Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Dengki Itu Satu Penyakit

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Apabila dengki, kita akan TERsendiri.

Hidup kita, apabila diberi nikmat bahagia oleh ALLAh SWT, kita pasti gembira. Syukur. Namun, seseorang di tempat lain, merasa dengki dengan kebahagiaan kita. Pendapat anda? Saya bukan bersangka buruk. Tapi ini adalah hakikat. Seperti salah satu entri saya sebelum ini, dengki pasti ada dimana-mana.

Di mana-mana. Di hati manusia.

Kita muhasabah diri sama-sama. Adakah diri kita salah seorang yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain? Dengki dengan kejayaan orang lain. Dengki dengan kebahagiaan orang lain. Pendek kata, dengki buruk dengan hidup orang lain.

Bagi anda, seronokkah perasaan sebegini? Jawapan saya, tidak.

Dengki Penyakit Merbahaya

Kenapa saya katakan perasaan dengki itu sangat bahaya? Sebab, orang yang membawa perasaan dengki ini ialah seseorang yang tidak tenang kehidupannya. Ketidaktenangan itu datang sebagai akibat perasaannya yang tidak senang melihat kegembiraan hidup orang lain. Kasihan, bukan.

Orang yang pendengki ini sebenarnya tengah sakit. Perasaan itu dia lahirkan sendiri, dan sebenarnya dirinya sendiri juga yang terseksa menahan resah kedengkian apabila melihat orang lain. Dan apa yang paling teruk lagi sebenarnya dirinya sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu merasa dengki kepada orang lain yang tidak pernah membuat kesalahan kepadanya. Kecelaruan peribadi, mungkin.

Faedah bagi orang pendengki. Nak tahu?

Kesedihan, keresahan, kegelisahan, dan kekacauan fikiran menjadi darah dagingnya. Orang-orang seperti ini hanya menyeksa jiwa dan raga dengan memandang kedengkian dari kejauhan orang lain.

Saya bercakap mengenai dengki disini. Iaitu dengki terhadap orang lain dan menginginkan kejatuhan buat orang tersebut. Dan dengki dalam pelajaran, bukan seperti dengki ini. Berbeza. Anda faham? Senyum.

Anda nampak? Perasaan dengki yang macam ini sebenarnya membunuh perasaan ketenangan yang sudah menjadi fitrah dalam diri manusia. Kegembiraan dan ketenangan tiada lagi. Sebagai akibat dari perasaan hasad dengki yang buruk tersebut. Kalau ada pun kegembiraan itu, hanyalah gembira kerana melihat orang yang dia dengki jatuh tersungkur.

Elokkah perangai begini? Saya kata, tidak. Amat jelik sekali.

Pendengki Sebenarnya Memusuhi ALLAh

Memusuhi ALLAh? MashaALLAh. Ada yang beranikah~?
Ada, iaitu pendengki. Kenapa?

Manusia yang macam ni nampaknya seperti hendak memusuhi ALLAh. Sebab, dia tidak redha dengan apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAh akan dirinya dan orang lain yang lebih baik kehidupannya dari dia sendiri. Dalam tidak sedar, sebenarnya dia merasakan bahawa ALLAh itu tidak adil dalam memberikan hak kepadanya.

Senyum. Hak. Layakkah manusia menuntut hak dari ALLAh?

Bukankah manusia diciptakan dengan rezeki masing-masing di dunia. Mengapa perlu ada perasaan dengki kepada orang lain? Rezeki itu sentiasa ada, cuma manusia yang perlu untuk mencapainya. Maka, apabila anda merasa anda hendak memperbaiki kehidupan, berusaha sedaya mampu anda untuk melakukannya.

Hendak mencabar ALLAh? Jangan.

Perasaan dengki hanya akan menghilangkan pahala dan mendatangkan dosa. Dan amat rugi manusia yang sentiasa melakukan dosa tanpa ada perasaan ingin menambahkan pahala.

Orang Pendengki Membunuh Diri Sendiri

Baik. Perumpaan manusia bagi saya, yang bersifat hasad dengki terhadap kesenangan dan kebahagian orang lain itu sebenarnya ialah hendak membunuh diri sendiri. Sudah menyeksa diri sendiri, akhirnya membunuh diri pulak.

Bahagia? Derita!

Saya umpamakan manusia pendengki seperti ini ; Dia memasak air disebuah bekas yang besar. Lalu apabila air tersebut mendidih, maka dia sendiri terjun ke dalamnya. Dan akhirnya, yang melecur dan mati adalah dirinya sendiri.

Bukankah tindakan seperti ini tindakan yang ‘kurang pandai’?

Maka begitulah sifat hasad dengki yang kalau manusia tidak merawatnya, sudah tentu manusia itu sendiri akan mati menderita oleh perasaan tersebut.

Kenapa muncul perasaan seperti ini didalam hati manusia? Kerana kurangnya sifat sabar. Dan tidak senang melihat kebahagiaan saudaranya sendiri. Hal ini kerana, dia juga ingin merasakan kehidupan yang lebih baik seperti orang lain tetapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya dia tidak mampu.

Makanya, redhalah dengan qadak dan qadar. Tetapi, menerima suratan takdir tidak bererti tidak perlu berusaha. Ada takdir anda sebagai manusia yang boleh diubah dengan usaha, doa dan tawakkal kepada ALLAh.

ALLAh itu sebenarnya sudah membuka jalan untuk manusia. Tapi seringkali manusia ingin memasuki jalan yang tertutup dan akhirnya, manusia itu sendiri yang tersesat.

Degil!

Mari, Kita Bersama Muhasabah Diri

Saya, menaip entri di website saya ini adalah peringatan yang lebih-lebih untuk diri saya sendiri terutamanya. Dan sekiranya bermanfaat, anda sebagai sahabat pembaca website Cinta Ilahi sendiri yang dapat menilainya.

Saya doa, moga saya dan anda semua terlindung dari sifat dengki yang seperti ini. Kerana, tiada kesudahan yang baik bagi manusia yang memelihara hasad dan dengki didalam hatinya. Melainkan kerugian yang besar buat diri sendiri.

ALLAh tidak meredhai manusia seperti ini.

Perubahan itu satu kemestian. Dan kemestian itu tiada istilah terlambat didalamnya. Saya sendiri hendak memperbaiki diri sendir setiap hari, maka kalau sahabat semua bersama saya, mari kita melangkah bersama-sama.

Dan pinta saya, jangan lupa doakan saya, sekali keluarga saya. Barakallahu lakum~

Semoga ALLAh merahmati.

 

8 Comments

  1. mankuchai says:

    saya amat takut bila sifat ini ada dalam diri…dan juga takut diri terkena dengkian dari orang lain.

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Saya juga begitu, bro.
    Moga dijauhkan oleh ALLAh.

    [Balas Komen]

  2. ejoncb says:

    mintak jauh…kena muhasabah dan mengingatkan diri selalu kan Sis

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    InshaAllah. Begitulah nampaknya, Sis.
    Moga kita dijauhkan dari penyakit sebegini.

    [Balas Komen]

  3. ummu hurairah says:

    dulu sy xpenah rasa dengki dgn siapa2 pun..hidup hepi dgn kwn2..kalu boleh nk tolong kwn..kalu dia berjaya sy sgt gembira..tapi semenjak sy berkwn dgn seorg yg slalu mmperlekehkn sy..membanding beza dirinya dgn org lain dan saya.saya jadi marah..skrg kalu dia brjaya dlm apa2 pun,,sy jadi marah..mcm mane ye..bantulah sy..sbb sy mmg dri sek men tak terdidik utk marah melihat kjayaan org…dulu study kt skolah slalu support..study sama2..
    skrg..sy benci melihat dia..(pdhal sma2 1 usrah)-nk dakwah pun susah

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Assalamu’alaikum Ummu Hurairah.

    Moga kamu dalam keadaan yang baik-baik saja. Tentang masalah kamu, inshaAllah, kamu boleh tenangkan hati kamu atas perasaan cinta sesama saudara (baca : lagi pula kamu satu usrah).

    Mungkin dihati, ada sedikit marah pada kawan kamu tu sebab tidak boleh menjadi seperti dirinya. Tidak mengapa. Boleh muhasabah diri. Kita kena faham kemampuan kita dan orang lain.

    Berkenaan sikapnya yang suka memperlekeh. Ada baiknya saya nasihatkan kamu berterus terang tentang itu dengan dia. Katakan kamu tidak selesa dan tidak suka. Moga semua sama-sama berubah. InshaAllah.

    Ummu Huraira, jom gantikan perasaan marah itu dengan kasih-sayang. Sesuatu yang tidak senang, tapi tidak mustahil.

    Sekadar pandangan melalui kefahaman membaca apa yang kamu utarakan. Kalau tidak membantu, harap maafkan saya.

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  4. nora says:

    berBAHAGIAlah apabila MELIHAT ORANG LAIN BERBAHAGIA. dapat pahala.

    [Balas Komen]

  5. Hamba Allah says:

    Salam…Saya berpengalaman berhadapan dengan orang yang mempunyai hasad dengki seperti dinyatakan…Kerana hasad dengki saudara kandung sendiri membuat fitnah dan juga melakukan perbuatan syirik dengan menggunakan bomoh…Kerana dengki juga dia kini bahagia membuat kami sekeluarga hilang segala-galanya…Tetapi saya masih bersyukur hilang harta tetapi keluarga masih dengan saya dan menyokong saya…Walhal dia hilang keluarga dan pura-pura bahagia…Wahai sahabat doakan kesejahteraan saya sekeluarga dan moga dijauhkan dari dia dan isterinya…

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>