Peluang Yang Masih Ada

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Merasa jalan dihadapan sangatlah payah. Maka, bertahan lagikah anda?

ALLAh Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.

Apa yang tidak sesekali dusta adalah, sebesar manapun kesalahan dan dosa hamba-Nya, lagi besar keampunan dan sifat Pengasih dan Penyayang serta sifat Pemurah ALLAh Rabbul Jaleel.

Hidup ini, memang akan mengawal manusia, bukan manusia mengawal kehidupan sekiranya terlalu asyik mengikut peredaran zaman yang hakikatnya semakin kembali kepada zaman-zaman kehancuran. Semua nampak indah. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan juga membara dijiwa.

Dengan dunia yang semakin merintih; binasalah manusia.

Masihkah Ada Jalan Pulang

Ada sahabat yang bertanya akan soalan ini di formspring beberapi hari yang lalu,

Untuk entri ini, saya tidak dapat menaip panjang-panjang. InshaAllah, saya cuba buat entri susulan selepas ini. Tapi ini jawapan saya kepada saudara atau saudari yang bertanya. Namun sebelum tu, saya cukup bangga pada seseorang yang bertanya ini.

Moga ALLAh sentiasa sayang pada kamu.

Saya beriman bahawa ALLAh SWT akan mengampuni hamba-Nya yang benar-benar bertaubat kepada-Nya. Menghadapnya dengan diri yang penuh kehinaan, merendahkan hati dengan sangat dihadapan-Nya. Merintih memohon keampunan dan menyesali perbuatan serta berjanji kepada ALLAh dan diri sendiri untuk tidak mengulangi..

Peluang? Saya sangat yakin, peluang masih ada!

Psst! Keampunan dan kasih-sayang ALLAh, lebih besar dari dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya!

Subhanallah! MashaAllah~!

Percayalah, apa yang kamu rasakan sekarang adalah sentuhan daripada ALLAh SWT. Jiwa kamu suci bersih. Sebab itu ia mahu kembali dan berkhalwat dengan Tuhannya.

Peluang itu akan tetap ada. Datanglah padanya dengan penuh pengharapan akan sebuah keampunan. ALLAh tidak akan pernah membenci kamu sekiranya didalam benak kamu itu ingin kembali menunduk kepadanya selayak seorang hamba, wahai saudaraku.

ALLAh sayang pada kamu.

Jika benar penyesalan kamu, maka kamulah orang yang paling bertuah kerana mendapat kasih-sayang ALLAh. Jalan pulang? Sentiasa ada buat kamu. Tinggalkan perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan. Jangan pernah menoleh untuk itu.

Pandanglah ke hadapan. ALLAh SWT dan para malaikat akan mengasihimu. *pelukdia*

Semoga ALLAh merahmati.

One thought on “Peluang Yang Masih Ada

  1. Ya, Allah itu Maha Pengampun, bukan?

    Cuma,manusia sahaja yg tdk dpt mengampunkan, bukan? 😉

    Bukan apa, sy juga ada kwn yg alami situasi yg sama…dia tahu aib yg lepas tidak elok dibuka lagi, asalkan dia sudah bertaubat dan tidak ulangi lg kesilapan lalu..

    Cumanya, dia risau akan penerimaan bakal suaminya (yg bukanlah teman lelaki yg sama2 berzina dgnnya kerana mereka sudah break)

    …dan ramai kenalannya yg lelaki mengatakan dia harus beritahu juga bakal suaminya kerana jika tidak, dia dikira tidak jujur…dan dimomokkan dgn soalan ‘macam mana kalau ex-bf muncul time kau dah pun hidup bahagia dgn laki kau? Mcm mana kalau laki kau mintak cerai dan2 tu jugak sbb kau xjujur dan x bgtau dia awl2?’

    Entah lah, sy kesian dgn kwn sy ni…ape pndpt cik psl ni?

    Wassalam.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *