Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Mungkin Ini Bisikan Malam

Assalamu’alaikum w.b.t

Sudah terlalu banyak yang kita diamkan, sehingga rasanya tidak tertanggung lagi perasaan. Saat itu, hanya kata cinta dari Allah jadi kekuatan. Credit Pic: akagenosaru

Sudah terlalu banyak yang kita diamkan, sehingga rasanya tidak tertanggung lagi perasaan. Saat itu, hanya kata cinta dari Allah jadi kekuatan.
Credit Pic: akagenosaru

Nafas ku tarik dalam-dalam. Ku hembuskan perlahankan. Aku buang pandangan ke luar jendela, yang kelihatan hanyalah dedaunan dari pokok-pokok yang menghuni tanah kosong di sebelah rumah ini sejak beberapa tahun yang dulu. Jeda.

Apalah sangat yang dapat kulihat pada waktu malam begini. Paling kurang, jika dijauhkan sikit pandangan, hanyalah kelihatan bayang-bayang pokok dan dedaunan. Rembesan cahaya lampu jalan hanya sipi-sipi terkenakan. Gelap dan hitam itu sudah pasti.

Memang dunia ini bukan tempat untuk kau terus bersedih sehingga terasa tiada sinar pada esok hari. Dunia ini bukan juga tempat untuk kau bahagia dan gembira, sehingga tidak terasa bahawa duka sedang menjengah. Kalau dunia ini adalah sempurna, tiadalah diciptakan syurga dan neraka. Jadi pengukur kepada yang baik dan buruk. Jangan tidak tahu, cerita mengenai syurga dan neraka ada dalam semua agama. Agama-agama lain percaya neraka tempat yang paling buruk dan syurga tempat yang paling indah.

Tapi ya, aku beriman dengan agama yang Allah kurnia ini, Islam.

Buku 2016

Masih belum banyak buku yang telah dibaca awal tahun 2016. Tolak, tambah, darab dan bahagi cuma baru 5 buah buku, dan baru hendak masuk buku yang keenam.

1. KEMI 3: Tumbal Liberalisme – Adian Husaini
2. Berdamai Dengan Ketentuan Ilahi – Zahiruddin Zabidi
3. Mencari Wanita Setengah Bidadari – Fahruddin Ghozy
4. 147 Ilmuwan Terkemuka Dalam Sejarah Islam – Muhammad Gharib Gaudah
5. Orientalis & Diabolisme Pemikiran – Dr. Syamsuddin Arif

Sebelum itu, maaf. Aku sudah pernah katakan bahawa aku hendak kemaskini di blog sekiranya ada buku-buku terbaru yang aku sudah baca. Masih belum terlaksana. Lepas ini ya, selepas ini. Kadang-kadang asyik sangat membaca buku sehingga malas untuk diulas. Boleh tak alasan ini? Hahaha. Bergurau, janganlah serius sangat.

Vlog Di Youtube

Ada yang bertanyakan aku mengenai kenapa langsung tiada vlog? Adakah memang berprinsip setahun sekali untuk buat? Hahaha. Aku tergelak, serius. Sebenarnya sebabnya begini. Kamera DSLR dan segala kelengkapannya aku sudah tidak miliki atas sebab-sebab tertentu. Tetapi jujurnya, kalau ada kesempatan untuk memiliki DSLR atau kamera yang seangkatan dengannya, pasti akan kubuat video. Tapi dalam konsep yang lain sikit. Ada projek yang berkaitan dengan rakaman video sebenarnya yang terbantut.

Entahlah, belum masanya mungkin?

Tapi kalau ada dalam kalangan sahabat pembaca blog ini yang hendak sudi meminjamkan atau menyewakan kamera DSLR yang boleh merakam video dalam kadar yang rendah untuk tempoh beberapa hari, boleh tolong hantar PM?

Berbesar hati aku nantinya menerima.

Buku Terbaru 2016

Ada tidak buku terbaru dari aku untuk tahun 2016 ini?

Baiklah sebenarnya begini. Aku sedang usahakan untuk tinggal menyerahkan manuskrip. Cuma aku masih tidak puas hati terhadap tulisan sendiri sehingga aku berkira-kira dan masih menambah-nambah perencah. Ada beberapa buah draf manuskrip yang masih lagi aku siapkan. Yang itu entah pula bila boleh hantar ke kakak editor ya.

Aku mohon dan minta tolong, sekiranya masih sudi membaca tulisanku berbentuk buku, maka doakanlah semoga aku ini diberikan ilham dan memperolehi ilmu yang boleh dikongsikan dan dimanfaatkan. Masih kerdil diri ini, masih tiada ilmu. Demi Tuhan.

Moga-moga dimudahkan dengan izin Tuhan.

One Comment

  1. Fyda Noh says:

    Hebatnya.. dah baca 5 buah buku…
    In sha Allah, truskan usaha tulis buku..

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *