasa maksudnya, saya akan menggunakan pos menggunakan setem untuk penghantaran. Biar kita kembali sekejap macam zaman dulu-dulu, menggunakan setem. Antara tujuannya adalah, untuk menjimatkan kos pos.

Anda tidak terbeban dengan kos pos yang mahal.

Risau tidak sampai? Insya-Allah, jangan risau. Akan sampai. Saya sendiri sudah pernah poskan banyak buku dengan menggunakan pos kiriman biasa. Penghantaran pos biasa dalam Malaysia akan mengambil masa 3 atau 4 hari waktu bekerja.

Pun begitu, sekiranya sahabat pembaca yang ingin membeli mahu menggunakan POSLAJU, boleh saja. Cuma kena tambah sedikit lagi untuk kos Poslaju.

Untuk sebarang pembelian, sila SMS atau Whatsapp ke 0145662637.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *