Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Buku Pilihan Kategori Islamik – AGBK 13

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kak Ros. Kakak Editor yang selalu baik hati =)

Kak Ros. Kakak Editor yang selalu baik hati =)

Alhamdulillahi robbil ‘alamin. Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Karya pertama saya, telah memenangi ‘Buku Pilihan Kategori Islamik’ untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 pada hari ini.

Kelihatan di dalam gambar di atas, kak Ros selaku editor saya yang sangat baik hati dan selalu sabar melayan karenah mewakili diri saya menerima anugerah tersebut. Tanpa beliau, mana mungkin buku tersebut bisa wujud. Terima kasih banyak kepada beliau!

Saya tidak dapat menghadiri majlis ini kerana ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, Allah SWT sebaik-baik perancang. Walaupun pada mulanya apabila saya memberitahu Mama tentang anugerah yang perlu dihadiri, beliau terus sahaja bersetuju membenarkan pergi. Namun mengambil kira banyak perkara, I stayed.

Terima kasih juga kepada para pembaca yang gigih mengundi untuk kategori tersebut. Tanpa kalian yang membaca dan menyokong penulis yang masih sangat baru seperti saya, mana mungkin akan terjadi seperti hari ini. Maka, saya masih memerlukan sokongan, dorongan dan doa dari kalian tanpa putus-putus. Terbangkan selalu doa untuk saya, ya!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

... kerana Allah Tidak Pernah Jauh.

… kerana Allah Tidak Pernah Jauh.

Akan jadikan ini sebagai pemangkin semangat untuk menjadi seorang yang menulis kerana-Nya dengan lebih gigih dan amanah. Semoga Allah SWT terima sebagai saham akhirat.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *