Terpisah Daripada ALLAh SWT

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kadang-kadang kita termenung sendirian sambil bertanya kepada diri sendiri. Resah mencari punca. Tak tahu. Apa yang kita sebagai manusia tahu pada waktu itu, dalam hidup ini seperti ada sesuatu ruang kosong yang sangat besar! Dan kita tidak tahu, kenapa kekosongan itu terjadi.

Pernah tak terjadi seperti ini dalam hidup anda?

Sejujurnya, saya juga pernah rasa seperti ini. Hal itu terjadi tidak lain tidak bukan, adalah kerana diri kita sendiri. Ya. Diri sendiri. Acapkali soalan begini kita akan tanyakan pada diri sendiri, kan? Tak kiralah siapa. Boleh jadi saya, anda yang sedang membaca atau orang di luar sana. Terasa seolah-olah hidup ini memang jauh dari Tuhan. Tuhan sangat dekat, lebih dekat dari urat nadi, padahal!

Cari punca. Kenapa ya?

Membuatkan Manusia Berasa Jauh Dari ALLAh SWT

“Kenapa rasa jauh dari ALLAh? Rasa hidup kosong..”

“Makan minum semua cukup. Kawan-kawan okeh. Mak ayah hidup lagi. Tapi kenapa rasa macam ni? ALLAh tak pandang aku lagi ke?”

Kenapa manusia boleh rasa seperti ini? Apa puncanya? Banyak perkara yang boleh menjadi asbabnya sebenarnya. Salah satunya, bukan kerana ALLAh yang jauh dari manusia. Tapi, manusia itu sendiri yang menjauhkan diri daripada ALLAh SWT.

Eh, manusia menjauhkan diri dari ALLAh? Ya. Senyum.

Hakikatnya, kelalaian manusialah yang membuat manusia merasa begitu. Dosa dan maksiat yang dilakukan, itulah asbabnya. Maka, sedar atau tidak, dosa itulah yang seolah-olah memisahkan manusia dengan ALLAh dan menjadikan hubungan manusia dengan ALLAh SWT renggang dan menyebabkan hidup ini berasa kosong. Ada saja yang tidak kena. Resah dan gelisah.

Namun, perasaan begini, bukanlah bererti ALLAh SWT sudah tidak peduli dengan manusia lagi. Sebaliknya, perasaan itu sebenarnya adalah satu teguran dari ALLAh SWT. ALLAh SWT mahu anda sedar dengan perbuatan anda sendiri. Mahu manusia mengkoreksi diri sendiri dan bersoal jawab dengan diri sendiri.

Sebab itu, pentingnya muhasabah.

Dan sebenarnya, jiwa manusia yang secara fitrahnya sukakan empunya jasad akur dan taat pada perintah ALLAh SWT tidak dapat menerima kelakuan si empunya jasad jika lalai terhadap ALLAh. Ya, semua manusia ada perasaan ini sebenarnya, antara menyedarinya sahaja atau tidak. Itulah hakitkat fitrah semulajadi. Hati yang kecil itu sebenarnya tidak boleh menerima kelakuan dan kelalaian buruk. Bila fikir-fikir balik, terasa malu dengan hati.

Kadang-Kadang, Terpisah Juga Dengan Manusia

Hubungan baik dengan ALLAh, maka ALLAh akan baikkan hubungan dengan manusia.

Saya yakin akan itu!

Bila hubungan dengan ALLAh mulai ada masalah, maka begitu juga dengan hubungan sesama manusia. Kadang kala, terasa keseorangan walaupun sebenarnya sedang dalam keramaian pada waktu itu. Terasa dipinggirkan walaupun hakikatnya tiada sesiapa yang meminggirkan dirinya. Terasa sangat tidak diperlukan dan tiada yang mempedulikan dirinya. Tidak cukup dengan itu, terasa dirinya dipandang hina oleh orang lain.

MashaAllah! Tabarakallah~!

Kita boleh periksa dan tanya diri.

Anda Perlukan ALLAh SWT Dalam Hidup Anda

Kadang-kadang, ego menguasai diri. Ada saja manusia yang tidak menghiraukan rasa kekosongan itu, sebaliknya membiarkan perasaan itu begitu saja. Dan akhirnya, fikirannya menjadi serabut dan kehidupan sehariannya tidak terurus. Eh, saya tidak mereka. Saya pernah saksikan dengan mata kepala sendiri. Tapi syukurlah, akhirnya hamba ALLAh itu kembali pulih. Keselamatan ke atas dia, inshaALLAh.

Haruskah persalah ego? Saya akan kata, tidak.

Sebagaimana nafsu, ego itu juga harus dididik. Kalau manusia ada ego, jangan lupa, ALLAh Yang Maha Perkasa itu pun ada ego. Hendak berlawan ego siapa paling tinggi? Sudah semestinya manusia akan hancur.

Senyum.

Sebenarnya, apa yang saya hendak cakap ialah. Kita, yakni manusia, sangat perlukan ALLAh SWT dalam hidup. Jiwa kita sangat memerlukan kasih-sayang dari ALLAh. Sangat memerlukan perhatian dan belaian ALLAh SWT. Sangat memerlukan pertolongan dari ALLAh SWT. Manusia sangat perlukan ALLAh dalam setiap langkah.

Yang memberi rezeki adalah ALLAh SWT.
Yang memberi kejayaan adalah ALLAh SWT.
Yang memberi kegembiraan adalah ALLAH SWT.

Sahabat, maka mengakulah. Kita sebenarnya memang perlukan ALLAh SWT..

ALLAh itu, tidak akan kekurangan hatta sebesar zarah pun jika ada manusia yang berpaling dari-Nya. Tidak akan tergugah kebesaran ALLAh SWT. Manusia, manusia yang berpaling dari ALLAh, akan meranalah hidupnya. Itu sunnatullah! Jika manusia membuang ALLAh SWT dalam hidupnya, maka nantikanlah natijah dari perbuatan itu.

Kita perlukan ALLAh. Ya, sangat memerlukan rahmat ALLAH SWT. . Mengakulah~
Peringatan untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi!

Semoga ALLAh merahmati.

11 thoughts on “Terpisah Daripada ALLAh SWT

  1. salam,
    Ya Allah Sis, semalam baru saya terfikir perkara yang Sis cakapkan ni. Cakap kat kawan, kenapa aku rasa kosong sgt, mcm ada yang tak lengkap. Nah, hari ni saya dah dapat jawapan saya dah.

    terima kasih.

      (Quote)

  2. Salam,

    Terima kasih atas perkongsian ini. Apa yang dikongsikan memang benar terjadi pada saya.
    Dulu, saya juga pernah merasa kekosongan dalam hidup saya.
    Saya rasa diri ini seolah-olah dipinggirkan meskipun rakan-rakan dan ahli keluarga sentiasa sahaja ada di sisi saya.
    Seperti masih ada yang kurang atau tidak lengkap dalam hidup saya.

    Namun ALHAMDULILLAH setelah saya melakukan perubahan yang besar dalam hidup saya bermula dengan menutup aurat, saya dapat merasakan keyakinan diri saya meningkat.
    Saya juga cuba kembali merapatkan hubungan dengan Allah SWT yang telah lama renggang, dan sungguh saya dapat rasakan ketenangan dan kebahagiaan yang teramat.
    Saya tidak lagi rasa hubungan dengan rakan-rakan seperti jauh, malah saya belajar untuk menerima dan bersyukur dengan apa yang ada disekeliling saya.
    Saya telah sedar akan kesilapan saya kerana mengabaikan hubungan saya dengan sang Pencipta.
    Namun, Dia telah membuka mata saya untuk sedar bahawa saya amat memerlukanNya.

    Terima kasih.

      (Quote)

  3. ada bilamana rasanya kita rasa sangat jauh dengan Allah.. tak tahu kenapa… puncanya ialah diri sendiri yang tidak mahu ingat kepada penciptanya…

      (Quote)

  4. As salam utk admin, ,
    Ya…inilah perasaan sy skrg..kosong..sy seolah2 tertanyaw2 apa yg tidak kena dgn diri sy..rasa sunyi yg amat sgt…nak nangis x tahu punca…tapi sy mmg rasa jiwa kosong…,, hhhuurrmmmm.

      (Quote)

  5. Wasalam’alaik.

    Cari sebabnya, dan bergeraklah menuju Allah. Kadang-kadang jiwa kita berasa kekosongan sebab kita lalai terhadap sesuatu. Dan hiburkanlah diri kita dengan cara yang betul. Allah suka jika hamba-Nya gembira.

    Semoga Allah memudahkanmu 🙂

      (Quote)

  6. Assalamualaikum, saya pun rasa hidup ni kosong sangat. walaupun keluarga sentiasa disisi kawan2 sentiasa menemani tapi tetap rasa jiwa kosong. lepas saya baca apa yg ditulis diatas banyak yang betul dan banyak yang kena mengena dengan hidup saya.
    terima kasih.. wasalam

      (Quote)

  7. Saya terdetik taip dekat google . Kenapa hidup saya rasa kosong . Dan keluar blog ni . Ya allah baru saya sedar yg sememangnya saya sudah sgt jauh dengan allah . Dan lalai dgn dunia ??????

      (Quote)

  8. Semoga kita sama-sama berusaha memperbaiki kehidupan. Turun naik dalam kehidupan itu biasa. Bila kita sedar telah menjauh, biarlah kita pula cepat-cepat untuk mendekat.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *