Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Jangan Pandang Rendah Terhadap Orang Lain

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hidup ini penuh dengan warna-warni kebaikan. Credit Picture : http://xaliaz.deviantart.com/

Hidup ini penuh dengan warna-warni kebaikan.
Credit Picture : http://xaliaz.deviantart.com/

ALLAh Ta’ala mencipta manusia dengan pelbagai rupa, pelbagai tingkah laku, pelbagai ragam. Tiada seorang manusia pun yang perangainya sama 100% dengan manusia yang lain. Hatta anak kembar yang dilahirkan cuma berbeza beberapa minit, tidak akan pernah sama.

Dan manusia yang diciptakan oleh ALLAh Ta’ala tadi mempunyai pelbagai bakat. Ada orang yang bakatnya dalam bidang lukisan, nyanyian, menjahit. Ada juga yang bakatnya dalam bidang muzik, mahupun dalam penulisan. Disitu kelihatan betapa manusia sebenarnya unik kerana setiap satunya mempunyai kelebihan yang berbeza-beza.

Kan? Senyum.

ALLAh Ta’ala juga mencipta pelbagai jalan untuk para hamba-Nya melakukan kebaikan dan memperolehi pahala. Seribu satu kebaikan dalam dunia ini, yang manusia boleh lakukan. Namun, ALLAh Ta’ala juga mencipta manusia dengan kebolehan serta kekurangan, yang saya pasti tujuannya, adalah untuk melengkapi. Bukan untuk saling merendahkan.

Kalau namanya manusia itu hidup untuk saling melengkapi, maka ‘memandang rendah orang lain’ sebenarnya yang seharusnya tiada tempat dalam jiwa manusia.

Semua Orang Ada Hak Untuk Merai Pahala

Setiap orang akan melalui setiap zamannya. Setiap orang akan merasai pengalaman berada dalam satu zaman sehinggalah mungkin seseorang itu berhijrah ke zaman yang lebih baik. Alhamdulillah, itu hak semua orang. Tiada siapa boleh menidakkan. Bila ALLAh berkehendakkan begitu, maka begitulah yang akan terjadi.

Saya percaya, semua orang di dalam dunia ini berhak untuk melakukan perubahan dan berubah ke arah yang lebih baik. Dan semua orang berhak untuk membuat kebaikan tanpa ada diskriminasi. Kalau ada yang menghalang sebuah kebaikan untuk dilakukan, maka itu adalah sekutu yang tidak mahu perjuangan Nabi SAW terus berada di muka bumi.

Namun, dalam pada hal itu semua.. Mungkin kita selalu terlepas pandang satu hal. Mungkinlah, mungkin. Ramai mana orang yang ALLAh Ta’ala beri kelebihan dalam berhijrah kepada-Nya, dan ramai mana orang yang ALLAh beri kefahaman dalam ilmu agama yang memandang orang lain dengan pandangan rahmat.

Ramai? Alhamdulillah.

Tapi tidak dapat kita nafikan, wujud manusia yang ALLAh Ta’ala berikan peluang untuk membuat lebih baik daripada yang lain, tetapi pandangannya cukup sinis kepada orang lain.

Percaya? Saya percaya.

Jika kita seseorang yang ALLAh telah berikan kesedaran untuk menutup aurat, maka jangan kita menjadi orang yang memandang rendah mahupun sinis kepada orang-orang yang belum menutup aurat dengan sempurna.

Jika kita berkeupayaan memakai pakaian sunnah seperti jubah dan serban, maka jangan kita menjadi orang yang memandang sinis dan memandang rendah terhadap mereka yang tidak memakai kopiah mahupun serban yang panjang beberapa lilit.

You see, buddies.. Macam mana ya? Baik macam ni. Bila ALLAh Ta’ala memilih kita untuk melakukan lebih dalam sesuatu hal mahupun perkara dalam kehidupan ini. I’m very sure that, ALLAh tidak memilih kita untuk menjadi seorang yang boleh beralasan untuk sombong atau pun bermegah-megah terhadap apa yang kita lakukan.

Bagaimana mungkin rahmat yang ALLAh Ta’ala berikan kepada kita atas sifat belas kasih-Nya kepada kita, membuatkan kita sombong dan angkuh kepada manusia? Walhal sifat sombong, angkuh dan sinis itu adalah sifat-sifat yang ALLAh tidak suka!

How come, buddies? How come?

Kadang-kadang, bila kita sudah agak selesa dalam hijrah kita, kita sehingga terlupa bahawa kita pernah berada di suatu lembah yang gelap dahulu.

Amal Kebaikan Itu Dari Banyak Arah

Kawan.. Bacalah.

Apabila ALLAh Ta’ala telah memberikan peluang kepada kita untuk mendekati-Nya, ucaplah alhamdulillah sebanyak-banyaknya. Kita patut tahu, bahawa itu tanda ALLAh Ta’ala masih peduli kepada kita walaupun banyak mana kisah silam kita. Dan jangan sesekali fikir yang orang lain tidak dekat kepada ALLAh Ta’ala.

Hanya kerana kita solat di awal waktu, hanya kerana kita bersedekah, hanya kerana kita mengucapkan kata-kata yang baik, itu tidak bererti bahawa orang lain tidak melakukan hal yang sama seperti kita. Kita tiada hak untuk menyangka yang sedemikian.

Banyak mana jalan-jalan kebaikan yang ada? Banyak, kan. Saya fikir, semua akan bersetuju dengan ini. Ada beribu jalan kebaikan dan ibadah yang boleh dilakukan.

Kita kena ingat yang, bila kita melakukan sepuluh kebaikan. Maka pasti ada seseorang yang lain, melakukan 20 kebaikan yang pahalanya lebih daripada kebaikan yang kita lakukan.

Dan jangan sesekali apabila kita membuat sesuatu kerja amal, kita menyangka orang lain tidak berbuat benda yang sama. Mungkin saja orang lain melakukan kebaikan yang lain untuk merai pahala daripada ALLAh Ta’ala lebih daripada apa yang kita lakukan. Tiada sebab bermegah-megah dalam beramal, kerana amalan itu keran ALLAh dan akan dipersembahkan kepada ALLAh. Maka, kalau amal itu dipenuhi dengan sifat ujub dan riyak, bagaimana agaknya penerimaan ALLAh Ta’ala ya?

Untuk mendidik hati agar selalu merendah, katakan pada diri sendiri.. Bahawa amalan orang lain lebih daripada kita. Maka kita kena bersungguh-sungguh dalam beramal. Bukan kerana hendak bertanding, tetapi menjadikannya sebagai suatu motivasi.

Kawan,
ALLAh memerhati.

Semoga ALLAh merahmati.

One Comment

  1. Tessie says:

    That’s a sensible answer to a chaniengllg question

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *