Bukan Susah Nak Faham – Zahiruddin Zabidi (U)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bukan Susah Nak Faham - Zahiruddin Zabidi

Bukan Susah Nak Faham.

Saya kira, dari awal muka surat isi buku ini sehinggalah ke akhir muka surat, memang mengekalkan jaminan sepertimana tajuk bukunya, Bukan Susah Nak Faham.

Sebenarnya, antara isi di dalamnya adalah mengenai persoalan kebanyakan dari umat Islam itu sendiri tentang Islam, tentang Ketuhanan, tentang hukum hakam yang ada. Yang dimana manusia yang tidak faham akan menyoal dengan sedikit protes. Tapi kadang-kadang lebih kepada mahu berfikir akan kelogikannya sahaja, bukannya menginginkan dalil-dalil yang berat. Titik. Hanya sedikit bandingan dengan logik akal.

Tidak semua segala persoalan mengenai agama perlu dijawab keras beserta dalil yang berat yang si penyoalnya sendiri belum tentu faham. Adakalanya, perlu memberikan tamsilan atau bandingan terlebih dahulu dan barulah diikuti dengan dalil yang berkaitan.

Soalan Demi Soalan

Ketika membaca buku ini, tidak sedar saya menghabiskan beberapa bab sambil berdiri menunggu sahabat yang belum tiba. Kadang-kadang tersenyum, kadang juga sedikit tergelak membaca isi di dalamnya. Tidak susah, tambahan isinya santai.

Saya masih ingat ketika masih ‘kecil’ dahulu, banyak juga persoalan yang saya utarakan kepada Ustaz dan Ustazah. Kadang-kadang, ada yang sudi melayan dan memberikan jawapan seperti yang saya inginkan. Tidak kurang juga yang mempamerkan ekspresi wajah terkejut dengan soalan saya. Dan kesalnya, persoalan saya hanya ditutup dengan ayat, ‘berdosa menyoal begitu’ tanpa memberikan tamsilan atau jawapan yang sesuai dengan logik akal orang awam seperti saya.

Ada isi di dalam buku ini juga boleh digunakan sebagai hujjah untuk menjawab persoalan orang-orang yang kononnya mulhid (ateis). Manusia yang tidak percayakan kewujudan Tuhan. Atau orang yang tidak beragama.

Antara yang mungkin ingin diketengahkan oleh penulis buku ini adalah, tidak semua perkara mengenai sesuatu hukum kita boleh persoalkan kenapa mesti begitu dan begini sedangkan kita adalah orang yang tidak mengaji! Sememangnya, kita sebagai hamba yang percayakan ALLAh Ta’ala sebagai Tuhan Sekalian alam, dan al-Quran sebagai kalam ALLAH, Rasul sebagai pesuruh ALLAh, apabila diperintahkan begitu dan begini, seharusnya tanpa banyak soal kita akan buat dengan rela.

Namun, tidak salah untuk mengkaji dan mendalami. Dengan syarat, kajian itu merungkai hakikat seorang hamba dan mendekatkan diri lagi kepada Tuan Punya Dunia~

Kadang-kadang, ada persoalan yang menjengah ke minda tanpa kita mahu. Selepas itu, soalan itu mengasak pula mahukan jawapan. Maka, berjumpa dan bertanyalah kepada yang alim dan ahli tentangya.

Tidak salah menyoal. Tapi jangan mempersoal!

Sedikit perkongsian dari saya. Kalau mahu tahu lebih, bacalah buku ini. Tersengih seorang-seorang ketika membacanya adalah perkara normal, bagi sayalah. Walaupun setiap diksi tidak menunjukkan kelucuan, namun makna tersirat itu kadang-kadang mengusik hati. Saya kira, itu membolehkan para pembaca lebih cepat menangkap apa yang mahu diketengahkan. Tambahan pula, di setiap bab, di akhir perenggan, ada kotak yang melampirkan pengajaran pada satu-satu bab itu.

Ingat ya, soal. Tapi jangan sesekali mempersoal!
Semoga mendapat manfaat dari buah tangan Ustaz Zahiruddin Zabidi ini.

Semoga ALLAh merahmati.

12 thoughts on “Bukan Susah Nak Faham – Zahiruddin Zabidi (U)

  1. Assalamualaikum, jazakillahu khaira ya ukht. Terharu membaca ulasan enti. Semoga Allah memberkati kita dengan Iman dan Islam. Semoga jua Allah mendamaikan kita dengan redha-Nya.

    Allahumma barikhlana bil ilm wal iman wal ihsan, waudkulana ila jannatin naim… amin ya Rabbal alamin.

      (Quote)

  2. Wa’alaikumussalam wbt, Ustaz.
    MashaAllah. Terima kasih berkunjung ke blog saya.

    Hanya sedikit kupasan daripada salah seorang pembaca buku Ustaz. Semoga pena Ustaz terus menyinari dunia seni penulisan Islam. InshaAllah.

      (Quote)

  3. assalamualaikum w.b.t saudara zahiruddin… saya telah membeli buku tersebut… Subhanallah saya amat kagum dgn buku tersebut.. ternyata ianya mmg senang di fahami… saya memohon agar saudara di kurniakan Ilham utk penulisan seperti itu lg…. Sukanya saya di sini memohon agar saudara dapat mengupas isu MEROKOK. Fatwa telah mengeluarkan yg merokok adalah haram.. tidak di nafikan juga ada yg sukar utk melepaskan gian merokok di kalangan saudara Islam kt yg telah terbiasa… mohon d bagi kepusan isu ini….

      (Quote)

  4. Waalaikumussalam warahmatullah, alhamdulillah, begitulah hendaknya tujuan buku itu ditulis. Fatwa mengenai rokok ulama kita masih terbahagi kepada dua pendapat sekalipun Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga sudah bersepakat akan keharamannya. Malah secara majoriti ulama dunia juga sudah mengharamkannya.

    Saya sendiri ada pengalaman dengan beberapa teman yang menghisap rokok namun dengan mujahadah yang bersungguh akhirnya berjaya, insya-Allah. Teman-teman yang bersama kita juga sangat memainkan peranan….

      (Quote)

  5. assalamualaikum wbt saudaraku zahiruddin zabidi…
    saya ingin bertanyakan… Allah akan memberikan pasangan yg baik dgn yg baik, dan begitu juga sebaliknya…. namun… bagaimana dengan org yg tidak baik sebelum nya itu berubah menjadi baik… adakah dia akan dijodohkan kepada yg baik atau bagaimana…? boleh bagi kupasan kepada saya…
    ini adalah bagi membantu saudari/saudara kt yg kembali ke jalan Allah… agar mereka di beri sinar dan kata2 semangat…

      (Quote)

  6. assalamualaikum wbt… terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.. mudah2an ianya dapat membantu saya dalam memberikan hujah kepada mereka yg memerlukan… mudaha Allah memberkati dan merahmati saudara sekeluarga… Insyaallah… Amin…

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *