Percaya Atas Percaya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

sebahagian harta yang Dia pinjamkan.

Hari itu, selesai mengatur-susun buku-buku yang ada. Senang hati! Eh, Abah cakap lagaknya sudah boleh buka perpustakaan. Saya hanya tersenyum. Sebuah perpustakaan di dalam rumah adalah impian saya.

Diam. Perkataan dosa bermain di minda. Terjenak seketika.

Layakkah saya membicarakan soal pahala dan dosa? Padahal saya sendiri ini diselubungi dosa dan noda yang sering berlaku dan tidak berpenghujung.

Kamu dan kamu. Dalam dunia ini, sungguh banyak perkara yang tidak terduga. Malah banyak perkara yang kita tidak pernah terbayang sikit pun akan berlaku. Mahu tidak mahu, bagi kamu dan kamu serta saya sendiri, kita semua harus mengakui.

Inilah dunia. Penuh warna!

Harapan Sentiasa Ada

Seberapa rasanya teruknya diri kita yang sekarang ini, percayalah masih ada sinar harapan perubahan yang menanti. Tinggal saja untuk diri kita sendiri yang bergerak mendapatkannya. Itu sunnatullah. Mahu sesuatu, kena kerah diri untuk mendapatkannya.

Kita tidak boleh berharap kita tidur pada malam hari, dan keesokannya kita akan berubah 100% menjadi seseorang seperti yang kita inginkan mahu berubah. Perubahan ada perjalanan prosesnya yang tersendiri. Dan perlu diketahui, perubahan tidak semudah ABC. Tidak semudah berkata Ya atau TIDAK.

Memang tidak pernah dijanjikan mudah, kerana semuanya perlu mujahadah! Tapi, hatta perubahan itu kadang-kadang merobek jiwa, yang pasti dipenghujungnya ada bahagia.

Kuncinya, kita perlu percaya. Dengan percaya, lahirlah sebuah keyakinan.

Kadang-kadang terasa kelakar pada diri sendiri yang berjalan di muka bumi ini apabila sesuatu perkara itu terjadi. Lalu diri bertanya, “kenapa terjadi sampai begini tahapnya?”, “kenapa saya dah buat sebaiknya, tapi masih ada tempang di sana sini?”. Dan masa di saat hati menanyakan soalan-soalan yang begitulah, harus lebih muhasabah diri. Renungkan dalam-dalam keadaan hati dan diri sendiri.

Muhasabah diri itu tidak bermaksud mencari salah dan menyalahkan diri sendiri. Tidak, bukan begitu. Tetapi bagi saya sendiri, muhasabah itu adalah suatu jalan untuk merenung keadaan diri dan berusaha pula membaiki apa yang lemah dan tempang.

Bukan atas alasan mencari keredhaan manusia. Tetapi memperbaiki diri agar sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah Ta’ala.

Kesakitan Dan Tangisan Itu Mengajar

Dalam hidup ini, jika dalam kehidupan kita itu selalu sahaja gembira tanpa hadirnya sebarang duka, lambat laun kita akan kehilangan ‘sense of pain and tears’. Asbabnya? Kita terlalu manja dengan kesenangan di sekeliling kita.

Saya dulu pernah kata dan saya akan terus yakin dengannya; setiap kesakitan dan airmata yang hadir dalam kehidupan itu mengajar kita untuk lebih menjadi seorang manusia. Manusia yang lebih bertimbang rasa dan bertolak ansur dalam kehidupan di dunia. Manusia yang lebih sabar dalam kebijaksanaan berhadapan dengan semuanya.

Memang (dan lagi) tak faham dengan kedukaan yang hadir, kerana kita rasa kita sepatutnya dihinggapi kedukaan itu dan bermasalah dengan manusia lain. Kenapa perlu ada rasa benci dan dengki dalam hati, padahal jalan perdamaian terbentang luas untuk melapangkan jiwa masing-masing. Kenapa dalam hati kecil manusia itu terkandung perkara-perkara dahsyat yang hanya akan memecah-belahkan sesama manusia?

Dan kita, kena percaya. Hadirnya semua itu bukan sia-sia.

Lagi, kita kena percaya (tajuk entri tu percaya, maka kalian akan terbacalah banyak perkataan percaya. hehe) bahawa, Tuhan akan menarik dan merenggangkan sesuatu dari kita untuk memberi ruang waktu kepada kita agar lebih melihat diri. Dan anggaplah masa itu, Dia mahu kita masing-masing untuk usaha atas iman.

Sesungguhnya, jalan dakwah itu tidak akan pernah menemui jalan mati. Tanpa kita, dakwah akan sentiasa terus berjalan. Dan kalau kita tidak melakukan dakwah, pun kerja-kerja dakwah itu akan terus dan terus berjalan. Yang kasihannya, adalah kita. Jiwa akan merasa sepi, serba kekurangan kerana jauh dari kerja-kerja agama.

Percayalah.
Masih banyak benda yang kita belum terokai dan temui.

Semoga ALLAh merahamati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *