Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Mendidik Diri Untuk Redha

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima.

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.

Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.

Duduk Sebentar Berfikir

Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?

Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.

Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.

Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.

Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.

Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.

Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.

Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.

Islam ini sangat cantik!

ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.

Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-8

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.

Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia

Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?

Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.

Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.

Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!

Semoga ALLAh merahmati.

33 Comments

  1. junaidiahmad says:

    Terkesan! salam ziarah sahabat. 🙂

    [Balas Komen]

  2. ariffah9 says:

    ya allah.benar,terkesan. syukran!

    [Balas Komen]

  3. ejoncb says:

    thankz sis kongsikan..Suka baca blog Sis sebab kadang2 bila terasa kecewa dah jadi macam pengubat hati jer baca tulisan Sis.

    [Balas Komen]

  4. duka_selalu says:

    betul2 buat sy sedih dan senyum..trima kasih krn menyedarkan saya…

    [Balas Komen]

  5. zatty says:

    terima kasih ya..sekarang ini mmg sy nak senyum je..semua post dlm blog ni mmg sgt membina..terima kasih utk semua ujian ya Allah:)

    [Balas Komen]

  6. lovepeace says:

    salam.. info yg sgt berguna… saya selalu berfikir saya takut untuk mengecap bahagia.. takut Allah tarik kebahagiaan saya…. tapi saya sedih dengan ujian yang menimpa.. saya selalu berprangsangka yg bukan.. hakikatnya saya takut dengan kehidupan…

    [Balas Komen]

  7. duka_selalu says:

    salam..betul2 buat saya tersentuh..saya cuba untuk redha, tp kadang2 saya x mampu..ya allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini..amin.

    [Balas Komen]

  8. duri says:

    thanx ya……
    mudahn2 n3 ni dapt membina kekuatan saya kembali…doakn saya agr sentiasa berbahgia n berjaya akhrnya…

    [Balas Komen]

  9. Intan says:

    Alhamdulillah… sungguh mengembalikan semangat sy.. terima kasih kerana menyedarkan sy atas semua kejadian mempunyai hikmah.. anda telah buat sy kembali tersenyum..

    [Balas Komen]

  10. Ana Zulaikha says:

    Alhamdullillah..tersentuh hati mmbaca nya, terima kasih artikel yg bagus ini, sy mohon izin utk copy/share ye

    [Balas Komen]

  11. Assalamualaikum,

    Boleh saya salin tulisan ini untuk dimuatkan dalam blog saya untuk dikongsi dengan pembaca blog saya.

    [Balas Komen]

  12. ida says:

    Terima kasih atas penulisan anda yang menyedarkan saya daripada kesedihan ini…. Semoga Allah merahmati anda sekeluarga….

    [Balas Komen]

  13. hamizah says:

    Thanks… Mmg cuba utk redha… Berbicara berdoa pd ALLAH… Namun bagaikn perlu tangan utk digenggam dan bahu utk bersandar… Perlukah smua itu atau hanya keprluan yg x perlu? Allahuakbar… Hari ini redha esok tidak… Istiqomah….. Ya Allah rawatlah hati ini utk redha dgn ketentuanMu aku pasti Kau x akan mengecewakan aku…. Tapi knp rasa bagai mahu lari jauh..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Fitrah kita untuk memerlukan tangan untuk digenggam, dan bahu untuk dipinjam buat bersandar. Untuk mengumpul kekuatan mungkin.

    Hati memang begitu, hari ini redha, mungkin esok tidak. Sebab itu kita perlu mendidik hati. Hati kita keadaan berbolak-balik.

    Semoga dimudahkan setiap urusan anda, inshaAllah.

    [Balas Komen]

    nur Reply:

    hati kita memang berbolak balik begitu juga dengan iman ..
    hari ini berusaha untuk redha esok diuji lagi dengan perasaan tercari cari kita Tuhan semoga diberi kekuatan .. tahun demi tahun berlalu , hari demi hari berlalu .. semoga diberi kekuatan dan petunjuk Tuhan semoga hati lebih kuat untuk menerima ujian . semoga diri ini dipermudahkan urusan, diberi kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat . semoga nikmat iman kekal dan tidak ditarik Tuhan . semoga Tuhan gantikan apa yang hilang dengan sebenar benar kebahagiaan . hati kadang lemah tidak kuat dan lelah .. tp dari Tuhan kita datang kepada Tuhan kita berserah . . insyaAllah semoga kebahagiaan diberi kepada saudari , seperti mana sy inginkan kebaikan berlaku kepada saya . aamiin
    semoga kita kuat dari hari ke hari
    bersyukur dengan nikmat Tuhan dan rasa bahagia dengan yang ada .

    [Balas Komen]

  14. bawangputeh says:

    MasyaAllah.. 🙁 mohon share.. benar2 terkena atas batang hidung sendiri 🙁 sebagai peringat diri sendiri di lain masa…

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Silakan.

    [Balas Komen]

  15. Umi Yamaguchi says:

    JazakAllahu Khair !!!

    [Balas Komen]

  16. sofea says:

    Terimakasih atas perkongsian saudari..

    [Balas Komen]

  17. GGdotCOm says:

    Adakah saya diuji @ diturunkan bala? masalah datang bertimpa2.. adakah msalah ni ujian ataupun bala?

    [Balas Komen]

  18. wan zamnilaila says:

    penulisan yang berkesan dan praktikal.saya suka krn saya juga diuji danmuhasabah diri.

    [Balas Komen]

  19. SITI AISYAH ROZANA ABDULLAH says:

    Saya rasa sangat terkesan…menitis air mata ni..bila mengenang kisah hidup
    Yg sdg saya tempuhi. .Terimakasih semoga dpt memberi semangat utk terus kehadapan…tq

    [Balas Komen]

    Suhana Amiril Reply:

    Semoga Allah mempermudahkan segalanya bagimu, inshaAllah.

    [Balas Komen]

  20. senyum.... says:

    assalam… saya bru terbc entry ni bila saya dlm keadaan yg amat keliru… blh saya bersembang secara private? saya perlukan teman berbicara..

    [Balas Komen]

    Suhana Amiril Reply:

    ‘Alaikumussalam.
    InshaAllah boleh emel saya di suhana@cintailahi.com

    [Balas Komen]

  21. niza abu bakar says:

    saya sering diuji dgn kasih sayang …. adakalanya terpikir sampai bila ….syukur alhamdulillah saya mampu meneruskan perjalanan hidup ini insyaallah

    [Balas Komen]

  22. ASIAH says:

    sangat berkesan di hati & amat berguna sekali dikala sy sedang diuji…di uji dengan berbagi kasih syg(bukan bermadu).

    [Balas Komen]

  23. Ila says:

    w/pun hampir 1 tahun berlaku perpisahan kerana org ke 3.. namun hati belum betul2 redha… setiap doa tak tinggal utk mohon petunjuk dr Allah agar hati ini redha… anak2 penguat semangat utk saya terus hidup…

    [Balas Komen]

  24. atikah says:

    assalamu’alaikum. sangat bernas dan terkesan. saya mohon share tulisan ini. terimakasih.

    [Balas Komen]

  25. Lily says:

    AS..SALAM..UJIAN DAN DUGAAN UNTUK SAYA TERLALU HEBAT..SUAMI SAYA TAK BOLEH JALAN SEPENUHNYA MENGHARAPKAN TONGKAT..DIKALA SAYA SARAT MENGANDUNG ANAK KE-2..MEMANG SAYA SEDIH..TUHAN TARIK SEMENTARA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAN KAMI SEKELUARGA..TAPI SAYA REDHA MUNGKIN INI HUKUMAN UNTUK SAYA DI ATAS KELALAIAN SAYA SUATU KETIKA DULU..MUDAH-MUDAHAN SEMOGA TUHAN AMPUNKAN DOSA-DOSA SAYA DAN KEMBALIKANLAH SEMUANYA..AMIN..SESUNGUHNYA SAYA BERTAUBAT..

    [Balas Komen]

    Suhana Amiril Reply:

    Wasalam’alaik!

    Doa saya, semoga puan diberikan ketabahan dan keikhlasan ketika diuji sekarang. Dan semoga dimudahkan segala urusan puan. InshaAllah, Allah tidak pernah mensia-siakan orang yang sabar.

    [Balas Komen]

  26. nor aina najibah says:

    Izin share ye…perkongsian yg menarik…

    [Balas Komen]

  27. Cik A says:

    Saya benar2 memerlukan seseorg utk memberi kata2 semangat skrg..ada perkara yg ingin dikongsikan ttpi saya xtahu nk kongsi dgn sapa scara dpan2..melainkan allah..alhamdulillah dgn adanya blog ni saya sedikit sebanyak tersedar akn hikmah atas ujian allah..tapi saya masih perlukan sokongan dan rakan utk mmberi motivasi agar saya dpt lbih brsemangat..sekiranya sesiapa yg sudi menolong..tlglah dm saya dkt ig ‘evianmy’ terima kasih 😩

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *