Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Mukmin Yang Kuat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Saya du'a, moga bilamana diri ini sempat menyaksikan, saya diberikan kekuatan untuk menghunus senjata. Itu harapan saya.

Dulu semasa saya kecil, saya suka tengok filem perang, perlawanan. Saya juga suka tengok rancangan tv yang memaparkan kisah silat. Dan kerana itu, saya masuk Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Fikir saya, kalau kita tahu tentang seni perlawanan, maka kita akan menjadi manusia yang kuat.

Dan pada suatu hari, Ustaz menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan Mukmin Yang Kuat. Saya pada masa itu, belum cukup mengerti akan maksud yang ustaz ingin sampaikan. Makanya, fikir saya, Mukmin Yang Kuat itu adalah hanya kuat dari segi penggunaan tenang. Senyum.

Betullah. Tetapi, kuatnya seorang Mukmin itu bukan hanya pada kekuatan tenaga.

Manusia yang berada dalam fitrah Islami, boleh menjadi kuat dalam pelbagai sudut kehidupan. Apa yang penting, manusia kenal dan tahu akan kekuatannya dalam apa.

Kekuatan Yang Ada Pada Diri Seorang Muslim

Semasa duduk-duduk sendiri semalam, saya bertanya pada diri sendiri. Saya ini sudah kuatkah untuk menjadi seorang Muslim yang sedia menghadapi cabaran yang saya sendiri pun tidak tahu. Saya sengih terhadap diri saya sendiri. Kuatkah saya?

Saya jadi teringat akan hadith Nabi SAW :

“Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh ALLAh daripada Mukmin yang lemah. Pada setiap perkara ada kebaikan. Tekunlah kamu atas sesuatu yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan kepada ALLAh dan janganlah kamu berputus asa. Jika kamu ditimpa sesuatu bencana, janganlah berkata : “Kalaulah aku berbuat demikian, maka akan menjadi demikian, demikian.” Akan tetapi berkatalah ALLAh telah mentakdirkan dan barang yang dikehendaki ALLAh, pasti ALLAh lakukan. Kerana kata-kata “kalau” dapat membuka perbuatan syaitan.” – Hadis Riwayat Imam Muslim

Kuat bagaimanakah manusia itu?

Kuatnya seseorang, bukan hanya apabila dia pandai menghunus senjata mahupun tahu banyak seni mempertahankan diri. Namun tidak dinafikan, itu juga adalah salah satu kekuatan yang perlu ada pada individu.

Tetapi apa yang ingin dikatakan adalah, orang Mukmin yang kuat itu bukan hanya kuat dari segi fizikal sahaja. Malah, kekuatan intelektual dan pemikiran yang kreatif juga inovatif adalah diutamakan. Dan ia merupakan aset penting yang ada pada seseorang.

Kuat dalaman juga menjadi satu kekuatan yang akan menguatkan apa yang terzahir. Kekuatan dalaman ini tidak dinampak, namun impaknya kelihatan dalam kehidupan seseorang. Bukan semua orang kuat jiwanya. Setuju tidak?

Saya nak menjadi Muslim yang kuat. Yang lebih dikasihi oleh ALLAh berdasarkan hadith Nabi SAW seperti di atas. Tolong terbangkan du’a untuk saya, sahabat.

Semoga ALLAh merahmati.

 

2 Comments

  1. mankuchai says:

    Salam,

    Menjadi mukmin yang kuat perlu ada kekuatan dalaman yang asas,kita asas kita kuat maka kita akan kuat segala-galanya :) thanks for sharing!

    [Balas Komen]

  2. ejoncb says:

    setuju sis!!!..bukan semua manusia kuat jiwanya. Tmbah2 lagi masa sekarang ni, byk sgt benda yg boleh melemah kan hati n jiwa kita.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>