Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Manusia Sering Mengeluh Kan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Saya sebenarnya, tertanya pada diri sendiri.

Pernah tidak, kita tidak mengeluh dalam sehari? Tidak kiralah keluhan berat atau ringan.

Bila difikir kembali, walaupun keperluan untuk hidup sudah mencukupi mahupun lengkap, manusia masih tidak pernah kehilangan alasan untuk mengeluh. Kenapa ya? Anda ada jawapan tak? Kongsi dengan saya boleh?

Contoh mudah, berkenaan cuaca. Jika cuaca redup lalu hujan, manusia akan mengeluh. Jika cuaca panas lagi terik, manusia juga akan turut mengeluh. Apa sebenarnya kemahuan manusia ini ya? Terlalu banyak agaknya kemahuan sehingga celaru apa yang dikehendaki dan apa yang baik dan tidak.

Saya Malu Pada Sindiran ALLAh SWT

Semasa mengemas bilik saya tadi. Yang saiz bilik itu tidak besar mana pun, saya terlepas keluhan juga. Bersepah dengan buku-buku sebenarnya. Saya sendiri yang membuat buku itu bersepah selepas dijadikan rujukan, maka saya juga yang mengeluh. Ha ha. Jelik sih!

Ayat ini,

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” – al Ma’arij : 19-21

Bersifat keluh kesah. Saya terpukul.

Baik. ALLAh, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat keluh kesah lagi kedekut. Allahumma ameen!

Maaf, sahabat. Entri yang asyik tertangguh. Dan kali ini entri pendek.
Saya cuma malu dan terpukul dengan kalam ALLAh itu. Manusia memang begitu kan?

Ayat itu, bagi saya, adalah sindiran dari ALLAh untuk manusia.

Manusia. . .

Sangat jarang untuk bersyukur. Astaghfirullah~!

Semoga ALLAh merahmati.

4 Comments

  1. ejoncb says:

    setuju dgn Sis, kdg2 benda kecik pun boleh buat kita mengeluh tanpa sedar.

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Sis, manusia kan. Kena selalu muhasabah diri.
    Terkadang terfikir, benda tu tak memerlukan kita mengeluh pun. Tapi termengeluh juga. Salah satu bukti kelemahan manusia.

    [Balas Komen]

  2. suri says:

    kena byk istifar sllu..

    kita manusia tak sekli dua kita ada mgluh jua.. itulah kehidupan bukan semua yg d lalui indah dan membahagiakan..ada asam garamnya jua=]

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Na’am. Betul tu.
    Istighfar. Istighfar selalu.

    Manusia ini pelupa. Jangan kufur nikmat sudah.
    Moga ALLAh cukupkan kita apa adanya. InshaAllah. =)

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *