Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Sejenak Berkisah Adam dan Hawa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bahagia itu bila kita patuh kepada Tuhan. Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Bahagia itu bila kita patuh kepada Tuhan.
Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Awal pagi itu, saya membaca surah al-Baqarah. Dalam surah tersebut, terkandung kisah ketika mana Allah SWT memberitahu kepada seluruh malaikat untuk mencipta seorang khalifah di muka bumi. Sampai kepada ayat 39, saya jadi sebak.

Saya buka tafsir ibnu katsir.

Mendapatkan mama yang sedang berada di bawah dengan sulaman beliau. Sambil duduk-duduk, saya membuka cerita mengenai penciptaan Nabi Adam a.s. Dari bagaimana Allah Ta’ala memerintahkan seluruh malaikat termasuk iblis untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai tanda penghormatan dan kemuliaan, maka semuanya sujud kecuali iblis.

Dengan merasa bahawa dirinya lebih mulia, iblis ingkar kepada Allah.

Allah SWT murka kepada iblis. Namun iblis tidak berhenti hanya setakat disitu. Iblis mencari jalan untuk membuatkan Nabi Adam dan Hawa ingkar kepada perintah Allah SWT. Dan akhirnya iblis berjaya. Allah SWT murka kepada Nabi Adam a.s, tapi Allah SWT juga mengampuninya dan mengajarinya doa-doa memohon keampunan daripada Allah SWT.

Kisah ini, akan sentiasa menjadi kisah yang diceritakan kepada kita, anak cucu dan cicit kita. Namun, adakah kita mengambil iktibar dari kisah ini sebenarnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *