Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Gunakan Kesempatan Zaman Ini

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Teknologi hanyalah alat semata-mata.

Teknologi hanyalah alat semata-mata.

Jiwa resah sebab buku-buku semua dah masuk kotak. Adoi.

Zaman ini, adalah zaman Allah izin untuk teknologi makin berkembang dan membangun. Saban tahun, macam-macam bukti kemajuan teknologi berada di pasaran. Tapi entah mengapa, terasa bahawa zaman yang dipenuhi dengan kemajuan teknologi ini adalah zaman pecah-belah dan zaman kemalasan.

Media sosial seperti Facebook misalnya. Kita boleh ‘jejak kasih’ semula dengan kawan-kawan realiti mahupun kawan-kawan maya. Namun, betapa banyak hubungan silaturrahim yang retak hanya kerana teknologi ini yang mana penggunanya tidak menggunakannya dengan jalan yang betul? Timbul bermacam-macam buruk sangka. Timbul hasad dihati.

Laman Youtube juga tidak ketinggalan.

Banyak mana sudah video ceramah agama dimuatnaik untuk dikongsikan agar memudahkan orang lain untuk mendapat manfaat darinya? Namun sebaliknya, umat Islam khususnya, untuk menonton video-video ceramah agama pun sudah keberatan. Tapi masih beralasan, umat Islam itu mundur katanya. Walhal, diri sendiri yang tidak mahu maju.

Teknologi yang ada, tidaklah lain hanyalah wasilah untuk kita makin mendekat kepada Allah dan memperbaiki diri. Tapi tidak dilupa, teknologi itu juga boleh menjadi pintu untuk kita menempah neraka. Percaya? Apa kata..

Alang-alang kita sudah ada smartphone dan laptop bagai, kita gunakan semua itu ke arah yang memberi manfaat, buat diri kita sekurang-kurangnya.

Nasihat untuk diri saya terutamanya.

Boleh,
sayang-sayang sekalian? Senyum.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *