Kisah Teladan : Susah Hendak Memuaskan Hati Manusia

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar. Manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya tetap sedap menaiki himar itu. Sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik mendengar saja kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai berkata lagi, “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan si himar itu.”


Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka. Katanya, “Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada ALLAH SWT sahaja. Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman al-Hakim berpesan lagi kepada anaknya. Katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara. Iaitu tipis keyakinannya ( iman ) tentang agamanya, lemah akalnya ( mudah tertipu dan terpedaya ) dan hilang kemuliaan hatinya ( keperibadiannya ), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

Sumber :Wasiat Luqman al-Hakim
Penulis : Ahmad Hasan Mohd. Nazam
Terbitan : Telaga Biru

Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Dan betapa ramai orang yang akan tidak berpuas hati dengan kita kerana tidak dapat menerima diri kita dengan seadanya. Maka, bila pandangan manusia itu seluruhnya pandangan kehinaan terhadapmu, utamakanlah pandangan ALLAH SWT..~ Wallahu’alam.

Semoga ALLAH merahmati.

4 thoughts on “Kisah Teladan : Susah Hendak Memuaskan Hati Manusia

  1. Wonderful beat ! I wish to apprentice while you amend your web site, how can i subscribe for a blog site? The account aided me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of this your broadcast offered bright clear idea ekkgdddcgfag

      (Quote)

  2. Excellent way of telling, and pleasant article to get information regarding my presentation topic,
    which i am going to deliver in institution of higher education.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *