Kita Perlu Belajar Untuk Murahkan Senyuman

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bukankah senyum itu lebih menceriakan? :') Credit Picture : http://kishui.deviantart.com/
Bukankah senyum itu lebih menceriakan? :’)
Credit Picture : http://kishui.deviantart.com/

Adalah sesuatu yang sangat cliche pada pandangan masyarakat khususnya di Malaysia apabila kita berbicara soal murahkan senyuman. Kerana perkara itu sudah sering menjadi topik perbualan. Di kaca televisyen contohnya, sudah ada iklan mengenai senyum, di dada-dada akhbar juga mencatatkan bahawa senyuman itu adalah sesuatu yang positif. Tidak kurang juga di corong-corong radio, senyum itu selalu disentuh dengan cara masing-masing.

Dan sebenarnya, senyuman itu juga sudah menjadi suatu tuntutan yang baik dalam Islam sehingga ada sabda Nabi mengenai senyum kita kepada orang lain itu adalah sedekah.

Bukankah apabila kita berjumpa dengan orang yang pemurah senyuman, maka kita juga turut sejuk jiwa dan mata? Kerana apa? Kerana senyuman yang kita lihat itu memberi aura positif yang dibawa oleh seseorang kepada kita. Kan?

Ada perbezaan antara tidak mahu senyum dengan mencuba untuk murahkan senyuman, sebenarnya. Namun ada juga sebenarnya dikalangan kita yang susah untuk senyum atau memang tak nak senyum. Katanya, tidak reti untuk senyum. Eh?

Kenapa ya? Segan?

Kalau Kita Memahami Keistimewaan Senyum

Saya masih ingat lagi, pengalaman ‘dikerah’ semasa minggu orientasi suatu waktu dahulu. Para fasilitator dan kakak-kakak dan abang-abang senior sering menyentuh mengenai 3S ; Senyum, Sapa dan Salam. Tetapi mereka menekankan senyuman di situ.

Dan alhamdulillah, majoriti dikalangan mereka memang beramal dengan apa yang mereka tekankan. Dan mereka tidak kedekut senyuman apabila bertembung dengan sesiapa.

Kudos to them! *clap *clap *clap

Dan apa yang saya perhatikan, apabila berjumpa atau terserempak mahupun bertembung dengan orang yang pemurah senyuman, hati kita turut jadi berbunga. Jadi berbunga bukan sebab jatuh cinta atau menggedik terpikat. Tapi sebab kita sudah merasa selesa dengan orang itu dalam masa yang tidak lama walaupun mungkin waktu itu belum bertegur sapa lagi dengan orang tersebut. Tapi oleh kerana aurah positif yang ada pada senyumannya, maka kita secara automatik merasa orang itu seseorang yang disenangi.

Saya jadi teringat pada zaman Rasulullah SAW. Seseorang sahabat yang sangat mahu bersedekah, tetapi tidak memiliki harta apapun bertanya kepada Rasulullah,

“Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Sampai begitu sekali senyuman diletakkan pada martabat menjadi sedekah. Dan bila disebut sedekah, sudah tentulah ia sebuah ibadah. Dan bila ibadah, kita mengharapkan ganjaran kebaikan daripada ALLAh Ta’ala. Mohon supaya ALLAh menerima senyum kita.

Kadang-kadang orang tak ambil pusing. Senyum pada orang kita kenal rapat sahaja, sudah. Ya betul, tiada salah pun jika berbuat demikian. Tapi alangkah molek dan indahnya serta cantiknya bila kita dapat senyum dengan kasih terhadap sesiapapun. Dengan niat, aku senyum kepada saudara-saudaraku kerana Islam menuntutku untuk berbuat demikian.

Jangan Meremehkan Soal Senyuman

Sejujurnya, pernah juga saya bertemu dengan orang yang apabila saya memberi salam dan senyum kepadanya, maka dia tidak peduli dan terus jalan tanpa membalas pun salam yang diberikan. Wajah pula, jangan cakap masamnya mengalahkan jeruk! Eh? (Hahaha). Baik, saya berbaik sangka, orang-orang tersebut menjawab salam dalam hati.

“Elleh, senyuman pun nak jadi isu ke?”

No, saya bukan hendak memper’isu’kan soal senyuman. But it’s something that we can recall to remind us that ‘smile’ is something cliche yet so special in Islam.

Kadang-kadang ada manusia, bila seseorang itu jenis yang memang susah untuk senyum, maka dia akan judge bahawa orang itu sombong. Dan ada pula manusia, apabila seseorang itu selalu senyum dan ditakdirkan dia disapa oleh orang tersebut dengan senyuman, dia mengendahkan, malahan!

Itu namanya meremeh-remehkan kebaikan yang bernama senyuman. Bila bercakap soal meremehkan kebaikan yang orang lain buat, ini mengingatkan kita tentang sebuah hadis.

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” – (HR Muslim)

See?

Kita jangan menyangka bahawa sedekah yang besar dan diterima di sisi ALLAh Ta’ala itu adalah harta benda kekayaan yang disedekahkan oleh seseorang. Tanpa sedar, kita sedang merendah-rendahkan sedekah melalui sebuah senyuman.

Senyuman Boleh Menjadi Pengikat Hati

Kepada para du’at (du’at jamak kepada dai’e), jika kalian mengaku kalian perlu bekerja sungguh-sungguh demi ALLAh Ta’ala ingin menyentuh jiwa-jiwa lain di luar sana, maka sentuhlah jiwa-jiwa anda dulu untuk memurahkan senyuman. Jika anda ada mad’u, maka senyuman adalah salah satu pengikat jiwa-jiwa sesama kita.

Dengan senyuman, orang lain boleh senang dengan diri kita. Dengan akhlak yang baik, dan senyuman yang diikhlaskan kerana ALLAh Ta’ala, saya sangat pasti, ada manusia disekeliling yang akan terpikat dengan akhlak anda, dan rasa terpikatnya itu boleh menjadi asbab hidayah dari ALLAh Ta’ala kepadanya untuk dia berbuat perkara yang sama.

Bukankah sepatutnya mereka yang mengaku dengan berani menggalas tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan dai’e itu adalah mereka yang pemurah senyuman kepada yang ada di sekelilingnya. Bukankah?

Cukup dengan sebuah senyuman, diserikan lagi dengan akhlak yang indah, itu sudah boleh menjadi dakwah yang besar kepada saudara Islam dan non-Muslim itu sendiri. Kerana ketinggian budi dan kecantikan peribadi itu menjadi sesuatu yang memancarkan cahaya ketenangan melalui perilaku seseorang yang bersifat demikian.

Jangan kita hanya menjadi seorang yang suka senyum hanya kepada orang-orang yang dari kalangan kita sahaja. Kalau begitu, maka itu ada something wrong somewhere. Sebab kalau kita teliti sirah Nabi sendiri, Nabi SAW seorang yang sentiasa tersenyum.

Dengan senyuman juga, boleh menjadi uslub dakwah!

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” – (HR Tirmidzi)

Bukankah kita mengaku cinta kepada Rasulullah?
Maka sudah pasti kita akan melakukan perkara yang disukai oleh orang yang kita cinta, kan?

Mungkin kita boleh sama-sama belajar dan berlatih untuk memurahkan lagi senyuman kepada saudara-saudara kita yang ada. Dan mungkin kita perlu lebih memperindahkan lagi peribadi yang belum indah, kan? Boleh sama-sama berlatih senyum tayang gigi!

Dan senyum yang diperkatakan di sini, bukanlah senyum sesama jantina yang ada niat lain selain kerana mahu senyum kerana ALLAh Ta’ala. Senyum sesama jantina, sangat-sangat digalakkan. Senyum kepada yang berlainan jantina, wasatiyahlah; bersederhana!

Jangan lupa, senyum itu tinggi bahagiannya.
*senyum lebar dari sini*

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *