Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Membawa Diri Dan Orang Lain Kepada ALLAh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ukhuwah kerana ALLAh itu sebenarnya apa? Membawa manusia kepada diri sendiri atau membawa manusia kepada ALLAh Ta'ala? =)

Berjaga di malam hari begini pada malam ini, membuatkan saya terfikir satu perkara. Sebenarnya, sejak semalam lagi. Melihat-lihat sekeliling. Melihat diri sendiri..

Terasa bahagia apabila mengasihi dan dikasihi, kan.

Saya menulis bukan mengenai kasihi-mengasihi antara dua ajnabi. Anggap saja saya menulis mengenai kasih-mengasihi dengan orang-orang yang anda kasihi dan sudi mengasihi anda kembali. Lalu jiwa menjadi mekar berbunga dengan kasih-sayang yang ALLAh Ta’ala izinkan berputik di hati anda itu.

Persaudaraan yang kerana ALLAh Ta’ala.
Love for ALLAh’s sake.
Ukhuwah fillah.

Apa sebenarnya antara yang penting dalam ukhuwah seperti di atas?

Mengasihi Manusia Untuk Dikasihi Allah

Malam ni, saya tidak sepi. Antaranya, saya ditemani dengan dendangan lagu dari kumpulan nasyid Tazakka. Tajuk lagu itu ‘Sahabat Perjuangan’. Anda pernah dengar? Saya mengambil manfaat liriknya. Antara lagu yang saya suka dengar apabila suatu rasa mencengkam dihati.

Lagu itu ada kena-mengena dengan entri ini. Agaknya.
Anda mahu tahu? Dengarlah sendiri. *senyum*

Apa sebenarnya yang saya dan anda faham mengenai ukhuwah yang dibina kerana ALLAh Ta’ala? Saya pasti anda sebagai pembaca yang jauh lebih berilmu dan faqih, lebih tahu akan itu.

Bagi saya, mengasihi seseorang dengan perasaan yang tidak dibuat-buat dengan berharap, semoga perasaan kasih kepada sahabat anda contohnya, diredhai oleh ALLAh Ta’ala. Seterusnya ALLAh Ta’ala merahmati dan mengasihi anda dan sahabat anda itu di dunia hingga ke akhirnya.

Persoalannya, adakah selama ini kita berukhuwah, kita telah selalu dan telah mengajak orang yang dikasihi itu kepada ALLAh Ta’ala? Atau kita hanya mengajak manusia yang kita kasihi dan mengasihi kita hanya mengenali diri sendiri sahaja?

Kadang-kadang, anda menetapkan dalam minda bahawa segala ukhuwah yang akan terbina dengan anda dan orang lain, anda akan pastikan niat itu kerana ALLAh. Alhamdulillah. Tapi, adakah orang lain berfikiran sama seperti anda dalam menjalinkan hubungan hati dan persaudaraan? Mungkin anda cuba untuk mempaksikan kasih dengan paksi iman yang timbul dalam jiwa itu kerana ALLAh, tapi bagaimana orang lain?

Nah, maka timbul amanah secara sendirinya untuk anda.
Amanah apa?

Amanah mengajak orang lain untuk saling berkasih-kasihan kerana ALLAh Ta’ala. Mungkin anda bertuah kerana anda orang yang menerima sentuhan tarbiyah sedari dulu. Maka sangatlah sesuai amanah ini untuk anda.

Entri pendek (kot), dengan sebuah persoalan untuk saya dan anda.

Bagaimana dengan ukhuwah kita kebelakangan ini?
Bagaimana dengan hati kita semenjak dua menjak ini?
Bagaimana dengan iman dan amal kita seiring umur kita sehari demi sehari?

Kasih biarlah kerana ALLAh, agar cinta tetap mekar berbisa!
*senyumbahagia*

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *