Bismillahirrahmaanirrahiim.

Memecahkan tembok hati. Meroboh egonya jiwa. Menepis bayangan dunia.
1, dah berapa kali asyik post pasal hijrah kepada kebaikan.
2, kerana hakikatnya saya sendiri sedang dan masih akan berhijrah ke arah itu.
Sejujurnya, kadang-kadang rasa tak layak untuk berkongsi entri yang baik-baik walaupun hakikatnya memang entri itu ditujukan atau dalam erti kata lain, ‘diboom bazokakan’ kepada diri sendiri. Tapi jari jemari ini tetap mahu menari menulis mengenainya. Mohon bacalah kalau merasa ianya baik.
Masuk sahaja bulan ramadhan, ramai yang set niat untuk memulakan itu dan ini. Ada yang freehair, berniat untuk bertudung bermula di bulan ramadhan. Katanya, tidaklah ralat sangat dengan pandangan orang disekeliling. Alhamdulillah, two thumbs up untuk mereka yang berniat begini. Ada yang memasang azam untuk khatam Al-Quran 3 kali dalam bulan ramadhan. Ada yang memasang azam memperbaiki akhlak dan budi bicara. Two thumbs up kepada semuanya. Saya tumpang gembira.
Atas niat baik anda sahaja, ALLAh Ta’ala telah mengganjari.
Bergerak Seiringan Dengan Ramadhan
Apabila sahaja kita tekad untuk melakukan perubahan, berbuat kebaikan, ada sahaja anasir-anasir yang boleh melemahkan kita. Mungkin, ada masanya kita akan menjadi sedikit lemah dengan sindiran, tohmahan dan cacian dari orang-orang yang mengenali diri kita sebelumnya. Sedih itu, sudah semestinya.
But you know what? Mereka itu tidak dapat mengapa-apakan dirimu.
Di bulan ramadhan, berhijrahlah sesungguhnya. Merangkaklah seperti permulaannya. Berdirilah seperti di pertengahannya. Dan berlarilah pada fasa penghujungnya. Semoga Tuan Punya Dunia memandang hasil-hasil usaha itu dengan keberkatan dan restu-Nya.
Hidayah itu, sudah tersedia ada kepada umat manusia. Al-Quran dan Sunnah itu cukup menjadi petanda kebesaran hidayah yang ALLAh Ta’ala telah berikan. Makanya, jangan sesekali berkata bahawa dirimu belum menerima hidayah, atau belum sampai seru.
Kerana, cahaya itu tidak akan memasuki ruang yang tertutup rapat!
Apa-apa sahaja yang terniat dibenak itu yang untuk kembali kepada Rabbnya, maka tunaikanlah dengan sedaya upayamu. Wahai kawan, ketahuilah sesungguh detik kebaikan yang terbit dalam hatimu itu adalah gerakan daripada ALLAh Ta’ala. Tanda Dia masih mahu menginginkan kebaikan untuk dirimu.
*just a short-updated from me, to me and to you.
laitulqadar. Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’fu’anna.
May Allah bless.





Assalamualaikum.
Apabila berakhir ramadhan, maka berakhirlah perangai syaitan dalam diri, kembali kepada fitrah yang semestinya fitrah perhambaan sepenuhnya kepada Allah.
Bukan hanya kepuraan di bulan ramadhan.
Salam ziarah saudari, moga thabat dengan tinta dakwah.
-yaqut hulaif-
[Balas Komen]