Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Bulan Membeli-Belah?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sudah bermula malam lailatul qadar, jom pasang gear 7! Mudah-mudahan ALLAH pandang, terima dan pilih kita sebagai hamba-NYA yang sangat bertuah pada ramadhan kali ini. InshaALLAH untuk ramadhan yang akan datang jua. Aaamiiin~

Nah, sekarang sudah musim orang untuk membeli-belah memandangkan ramadhan bakal meninggalkan kita sekali lagi dan syawal mula akan mula menjengah. Kelihatan di pasar raya, tempat membeli belah baik yang kecil hingga ke saiz yang besar.. Sangat sesak dek orang ramai yang berpusu-pusu membeli pakaian untuk hari lebaran nanti.

Kalau nak tengok manusia laksana semut, masa ni pun boleh try usha. 😀

Masa nilah bayangan saya terhadap padang mahsyar menjengah ke minda. Banyaknya orang ni hanya pada 1 tempat. Cuba kat padang mahsyar nanti, segala umat akan berkumpul. Dari umat Nabi Adam sehingga umat Baginda SAW, umat akhir zaman.. Kitalah tu. Subhanallah. Banyaknya manusia, mesti tidak tertampung oleh tempat sebesar bumi ini kan? ALLAH is the Great!

Eh..

Sahabat-sahabat bloggers sudah membeli belah? Baju berapa pasang tahun ni? Warna pulak warna apa? Beraya kat kampung belah mak ke ayah? Nampak macam best je. Alhamdulillah.

1 lagi kerisauan melanda kat otak saya, pembaziran semasa membeli belah ni banyak juga berlaku. Kebanyakan pelanggan tertipu dengan sales, jualan murah dan sebagainya. Padahal jika diteliti, banyak je harga yang tidak murah walaupun ada promosi menampakkan harga yang murah. Boleh baca kat blog Akhi Zikri, mengenai Psikologi Harga. Aduh, ramai yang tertarik dengan harga putar belit. Hehe.

Raya tahun sekali, memanglah. Tapi janganlah berlaku pembaziran pula. Nanti syaitan yang kena ikat di sana nun boleh bergelak tawa dengan puas hatinya sebab walaupun dia terikat, masih banyak pengikutnya yang mengamalkan amalannya, pembaziran. Membazir tu kan amalan syaitan. Allah~

Alangkah indah jika semuanya bersederhana dalam kebijaksanaan. InshaALLAH, bersederhana ditambah dengan kesyukuran kepada ALLAH lebih membuahkan makna semasa perayaan nanti. Dalam pada berbelanja tu, ingatlah orang yang sedikit tidak bernasib baik seperti kita. Jangan lupa ya..

Tahun ni saya tiada baju raya. Tiada terasa pula ingin beli baju baru. Tapi saya sangat gembira untuk menyambut kedatangan tetamu ke rumah saya. Makanya, saya cuba belajar membuat biskut segala melalui buku resepi. Sesiapa yang sudi bertandang ke rumah, silalah. Saya alu-alukan. Tafaddal.. Ahlan.

Allah, berkatilah dan pandanglah ibadah kami kepadaMu. Aamiiin.

2 Comments

  1. Ali ridha says:

    bnyk mendatang kn pembaziran daripada penjimatan.huhuhu…..

    [Balas Komen]

  2. zik says:

    thank u link… hurm.. takpe2 tahun nie tak dapat beli baju raya pun ok lagi.. tentu ada lagi yang tak pernah merasa pakai baju raya… isk2..

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *