[Give Away] 3 Naskhah Al-Quran Terjemahan Percuma

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Al-Quran Terjemahan Humaira
Al-Quran Terjemahan Humaira Percuma

Alhamdulillah Allah izin, ada 3 buah naskhah al-Quran terjemahan yang diberikan secara percuma. Al-Quran terjemahan ini berukuran (B5) berbentuk seperti diari. Mudah untuk dibawa ke mana-mana; kuliah, jalan-jalan. Tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat.

Alhamdulillah saya sendiri sudah memeriksanya.

Kenapa saya memilih terjemahan ini? Ini kerana, terjemahan ini sangat bagus bagi saya, sebab disertakan sekali asbabun nuzul, tanda-tanda tajwid serta hadis-hadis yang berkaitan.

Bagaimana Cara Mahu Menyertai/Menerima Al-Quran Terjemahan Ini?

Anda yang berminat memiliki al-Quran terjemahan ini dan ingin mencintai al-Quran kerana-Nya, atau anda mahu menghadiahkan kepada orang lain kerana-Nya, maka anda perlu menghantar melalui emel ke alamat emel ini:

contact

Apa yang perlu anda sertakan di dalam emel tersebut ialah :

1 – Kenapa anda mahu mendapatkan al-Quran terjemahan tersebut.
2 – Apakah jaminan anda untuk memanfaatkan al-Quran terjemahan tersebut.

Tulislah dengan elok sebab-sebab anda mahu mendapatkan al-Quran terjemahan ini. Orang yang beradab dan orang Islam itu kemas dan tertib. Dan sesudah menghantar emel, anda perlu komen di ruangan komen entri memaklumkan anda telah menghantar emel.

Al-Quran Terjemahan Humaira - memang comel dan cantik, subhanallah.
Al-Quran Terjemahan Humaira – memang comel dan cantik, subhanallah.

Bagi yang bertuah;
Saya akan menghubungi anda kurang dari 24 jam dari tarikh anda menghantar emel.

Tolong doakan saya,
ibu bapa saya serta semua umat Islam.

Semoga ALLAh merahmati.

8 thoughts on “[Give Away] 3 Naskhah Al-Quran Terjemahan Percuma

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
    Saya sudah menghantar email.
    Semoga saya antara yg terpilih, aamin. 😉

      (Quote)

  2. Assalamualaikum…. saya amat berminat dengan al-quran ini dan berharap akan dapat mendapatkannya untuk dijadikan hantaran kepada pihak lelaki. saya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 10 tahun ini. insyaAllah kami akan sama-sama manfaatkan al-quran ini kerana mas kawen saya juga cuma senaskah al-Quran daripada bakal suami. saya merupakan seorang pelajar tahun akhir di UTM. kami telah sama-sama berniat untuk menjalankan kehidupan berlandaskan syariat Allah s.w.t, sunnah Rasulullah s.a.w dan berpandukan al-Quran sebagai pegangan. sekiranya tidak ada rezeki untuk mendapatkannya secara percuma, saya sanggup untuk membelinya. semoga kita semua hidup berpandukan al-Quran dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. amin Ya Rabb…

      (Quote)

  3. Wa’alaikumussalam wbt, Norzawani.
    Alhamdulillah. Selamat bakal mendirikan baitul muslim!

    Sebenarnya ‘give away’ yang ini sudah berakhir. Tapi let me see if I can help you with something. InshaAllah I will contact you thru email.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *