Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Salahkah Ber-SMS?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

SMS. SMS. SMS.

Hari ini, seorang rakan bertanya..

“Saya Laa Dia, ber-sms itu haramkah?”

Sebuah pertanyaan akibat keraguan yang timbul dari dasar hati, saya kira. Biasanya kita manusia begitu. Tapi, bagus juga apabila kita menyedari sesuatu dan kita ingin menelusuri akibat perbuatan yang mungkin mengundang keresahan.

Itu adalah pertanyaan kawan saya.

Telefon bimbit, interntet, pc, semuanya hanya sebuah alat untuk kita berinteraksi sesama kita. Seperti saya dan anda di alam maya ini. Baik dan buruk darinya, kita yang menentukan, padahal. Jadi, baiklah kiranya semuanya dalam pertimbangan selalu.

Saya jawab kepada kawan tadi, tidak. Tapi..

Apa Tujuan SMS Itu Dihantar

Untuk mengatakan atau mengeluarkan hukum haram secara terus, bukan saya orangnya. Jadi, saya berikan sesuatu persoalan untuk kawan tadi berfikir.

Senyum.

“Haramkah ber-sms?”

“Taklah. Kenapa?”

“Kalau lelaki dan perempuan ber-sms?”

“Tengok pada tujuan dan isi sms. Kalau penting dan mustahak. Hukumnya tidak jatuh haram pun, inshaALLAH.”

“Kalau dalam sms itu ada sebut sayang-sayang, macam mana?”

“Kalau macam tu, kamu agak-agak, macam mana?”

Pertama, bagi saya, ber-sms itu tidak salah. Tidak kira kamu hantar mesej kepada seorang lelaki atau perempuan. Tetapi, di atas urusan yang anda rasakan perlu dan penting sahaja.

Kedua, berhati-hati dengan mesej walaupun mesej yang anda taip itu tidak mengeluarkan suara. Kerana yang senyap ini lebih menusuk ke dalam jiwa.

Menjaga Apa Yang Sepatutnya Dijaga

Kalau saya ditanya sekali lagi, bolehkah seorang akhawat dan seorang ikhwan ber-sms? Maka jawapan saya, boleh. Tapi, biar saja atas urusan yang agak penting. Kalau hanya berbual-bual kosong dan perbualan itu tidak mengarah ke mana, maka sebaiknya jangan menghabiskan kredit anda hatta 5 sen pun. Hehe.

Islam sebenarnya indah dan sempurna. Didalamnya, telah digariskan syariat bagaimana cara-cara seorang lelaki mahupun seorang wanita berhubungan sesama sendiri. Dan Islam juga tidak melarang ummatnya berurusan sesama manusia, lelaki dan wanita. Kita boleh bergaul, berbual. Tetapi, jangan dilupa, ada syariat sebagai batasan.

Kenapa dalam Islam ada begini?

Kerana ingin menjaga keselamatan manusia.

Seterusnya, saya percaya dikalangan kita masing-masing sudah boleh berfikir baik buruk melalui tapisan akal fikiran yang ALLAh berikan. Maka, anda tahu apa yang tidak baik untuk diteruskan dan yang baik untuk diteruskan.

Yang terjaga dan dijaga itu sebenarnya indah. Senyum.

Untuk ini, ringkas sahaja dari saya. Cuba menulis sependek yang mungkin. Apa yang kita gunakan, semuanya hanya alat semata-mata, yang menentukan kesan baik dan buruk itu adalah diri kita sendiri. Manusia hendak belayar ke lautan yang tenang, dipersilakan. Manusia hendak belayar ke lautan yang bahaya, dipersilakan.

Tapi saya tidak akan biarkan. Sebab, saya sayang anda!

Walau bagaimanapun, ini hanya pendapat saya saja. Saya bukan pengeluar hukum. Maka, kalau ada keraguan, silalah merujuk kepada yang lebih arif. Saya hanya cuba memberikan jawapan mengikut arus akal fikiran yang di mana kita sendiri boleh memikirkannya tanpa bertanya apa hukum itu dan ini.

Wallahu’alam.

Semoga ALLAh Merahmati.

4 Comments

  1. ariffah9 says:

    ” Kerana yang senyap ini lebih menusuk ke dalam jiwa.”

    Whoa!

    [Balas Komen]

  2. jika sms tu kearah maksiat, maka haram lah jadinya.
    kita yg menetukan kearah mana digunakan 🙂

    [Balas Komen]

  3. Hafizul Amin says:

    Islam ni untuk kita juga.. bukan untuk org lain..

    huhu. best blog nie..
    mcm hilal ashraf..!!

    baru jumpak arini..

    [Balas Komen]

  4. tergantung pada niat apayang kita lakukan.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *