Di Persimpangan Pilihan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tidak disedari dek mata yang sentiasa terbuka dengan perjalanan hidup, adakalanya manusia diberi jalan pilihan yang banyak di depan mata. Dan diantara kesemua jalan itu pula, kadang-kadang hanya diberi pilihan untuk memilih satu yang terbaik sahaja.

Oh. Banyaknya persimpangan hidup ini, kan.

Kadangkala disapa kebuntuan. Takut tersalah pilih simpang yang akan membawa kepada kebinasaan. Dan kadang-kadang juga takut terpilih simpang yang akan menyakitkan orang-orang yang disayangi. Bukti didalam hati manusia itu penuh dengan kasih-sayang, juga keraguan.

Manusia harus memilih, yang manakah akan menjadi kos lepas.

ALLAh Sengaja Bagi Banyak Pilihan

Tidak kiralah pilihan mengenai apa, semua orang pasti ada pengalaman. Ada ketika, terasa ALLAh sengaja memberikan banyak pilihan untuk ditimbangkan kelebihan dan baik buruknya. Adakalanya, sangat menghimpit jiwa.

Walaupun begitu, ALLAh sebenarnya tidak membiarkan manusia kebingungan terkontang-kanting dengan pelbagai pilihan melainkan ALLAh Ta’ala telah sediakan satu cara untuk meyakinkan diri bahawa pilihan yang akan dibuat itu adalah tepat.

Cara apa? Istikharah.

Jika terasa susah sangat nak buat pilihan, maka minta tolonglah pada ALLAh untuk pilih buat kita. InshaALLAh, ALLAh akan permudahkan urusan manusia.

Pilihan Demi Pilihan

Kadangkala terasa tiada istilah tersalah pilih dalam hidup ini jika berkaitan perkara kebaikan. Dalam istilah ekonomi, apabila terdapat dua atau lebih barangan dengan bajet yang terhadap. Maka individu tersebut harus memilih pilihan yang terbaik berdasarkan bajet yang ada serta sesuai dan membawa kebaikan dalam jangka masa yang panjang.

Dipanggil, kos lepas.

Macam mana ya? Adakalanya manusia terbuat pilihan berdasarkan bukan kemahuan ataupun dalam erti kata lain, tersalah pilih sesuatu. Tapi, saya kira tiada kerugian yang berlaku. Perbezaannya, mungkin perjalanan waktu yang memakan masa yang panjang. Dan dalam masa itu, terlihat segala ibrah yang ALLAh akan perlihatkan kepada manusia.

Tapi, Islam juga menggalakkan untuk umatnya pandai membuat pilihan melalui pertimbangan baik, buruk dan faedah berdasarkan sesuatu jalan atau perkara yang akan dipilih.

Terasa hidup ini banyak misteri.

Misteri yang kadang-kadang tidak tercapai dek akal manusia walaupun hakikatnya ibrah itu sudah ada didepan mata. Sungguh indah perancangan ALLAh Ta’ala.

Berharap dan terus berdoa dengan harapan, moga setiap langkah kebaikan ALLAh sertai dengan kemudahan yang tidak melelahkan jiwa dan memanjakan hidup. Sangat berharap agar ALLAh tidak membenarkan diri ini tergelincir dari jalan yang diredhai-Nya.

Saya seorang hamba yang banyak kelemahan. Saya tahu akan itu. Dan moga diberikan kepada saya akan kudrat untuk digunakan ke jalan kebaikan agar dapat melamar ‘pintu kebaikan’ untuk dimasuki.

Irhamna ya Rahman~

Semoga ALLAh merahmati.

4 thoughts on “Di Persimpangan Pilihan

  1. assalamualaikum..
    terima kasih untuk perkongsian.tiap org diusik dengan pilihan2 yang pelbagai..dan dalam setiap pilihan akan ada pilihan2 lain pula yang perlu dipilih..betullah, hanya dengan Allah kita kan merasa tenang dengan apa jua pilihan..yakin kepadaNYA..

      (Quote)

  2. Saya mohon share yer.. perkongsian yg menyedarkan.. setiap bait penjelasan yg manarik hati sya.. terima kasih (“,)… sy nk share tp xde button share, sya copy d note saya ya, dn sy ltkkn add page ni pd note sy..

      (Quote)

  3. Wa’alaikumussalam wbt.

    InshaAllah. ALLAh punya perancangan yang terbaik.
    Percaya dan yakin dua perkara yang berbeza.

    p/s : terima kasih singgah.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *