Pentingnya Ilmu Dalam Rumahtangga

Bismillahirrahmaanirrahiim.

[Ihsan Pak Google]

Tadi, saya dihubungi oleh seorang Ukht.. Yang sudah lama tidak berhubung. Terkejut sebentar mendengar khabar bahawa dirinya sekarang ialah isteri seseorang sudah. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira. Tapi masih dalam keadaan tak tahu nak cakap macam mana sehingga sekarang. Yang penting, saya gembira untuk ukhti tersebut.

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wal jamaah bainakuma fil khair..

Dan masa berbual-bual lebih kurang dalam masa 10 minit tadi, terselit pelbagai cerita, lawak jenaka dan unsur nasihat. Subhanallah. Banyak mengusik je. Rindu nak berbual dan bertukar-tukar cerita. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Tiba-tiba masuk soalan cepu perak, saya bila nak nikah? Hoho. InshaAllah. Ada jodoh dengan si dia, [ececeh. Siapa si dia tu pun tak tahulah] adalah. Kalau tiada, pasrah saja. ALLAH Maha Penyayang dan juga ALLAh tidak zalim kepada manusia. Yang pasti, saya tumpang gembira buat Ukhti tadi. MashaALLAHh!

Dan tiba-tiba hendak menulis sedikit mengenai rumahtangga. =)

Pernikahan Salah Satu Fitrah

Pernikahan adalah suatu fitrah manusia. Manusia sentiasa mendambakan rumahtangga yang bahagia dan sempurna. Ia juga adalah syariat Islam, sunnah dan berpahala bagi sesiapa yang melaksanakannya.

ALLAh SWT telah menciptakan langit dan bumi, siang dan malam, syurga dan neraka.. Dan begitu juga ALLAh menciptakan lelaki, disampingnya pasti ada seorang insan yang bernama wanita. ALLAh juga Pencipta kepada suatu perasaan yang terbit dihati manusia, dimana manusia yang berlainan jantina ini saling memerlukan untuk melengkapi hidup.

Rumahtangga yang berdasarkan keimanan kepada ALLAh, inshaALLAh akan sentiasa kekal berbunga. Di mana kedua-dua insan tersebut saling mengasihi dan mencintai kerana ingin mencari rahsia ibadah lagi-lagi apabila sudah bersatu. InshaALLAh, bagi orang-orang yang sudah mendirikan rumahtangga dengan matlamat yang jelas, terdapat banyak rahsia, keutamaan dan pahala yang berganda buat mereka. MashaALLAH!

Menikah Juga Perlu Ilmu

Dengan pernikahan, bersatulah dua insan menjadi satu. Bahkan, dapat dirasai kadang-kadang jiwa juga adalah satu. Pernikahan adalah salah satu diantara ibadah-ibadah yang ALLAH sediakan ganjaran pahala yang besar untuknya. Justeru itu, untuk membina sebuah rumahtangga yang diredhai ALLAh, maka pasangan yang akan menikah itu perlunya ilmu di dalam dada mereka untuk siap siaga melayarkan bahtera keimanan.

Perlu kita ingat, pernikahan yang terbina bukan hanya bertujuan untuk suka-suka sahaja.

Hidup tak selalunya indah. Begitu juga selepas pernikahan, malah akan bertambah-tambah lagi dugaan yang mendatang. Alhamdulillah, dugaan itu adalah lumrah bagi setiap manusia. Dan untuk menghadapi cubaan ini dengan berdua bersama pasangan, perlunya ilmu. Ilmu, agar pasangan tersebut tahu dan pandai menangani masalah yang mereka hadapi. Dan dengan ilmu juga, pasangan tersebut akan mengetahui hak dan tanggungjawab masing-masing yang wajib dilaksanakan.

Bukan itu sahaja. Untuk melayarkan benih-benih keimanan agar mendapat mujahid dan mujahida soleh dan solehah, perlu ada ilmu. Agar tidak terjatuh dalam kemurkaan ALLAh meskipun hubungan suami isteri itu sudah halal. Tetapi jangan lupa, Islam memelihara kesucian dan keselamatan rumahtangga. Makanya, harus ada ilmu di dada, agar sepatutnya pahala yang kita sepatutnya dapat tidak bertukar menjadi kemurkaan ALLAH.

Persiapkan Diri!

Kemantapan ilmu rumahtangga itu merupakan pokok kepada keluarga yang sakinah. Darinya akan lahir sebuah keluarga yang menjadikan al-Quran dan As-Sunnah itu sebagai pedoman hidup, dan untuk memastikan bahawasanya anak-anak yang lahir itu adalah berdasarkan kecintaan kepada ALLAH, berdasarkan pemahaman yang jelas terhadap perkahwinan, dan yang penting ingin meramaikan umat Islam yang akan menjadi Saifullah [askar ALLAH] untuk menegakkan syiar Islam.

Kita semua mengimpikan rumahtangga yang bahagia. Tidak mungkin ada orang yang bercita-cita untuk membina keluarga yang teruk dan dimurkai oleh ALLAH. Oleh itu, persiapkan diri dengan ilmu dari sekarang. Agar tidak kekaburan bila tibanya hari dimana tanggungjawab kita semakin berat untuk dilaksanakan.

Jangan mengharap jodoh yang baik seandainya diri sendiri masih terumbang-ambing akan maksud kebaikan yang kamu maksudkan itu. Wallahu’alam.

Semoga ALLAH merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *