Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Pelajaran Hidup Ada Di Mana-mana

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://wpwide.com/

Credit Picture : http://wpwide.com/

Menaiki tangga dengan tangan menggengam setin kopi kegemaran. Telinga disumbat dengan earphone berwarna putih. Perlahan-lahan kaki melangkah membuka pintu bilik dan meletakkan tin tersebut di atas meja. Ipod Touch dimatikan, earphone yang disumbat di telinga tadi dibuka, dibiar berjuntai. Tin kopi dibawa ke mulut, minum seteguk.

Sekarang posisi sedang menghadap laptop.

Kepulangan ke negeri ini setelah menamatkan pengajian, yang sebenarnya sedang menunggu keputusan, membuatkan saya sendiri membuat refleksi terhadap diri sendiri. Dunia, semua ada dalam batasan pengetahuan manusia. Yang sering menurut sangkaan sendiri.

Melihat timeline, scroll and scroll. Dekat timeline itu, ada perkara yang baik. Ada perkara yang kurang baik. Ada berita penting, dan ada berita yang lagha. Sebenarnya, tidak menjadi satu masalah. Kerana pilihan sentiasa ada di tangan kita.

Dan kadang-kadang, bersendirian itu menjadi pilihan kita.

Bertanya Dan Berbicara Soal Hukum

Saya beberapa hari ini sering dihujani dengan soalan-soalan berkaitan hukum fiqh, hukum itu, hukum ini. Seakan-akan tidak memberi peluang kepada saya untuk bernafas. Saya tahu saya belajar dalam dua pengkhususan, antaranya dalam bidang syariah. Namun saya bukanlah bank soalan yang mampu menjawab kesemua soalan-soalan yang anda berikan lewat emel dan peti mesej. Menjawab sesuatu yang saya tidak tahu, adalah satu dosa.

Saya perlu merujuk guru. Saya perlu membuka buku (inilah mungkin yang dinamakan ilmu fi kutub. haishh). Tidak sewenang-wenangnya boleh menjawab begitu sahaja. Dan, pelajar syariah itu, tidaklah sepanjang masa berbicara soal hukum haram halal sahaja.

Percayalah.

Pun begitu, peti mesej saya sentiasa mengalu-alukan pertanyaan dari anda semua. Kalau ada yang saya boleh bantu dan jawab, maka saya akan jawab. Kalau tidak, kita sama-sama untuk mencari jawapannya. Boleh? Senyum.

Berhadapan Dengan Realiti Hidup

Membuat pilihan dalam hidup, tidak kiralah bentuk pemilihan yang berkaitan dengan perkara apa, maka ia adalah sesuatu yang menguji perasaan dan minda. Bukan kerana tidak percaya dengan Tuhan. Tapi mungkin itu adalah rasa semulajadi dalam diri seseorang. Macam-macam yang timbul dalam fikiran. Takut untuk tersilap langkah, takut untuk tersalah pilihan. Gerun jika berlaku penyesalan. Dan agak ngeri apabila tidak sampai ke penghujung jalan.

Semua mengalaminya, bukan? Come on guys, saya pun pernah mengalaminya.

Tapi bila kita fikir-fikiran semula. Perkara itu, tiada apapun sebenarnya. Kalau pun kita tersilap langkah, maka itu akan menjadi pengajaran buat kita. Dan kita akan mengalami perasaan yang macam, “What the? Aku tak sangka dapat lalui semua ni wehh!” Apabila kita sebenarnya tak mati pun dek kerana suatu keputusan yang kita buat. Kan?

Rasa takut atau resah itu normal.

Saya teringat dengan seorang Uncle. Kami duduk bersebelah semasa dalam pesawat MAS daripada bumi Sandakan ke KLIA. Beliau khusyuk membaca somekind of buku sejarah. Tiba masa pramugari menghidangkan makanan, beliau memulakan perbualan.

“Buat apa datang Sandakan?” Beliau bertanya.
“Eh tak. Saya memang orang Sandakan. Dah habis cuti sem.” Jawab saya.

Beliau mengangguk-angguk. Dan kami masing-masing mejamah makanan. Selepas masing-masing menghabiskan makanan, beliau memberikan kepada saya muffin yang beliau tidak makan. Dia kata, ambil untuk dimakan dalam bas. Sekali lagi beliau memulakan perbualan.

“Hidup ni senang saja, nak. Kalau kita rajin dan kita yakin kepada Allah, yang susah pun akan menjadi mudah. Yang penting jangan lupakan Dia!”

Saya tidak membalas apa-apa. Sekadar senyum dan mengangguk tanda setuju sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap pesawat melihat kepulan-kepulan awan yang cantik. Sambil saya terfikir juga, memanglah kunci untuk hidup di dunia ini ialah jangan melupakan Allah Ta’ala. Bila kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala dan berkhidmat kepada-Nya, maka segalanya pasti akan dimudahkan-Nya. Walaupun adakalanya kita berhadapan dengan masa-masa kesukaran, tapi tidak bermakna kita ditinggalkan.

See? Pelajaran kehidupan ada di mana-mana.

Dan melalui Uncle tersebut; saya pulang ke tempat pengajian dengan penuh semangat di dada. Dan mendapat pointer tinggi dari semester sebelumnya (haha!).

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *