Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Sabar.. Doa Kita Dimakbulkan

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Sabar Berdoa Dalam Berusaha!

Dalam bersendirian, saya terkenang kembali permintaan saya terhadap ALLAh. Saya kira, banyak juga yang saya minta, ya? Dan tentu sekali, banyak juga anugerah, nikmat yang ALLAh beri tanpa saya meminta pun. Kenapa?

Sebab, ALLAh Maha Memahami!

Kalau saya cakap ALLAh tidak pernah tidak makbulkan doa hamba-NYA, anda percaya? Ya, ALLAh punya cara-NYA tersendiri hendak mendengar dan memakbulkan doa para hamba-NYA.

Persoalannya, bagaimana saya dan anda semua sabar dalam berdoa disamping berusaha.

Apabila Seorang Hamba Berdoa

Doa itu ibadah. Doa juga adalah antara salah satu cara kita sebagai hamba berhubung dan merasa dekat dengan ALLAh SWT. Teringat saya semasa kecil belajar di SAR dulu, ustaz saya cakap, orang yang tidak mahu berdoa adalah orang yang sombong bodoh.

Apabila menginjak ke sekolah menengah pula, saya melihat ramai kawan-kawan yang usai solat tidak menadah tangan untuk berdoa. Sekali dua mungkin kita akan sangka dia ada urusan, tetapi jika berkali-kali ganjil pula rasanya. Maka, melihat keadaan itu, saya teringat kata-kata ustaz tadi. Senyum.

Lumrah manusia, berdoa itu sudah sebati dengan diri manusia.

“Kenapa ALLAh tak makbulkan doa aku?”

Anda pernah merintih seperti dialog di atas? Atau pernah melihat orang lain mengeluarkan kata-kata seperti di atas? Sabar. Anda pastikah doa anda tidak pernah dimakbulkan oleh ALLAh?

Sahabat, berdoa itu perlu tatatertib. Berdoa itu perlu sabar. Berdoa itu perlu istiqamah. Berdoa itu perlu yakin. Dan yang penting, berdoa itu harus SOPAN!

Kadang kala kita merasa ALLAh tidak pernah untuk memandang permintaan kita. Tapi kita lupa pula setiap nikmat yang ALLAh berikan, yang tidak pernah pun terlintas difikiran kita untuk memilikinya. Nah, begini sikap manusia. Yang tidak ada pada dirinya itulah yang selalu dipandang dan diidam-idamkan. Yang ada pada dirinya jarang pula hendak disyukuri.

Ada ketika, kita berusaha semampu yang mungkin. Kita berdoa, dengan sungguh-sungguh. Namun, belum ada tanda-tanda yang ALLAh masih tidak tunaikan. Sehinggakan pada satu saat, lintasan putus asa menerpah ke dalam hati. Jangan! Kita hamba, kita perlu berbaik sangka kepada ALLAh.

Yakin, ALLAh Makbulkan Doa!

Saya yakin, ALLAh memang makbulkan doa setiap dari kita dengan cara-NYA tersendiri. Yang penting, kita harus menjadi hamba, sebenar-benar HAMBA!

“Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku menerima doa kamu.” – Ghafir : 60

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW :

“Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada ALLAh sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan ‘rahim’, melainkan ALLAh akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara, iaitu ; diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan-Nya untuknya di akhirat kelak, atau Dia menghindarkan dirinya sesuatu keburukan yang setimpalnya. Para sahabat pun berkata : ‘Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!’ Nabi SAW menjawab : ‘ALLAh SWT lebih banyak memberikan ganjarannya.'” – HR. Bukhari

Diriwayatkan lagi daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Tuhan kami ‘Azza wa Jalla turun setiap malam ke langit dunia tatkala tinggal lagi sepertiga malam yang akhir, lalu berfirman : ‘Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku nescaya Aku akan menerima doanya. Siapakah yang mahu meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan. Siapakah yang mahu memohon kepada-Ku, nescaya Aku mengampunkannya.'” – HR. Bukhari

Jika direnungkan dan difahami ayat diatas, maka tiada doa kita yang ALLAh tidak kabulkan. Wahai saudaraku! Doa kita sentiasa dimakbulkanNya. Pengajaran yang dapat kita petik daripada hadis ini, ALLAh SWT menerima doa kita dan dengan cara-NYA, DIA menerima doa kita dengan tiga cara :

1 – Diperkenan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.

2 – Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.

3 – Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Subhanallah! ALLAh juga memakbulkan doa kita semua dengan cara mengurniakan kelapangan dada, kegembiraan, ketenangan dan redha atas kurnia-Nya. Doa orang Mukmin sentiasa dimakbulkan oleh ALLAh, cumanya kita perlu bersabar dalam berdoa. Pilihan ALLAh, percaturan takdir yang DIa sediakan, adalah yang terbaik buat diri kita.

Nah, jadi hilangkan segala kegusaran! Jangan bimbang dengan ketentuan-Nya sama ada berlaku cepat atau lambat. Kerana cepat atau lambat suatu doa untuk diperkenankan-Nya, semuanya mengandungi hikmah tersendiri.

Apa yang wajib bagi kita bagi kita sebagai seorang hamba, adalah sentiasa bersangka baik kepada ketentuan ALLAh. Yakin deh! Apa yang telah ditentukan oleh ALLAh kepada kita, maka itulah yang terbaik buat diri di dunia dan akhirat.

Keywords : Sabar Berdoa dalam Berusaha!

Sesuatu yang saya pegang, saya yakin dan saya pasti dengannya :

“Someone, Somewhere.. Is praying for you!” =)

p/s : Untuk diri saya. Dan sahaja saya berkongsi dengan anda semua kerana ia peringatan dari ALLAh. *wink!

10 Comments

  1. @rtzam says:

    Subhanallah!!Allah Maha Mengetahui,…betul saya pun kadang kala mempunyai perasaan begitu..yelah..da usaha sehabis mungkin,dah berdoa banyak kali..tapi….mungkin ada hikmah disebaliknya..insyAllah saya akan bersabar terus Bersabar dan akan sentiasa berdoa..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    InshaAllah bro~

    Biasa kita sebagai manusia.. Tapi inshaAllah, ALLAh pandang dan perhati kita. Dan DIA tak pernah biarkan kita. Jom terus berusaha! ^^

    [Balas Komen]

  2. zik says:

    jangan berhenti berdoa…. tak kira apa dugaan… 🙂

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    InshaAllah. Jangan berhenti berdoa.
    Doa itu mendekatkan seorang hamba kepada Tuhannya.

    [Balas Komen]

  3. ejoncb says:

    Betul…Mungkin kalau yg kita doakan bukan yg baik buat kita, Allah akan berikan yg lagi baik dan menenangkan hati kita Yakin itu mesti. Fikir positif itu mesti. Sabar itu juga penting. Kan sabar separuh dari Iman.

    [Balas Komen]

  4. julia says:

    Allah seringkali memberikan apa yang tidak saya minta, maka kerana itu saya tidak berdoa meminta apa2 dariNya lagi. Akan tetapi saya lupa meminta diberi kesabaran hingga tercetusnya amarah dlm diri saya terhadap org2 yg ingin menjatuhkan saya. alhamdullilah saya bertemu dengan situs ini, lega dan tenang setelah membacanya. mungkin kerana disaat ini saya sedang ditimpa musibah, saya hampir jatuh dan hampir berputus asa. mujurlah saya terbaca artikel ini, dan sedikit sebanyak membuat saya berpegang lagi pada prinsip yg sama, yaitu untuk terus bersabar… walaubagaimana jenuh sekali pun. Mulai hari ini, saya akan terus berdoa apa saja…walaupun bukan untuk diri sendiri.. insyaallah.

    [Balas Komen]

  5. zila says:

    Saya membaca artikel ini untuk mengubat hati yang hampir putus asa dalam berdoa. Syukur artikel ini menjadi teman untuk saya kuatkan semangat dan kuatkan iman untuk terus berdoa . Saya yakin Allah akan makbulkan doa saya. Cuma masanya belum sampai

    [Balas Komen]

    Suhana Amiril Reply:

    InshaAllah, semoga Allah kuatkan kamu saudari.

    [Balas Komen]

  6. Rita says:

    Dengan membaca artikel ini dapat mengubat hati yang hampir putus asa dalam berdoa. Syukur artikel ini menjadi pedoman kepada saya untuk kuatkan semangat dan kuatkan iman untuk terus berdoa . Saya yakin Allah akan makbulkan doa saya. Cuma masanya belum sampai..amin

    [Balas Komen]

  7. nor azila says:

    artikel ini dapat memujuk hatip saya yang sedang menunggu doa makbul

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *