Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Peraduan FRC : TDK1000M

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Travelog Debu-debu Kota 1000 Menara

Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara
ISBN : 978-967-10370-0-3
[ RM25 ]

Diterbitkan Oleh :
Mohd Farid bin Md Rashidi
No 36A, Kg Bendang Bechah,
09200 Kupang, Baling, Kedah.
Email : mdfaridrashidi@gmail.com
Laman Blog : www.faridrashidi.com
Tel : 019 4277846

Teringin hendak turut serta dalam peraduan yang Ustaz Farid buat sempena kelahiran anak sulungnya (baca: buku) yang pertama. Sebenarnya, saya sudah mempunyai sebuah buku ini siap ditandatangi oleh penulisnya sendiri. Tapi, tidak salah mencuba. Dan jika diizinkan oleh ALLAh Ta’ala saya ada rezeki dalam peraduan ini, saya akan berikan dua buah buku tersebut kepada sahabat-sahabat yang juga bertuah.

Seterusnya, dapat menyebarkan amal Ustaz Farid Rashidi.

Adalah suatu yang sangat membahagiakan apabila buku yang beliau nanti-nantikan selama ini telah terbit. Belum pun buku tersebut berada dihadapan mata, saya pasti. Sudah sangat teruja dengan perkhabaran tersebut. Akhirnya jerih-payah beliau dalam menjadikan impian beliau realiti, terbalas jua.

Pertama : Pendapat Saya Mengenai Buku Jenis Travelog

Melewati blog FRC, juga terbaca pada status di mukabuku minggu lalu sudah cukup memberitahu bahawa perasaan penulis yang sangat teruja kerana diperkenankan oleh ALLAh Ta’ala. Pastinya bukan sedikit pengorbanan yang dipertaruhkan. Ekoran itu, saya memesan sebuah buku daripada beliau sendiri. Kerana sebenarnya, buku beliau sudah saya nantikan sejak dari tahun 2010 lagi. Senyum.

Setakat ini, saya sudah membaca beberapa puluh muka surat. Dan antara yang paling terkesan dihati adalah tajuk Seraut Kasih Mereka pada halaman mukasurat 7 yang telah dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil yang mengisarkan perihal kasih seorang ibu dan ayah. Saya sangat pasti, walaupun penceritaan pengorbanan kedua orang tua tidak dapat diluahkan melalui pena secara holistik, namun anak yang soleh akan tetap mengenang setiap kenangan yang dilalui dan setiap satu pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua orang tua. Moga setiap dari anak-anak soleh dan solehah di dunia ini menjadi saham yang baik kepada kedua orang tua di akhirat sana.

Saya suka baca buku jenis travelog. Membacanya, membuatkan para pembaca turut sama membayangkan perasaan yang dilalui oleh seseorang watak dalam buku tersebut walaupun bayangan dan perasaan realiti itu adalah tidak sama. Apatah lagi jika buku travelog tersebut dimulakan penceritaannya dari bawah sehinggalah watak dalam buku tersebut menemui sinar baru. Digarap dan diolah pula dengan bersahaja tanpa penulis perlu berlindung dan hanya menceritakan yang baik-baik sahaja.

Biasanya, para penulis tanah air yang menulis buku jenis travelog ini adalah berdasarkan pengalaman, perjalanan hidup penulis itu sendiri. Dan barangkali kerana ditulis dengan sepenuh hati oleh penulisnya untuk orang ramai baca, dengan harapan, moga penulisan itu dijadikan iktibar dan menjadi pendorong setelah dikaut rahsia serta hikmah di dalamnya, seringkali membuatkan airmata saya dengan senangnya mengalir tanpa dipinta. Dan saya percaya, pembaca lain juga begitu.

Menangis? Itu normal. *sengih*

Menyusuri kisah kehidupan dalam sesebuah buku travelog sangat mengujakan. Apatah lagi apabila seorang penulis itu dapat mengukir kalam melalui pena menggambarkan tempat-tempat menarik yang pernah beliau lalui dan diami. Dan disertakan pula dengan keindahan kisah sejarah sesebuah tempat itu.

Bagi saya sendiri, itu dapat saya temui juga dalam buku Ustaz Farid Rashidi, Travelog Debu-debu Kota 1000 Menara. Memang akan teruja. Dan lagi, menggamit rindu dihati untuk pergi ke bumi anbiya’. Saya mohon, moga ALLAh benarkan saya merasainya.

Apabila buku tersebut sampai kepada saya tempoh hari, maka saya terus membaca satu persatu perkataan yang ditulis dari kulit buku sehinggalah bahagian Introduksi. Selepas itu saya membelek helaian belakang. Dan sangkaan saya benar. Ada ‘buah tangan’ daripada penulis kepada pembaca. Yakni gambar-gambar Ustaz Farid semasa berada di bumi Misr itu.

Menarik!

Saya kira, apabila membaca buku jenis travelog, membuatkan para pembacanya merasa dekat dengan penulis itu apabila sebuah buku travelog telah dikhatamkan. Sudah itu, para pembaca semestinya akan berkata begini pada diri sendiri,

“Saya mesti boleh. Saya mesti bangkit. Saya makin percaya, ALLAh memang tak pernah sia-siakan tiap pengorbanan seorang hamba..”

MashaAllah. Saya pasti, buku travelog yang dibaca itu, sudah tersemat dihati.

Dan buku Ustaz Farid ini, walaupun saya belum khatami, telah menyedarkan saya atas impian yang pernah saya hampir lupakan selama ini. Dek kerana beriman bahawa pilihan dan keputusan kedua orang tua untuk anak itu adalah demi kebaikan anak-anak. Tapi siapa tahu, saya akan mencapai impian saya suatu hari nanti? Dan dimasa itu, inshaAllah dengan sokongan dan iringan doa restu daripada Bonda dan Abah.

Kedua : Cogan Kata

Untuk menjadikan buku Travelog menarik, perlu.. bijak bermain emosi dengan para pembaca melalui penceritaan diolah secara bersahaja dan dengan ayat yang terjaga. Pasti melekat dihati pembaca.

Harapan Seorang Pembaca

Alfu mabruk sekali lagi buat Ustaz Farid Rashidi atas kelahiran buku yang pertama. Selamat meneruskan lagi usaha dalam bidang penulisan. Siapa tahu mungkin selepas ini sebuah novel pula dihasilkan melalui tangan Ustaz sendiri. Berdasarkan pengalaman Ustaz sepanjang berada di sana, tidak mustahil untuk menghasilkan sebuah novel yang dilatari dengan suasana bumi anbiya’.

Dan kepada para sahabat pembaca, mungkin boleh menyertai peraduan ini. Terpilih atau tidak, belakang cerita. Yang penting kepuasan setelah mencuba. Boleh baca mengenainya di weblog Ustaz Farid Rashidi (FRC).

Saya bangga dengan tindakan berani beliau dalam usaha menjadikan buku travelog ini sebuah realiti. Walaupun dengan menggunakan wang sendiri sepanjang proses. Betullah kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Setidak-tidaknya, saya mendapat sedikit semangat melihat jerih-payah sepertimana yang tercatat di blog beliau. Moga dicontohi.

Sejak blog saya ini wujud, ini adalah peraduan kali pertama yang saya sertai.

Semoga ALLAh merahmati.

5 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Walaupun saya tidak tahu siapa pembeli, pembaca blog dan buku saya ini, namun saya bersyukur kerana masih ada yang sudi membacanya dan membeli.

    Sekilas membaca entri ini, membuatkan saya sedih.

    Entahlah. Terima kasih!

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikumussalam.

    Subhanallah.
    Terima kasih sama, Ustaz!

    [Balas Komen]

  2. Tahniah!

    Saya kira tahun ini tahun yang paling banyak membeli buku travelog, termasuklah karya Ustaz Farid ini 🙂

    [Balas Komen]

  3. Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ustaz:

    First and foremost,Makbruk! Alhamdulilah saya telah khatam Travelog Debu-debu kota 1000 Menara Ustaz. MasyaAllah, sebagai orang tua yang telah puluhan tahun membaca…saya terjeda memenitip baris demi baris penulisan Ustaz. Subhannallah..pengalaman dan dakwah Ustaz cukup ampuh. Teruskan usaha untuk menebar dakwah Islamiah kepada generasi muda.InsyaAllah..ganjaran pahala Allah S.W.T akan melimpah ruah ….barakallah fik!
    Jazakumullahhu Khairan Kasira.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *