Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Refleksi Ramadhan #29 : Naik Turun Istiqamah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

blogger-image-861227869

29 Ramadhan 1435H.

Hari ini, hari terakhir puasa. Hari terakhir ramadhan pada tahun ini. Ramadhan meninggalkan kita sekali lagi. Begitulah, datang dan pergi. Bukanlah persoalannya mengapa ramadhan perlu pergi? Tapi berbalik kepada diri kita sendiri.

Ibarat, ramadhan datang dengan membawa hadiah yang begitu banyak. Dan yang istimewanya, hadiah itu adalah untuk kita. Ramadhan menghulurkan, tinggal kita sahaja yang mahu ambil atau tidak. Jika kita mahu ambil, maka kita sangat bertuah dan beruntung. Jika kita tidak ambil, maka rugilah kita.

Maka persoalan untuk setiap diri kita sendiri,
sejauh mana kita telah menghargai ramadhan kali ini?

Apakah nanti selepas ramadhan ini, kita masih istiqamah atau sebaliknya? Masihkah kita menjadi hamba yang akan beramal kerana Allah Ta’ala?

Istiqamah. Sesuatu yang kita semua PERLU.

Istiqamah Itu Perlu Dengan Usaha

Dulu, saya kurang memahami erti istiqamah. Yang saya faham adalah, kita kena selalu buat. Memang betul. Tapi saya kurang penghayatan. Apakah maksud selalu buat itu hanya buat sahaja? Walhal, istiqamah itu sebenarnya perlu seiring ‘selalu buat’ dan tingkatkan prestasi atau kualiti sesuatu yang kita buat tu.

Dan kamu tahu? Sebenarnya istiqamah itu tidak hadir dengan sendiri. Tapi kita sendirilah yang perlu berusaha untuk mendakapnya ke dalam jiwa, biar istiqamah sebati dengan diri.

Umur kita semakin meningkat, tidakkah kita terasa rugi apabila baki hidup kita yang masih dipinjamkan oleh Allah Ta’ala, dibiarkan dengan sia-sia tanpa ada apa-apa pekerjaan yang sangat membekas dalam hidup kita dan semestinya kita mahu Allah Ta’ala merahmati kita dengannya. Kita mungkin lambat sedar akan hakikat ini. Tapi beruntunglah Allah Ta’ala masih membuatkan kita sedar akan hakikat kehidupan kita di dunia. Kerana, aturan Allah Ta’ala, tiada pernah yang salah. Semua dalam pengetahuan-Nya.

Ramadhan akan sentiasa datang dan pergi. Hadirnya setahun sekali. Kita mungkin bertemu dan bersama ramadhan selama sebulan ini, alhamdulillah. Namun, kita tidak tahu adakah pada tahun hadapan kita bakal bertemu dengannya lagi.

11 bulan yang akan datang sehingga bertemu ramadhan pada tahun hadapan, adalah satu tempoh waktu yang bukan sekejap. Macam-macam yang boleh berlaku dan dilakukan. Semoga kita semua sentiasa melakukan ketaatan dan kebaikan.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Eid mubarak, everyone!

Sepanjang nasihat dan nukilan selama berblogging,
adalah ditujukan terutamanya buat diri sendiri.

Semoga ALLAh merahmati.

One Comment

  1. unlock ios 8 says:

    Aw, this was an exceptionally nice post.

    Taking a few minutes and actual effort to make a superb article… but what can I say… I
    put things off a lot and never seem to get nearly anything done.

    Here is my page: unlock ios 8

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *