Ujian : Kerana Kamu Adalah Yang Terpilih

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Because You Are The Chosen One. Keep calm and smile =')
Because You Are The Chosen One. Keep calm and smile =’)

Ada saat-saat yang indah, ialah apabila kita terkenangkan apa yang kita telah pernah lalui dan kita tersenyum terkenangkan satu persatu. Timbul penyataan dihati, tidak sangka sampai tahap itu telah selamat kita lalui. Tersenyum seorang diri. Dan mungkin juga kita tidak menyangka bahawa kita kuat melebihi dari apa yang kita sangkakan.

“Aku mampu melaluinya rupanya..” Getus hati.

Bukankah ujian kesusahan itu sementara? Dan bukankah ujian kesenangan itu juga adalah sesuatu yang tidak kekal? Jadi memang setiap satu yang kita ada pada hari ini, sememangnya tidak akan kekal. At the end, semuanya akan kembali kepada ALLAh Ta’ala.

Pernah tidak bila kita berada dalam satu situasi atau peristiwa, kita merintih-rintih sendiri, kenapa mesti ALLAh pilih kita untuk berada di situ. Atau kenapa mesti kita berada di tempat yang kita ada sekarang? Padahal jiwa kita tidak turut serta walaupun jasad tercongok di situ. Semestinya pernah rasa tidak mampu untuk melalui semuanya, kan?

Senang sahaja jawapannya, sebab kamu adalah yang terpilih.

Kerana Tuhan Yang Pilih

Kadang-kadang kita takkan pernah faham apa yang ALLAh Ta’ala cuba aturkan untuk kehidupan kita. Sekejap Dia datangkan ujian kebahagiaan, kejap-kejap pula dia akan datangkan ujian kedukaan dalam sekelip mata. Adakala tu sampai ada dari kita rasa, ‘ALLAh tak sayang akukah?” Hihi. Comel je. Hei you there, cute little fella (eh?)!.

Bukan Dia tidak sayang. Bukan. Nabi Muhammad SAW manusia yang paling dicintai ALLAh Ta’ala pun diberikan tingkatan ujian yang berat, adakah ALLAh tidak menyayangi Baginda?

Bukan, kan.

Kadang-kadang kita hanya perlu percaya dan yakin, bahawa apapun jalan yang ALLAh takdirkan kita lalui pada masa kita berada sekarang ini, ia adalah jalan pilihan ALLAh Ta’ala yang sebaik-baiknya. Dan kita cuma perlu kuat menempuhinya.

Semua orang pernah diuji, kan? Saya, kamu dan kamu, dia dan mereka.
Setiap dari kita pernah sedang diuji, melalui ujian dan bakal diuji pula.

Dan ALLAh Ta’ala dengan kekuasaan-Nya telah menjadikan ujian kita itu adalah berbeza-beza mengikut kemampuan kita untuk menanggungnya. Dan ALLAh takkan pernah sesekali meletakkan seseorang hamba-Nya berada dalam situasi yang tidak dapat ditanggung.

ALLAh Ta’ala akan uji kita tidak melebihi kemampuan kita. Kerana Allah tahu siapa kita.

Berbahagialah Dengan Ujian-Nya

Berbahagialah kalau ALLAh Ta’ala selalu uji kita. Dengan hasil ujian yang kita telah lalui itulah, kita belajar banyak perkara. Kita lebih belajar membuka mata dengan lebih luas melihat dunia. Kita lebih belajar menjadi seorang yang matang dalam menjalani kehidupan.

Dan yang penting, kita belajar erti kesusahan. Dan itu mendewasakan.

Jangan sesekali menangisi dengan penyesalan dengan apa yang berlaku. Pengalaman yang pahit dan manis, senang dan getir itulah yang menjadikan diri kita yang sekarang.

Ya, diri saya, kamu dan kamu.

Berbahagialah dengan ujian-Nya? Tulis, baca nampak macam senang saja nak lalui semua ujian, kan? Tak, saya tak cakap senang untuk melalui satu-satu ujian itu. Setiap ujian pasti kadang kala akan membuat kita menangis. Tapi apa yang mahu disampaikan adalah hasil nikmat-nikmat sesudah ujian dan dugaan yang dilalui.

Pssst! Kawan, ALLAh Ta’ala uji bukan main-main. Syukurlah, sebab kamu terpilih!
ALLAh uji sebab ALLAh sayang.

Mohon doa ALLAh Ta’ala jadikan kita semua akan jadi lebih kuat. Kuat iman, kuat akal fikiran, kuat jiwa dan juga fizikal. Kuat membersihkan karat-karat jahiliyah dalam diri.

Semoga ALLAh merahmati.

One thought on “Ujian : Kerana Kamu Adalah Yang Terpilih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *