Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Sifat Maaf : Mahukah Kita Dicintai Allah?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

(Anonymous by Zeenohs)

(Anonymous by Zeenohs)

Baiklah. Baiklah. *angkat tangan ke paras bahu*
Saya tahu saya ada paper esok. Tapi lemme update my blog first, shall I?

Sebelum itu, dulu bila melihat cerita-cerita drama di peti TV atau sinetron-sinetron dari tanah seberang, pasti ada watak yang sangat-sangat ditindas oleh orang-orang jahat. Dan saya jadi geram, penyabar sungguh orang (pelakon dalam cerita tersebut) diperlakukan dengan kekejaman. Tapi apa yang dia boleh buat, adalah bersabar sahaja.

Saya jadi geram dan ketap bibir sendiri. Sebab saya merasa bahawa sifatnya itu bukan pemaaf, tapi sebenarnya hanya memberikan peluang kepada orang yang jahat kepadanya untuk membuli dirinya sahaja. Titik. Maka, mulalah saya jadi pengkritik terhebat terhadap cerita-cerita yang begitu. Laju sahaja saya akan mengkritik setiap inci ceritanya. Hahaha.

*pause*

Memang betul, sifat sabar itu adalah satu kemuliaan. Dan tiada kerugian untuk bersabar. Namun, sabar itu biarlah pada tempatnya, iaitu bersabar disertai dengan kebijaksanaan. Jangan sampai apabila sampai satu ketika maruah Islam dan diri kita dipijak-pijak, maka kita masih membatu tanpa pembelaan dari sudut yang kita mampu.

*play*

Berbalik kepada cerita mengenai maaf. Subhanallah. Dulu saya melihat dari perspektif yang berbeza. InshaAllah saya juuga masih belajar mengenai erti kata MAAF dan SABAR. Hanya orang-orang yang bersabar untuk sabar sahaja akan merasai apa sebenarnya rasa maaf itu.

Senyum.

Berbesar Hati Untuk Memberikan Kemaafan

Orang-orang Muslim, baik lelaki atau perempuan yang jiwanya penuh dengan ranting-ranting petunjuk Islam, akan sentiasa mendidik diri dan hati untuk sentiasa berbesar hati tanpa dendam kesumat dan memaafkan saudara seagamanya, atau kawan-kawan walaupun yang berlainan agama. Orang-orang Islam yang sensitif terhadap penjagaan hatinya, dia tidak akan membiarkan hatinya dipenuhi dengan rasa benci, amarah apatah lagi dengki.

“Hello Suhana! Semua orang ada rasa marah kot!”

Woo woo!
Sabar, ukhti. Sabar, akhi. Sabar.

Memang. Semua orang ada perasaan marah, termasuklah saya. Siapa yang tidak marah jika perbuatan orang lain itu menimbulkan rasa tidak senang dan sengaja mahu memancing kemarahan orang lain, kan? Tapi yang istimewanya, tahu tak? Orang-orang Islam diajarkan berkali-kali tentang perkara yang bernama Sabar. Sabar dan sabar. Maka dari sabar itu akan terlahir kemaafan kerana Tuhan.

Orang-orang Islam yang mahu Allah Ta’ala mengasihinya di dunia dan akhirat, dalam masa yang sama dia menyedari dirinya bukanlah sempurna; sama seperti manusia lain. Maka, jika dia merasa marah kepada orang lain, dia akan memadamkan kemarahannya dan memaafkan sikap atau tabiat yang tidak baik orang itu tadi. It’s just like, 1 2 3! Tadaa! Dia akan memaafkan orang lain dengan mudah tanpa perlu dia buktikan kepada satu dunia, tanpa ada perasaan terselindung mahupun perasaan berat untuk memaafkan.

Kerana baginya, “Aku memaafkan dia kerana Allah” MashaAllah! Triple awesome, bukan?

Apa yang pasti, sifat mudah memaafkan tidak pernah merugikan. Walaupun kadang-kadang dari zahirnya terasa orang yang pemaaf dan sabar itu kelihatan seperti bodoh dan mudah diperbodohkan. Tapi, kamu tahu tak? Bukan mudah sebenarnya untuk melatih jiwa untuk memaafkan. Apatah lagi untuk melatih jiwa supaya tidak terasa dengan memujuk jiwa sendiri — itu bukan kerja yang senang. Namun kerana tidak senanglah, orang-orang yang pemaaf mendapat kebaikan disisi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala suka dan cinta kepada orang-orang yang berbuat baik, kan? Allah tidak pernah tidur, bahkan menyaksikan setiap kejadian.

Maka, jangan pernah memandang rendah terhadap sekecil-kecil kebaikan.

Allah Ta’ala berfirman yang maksudnya,

“…dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-‘Imran : 134)

Amarah Itu Satu Beban Kepada Jiwa

Apabila gelojak marah dijiwa, ditahan tanpa diikuti dengan pemberian maaf, maka gelojak marah yang didiamkan dan ditahan tersebut perlahan-lahan akan bertukar kepada sebuah rasa benci, dengki dan mahukan permusuhan.

Begitulah.

Kerana itu bila mahu memaafkan, biar memaafkan dari jiwa. Bukan hanya sekadar mainan di bibir sahaja. Murka Allah akan mengundang, bahkan!

(Tolak kemarahan terhadap pihak-pihak zalim yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap manusia. Itu memang patut kita marah. Perlu diketahui, artikel ini bertujuan untuk kita belajar erti memaafkan dan melembutkan jiwa sendiri.)

Menyimpan marah kerana pelaku orang sekeliling kita, hanya akan melahirkan bibit dendam dan permusuhan. Itu pasti! Apatah lagi jika marah itu hanya didiamkan, dibuat pekasam dalam hati lama-lama. Maka amarah itu akan menjadi buruk dan lebih teruk lagi, akan membenci pula setiap tingkah laku orang lain. Teruk, kan?

Tiada keuntungan menyimpan sebuah kemarahan. Dan tidak pula hina apabila memaafkan.

Tidak Hina Dan Rugi Memberi Maaf

Pernah tidak kita mendengar orang berkata seperti ini, “Eh, buat apa aku maafkan dia. Dia tak datang minta maaf kat aku pun. Memang taklah wei. Memang tak!”

Senyum.

Tapi kamu tahu? Orang-orang Islam yang berusaha supaya Allah Ta’ala mencintai dirinya dan mahu Allah Ta’ala merahmati kehidupannya di dunia dan akhirat, dia akan menjadi seorang yang pasti akan berusaha untuk memaafkan orang lain walaupun terpaksa berjuang dengan diri sendiri. Faham tidak?

Maksudnya, bukanlah memaafkan kerana hanya berpura-pura. Tapi kerana tahu ia perlu mujahadah, dan kerana tahu Allah Ta’ala menyukai dan mencintai orang-orang yang memberi maaf, maka dia pun berusaha untuk tidak membiarkan hatinya jauh daripada Allah Ta’ala. Kenapa? Kerana dia mahu Allah Ta’ala mencintai dirinya.

Dan sebenarnya, sikap mudah memaafkan orang lain itu bukanlah kehinaan.
Bahkan satu kemuliaan.

Orang yang mahu dicintai oleh Allah, pastinya tidak akan tenang apabila menyimpan dendam. Kerana dia takut, nanti Allah Ta’ala tidak redha kepada dirinya. Bahkan dia menjadi tidak suka untuk marah, kerana marah itu adalah sebuah bebanan yang berat kepada jiwa sebenarnya.

Dalam sebuah hadis yang direkodkan dalam Shahih Muslim, “Tidaklah seorang hamba memberikan maaf, melainkan Allah akan menambah kemuliaan baginya. Dan tidaklah seorang tawaddhu’ (merendahkan diri) kerana Allah, kecuali Allah akan mengangkat darjat dirinya.” HR. Muslim

Saya tahu, awesome kan?
Jom jadi pemaaf? *hulur tangan*

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *