Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Demi Bahagia, Sanggup Apa Sahaja

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Jalan dihadapan, tidak kelihatan dimanakah lurusnya~

Saya, kamu dan kamu pasti yang hidup di dunia ini pasti menginginkan kehidupan bahagia, aman, tenteram dan tenang sepanjang kehidupan. Manusia, kalau boleh tidak mahu hidup ini dibelenggu rasa resah dan gelisah. Manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan jiwa manusia itu, merasa damai.

Namun, tidak semua apa yang diinginkan akan tercapai. Lantaran itu, keresahan, susah hati, kecewa sering melanda dalam hidup manusia. Kurangnya sifat bersyukur. Seringkali jiwa memberontak untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan. Tetapi adakalanya ketenangan yang diinginkan sesuai dengan kehendak hati itu tidak juga ditemui walaupun berusaha dengan apa sekalipun.

Jiwa Memberontak, Sanggup Apa Sahaja

Teringat saya kepada seorang hamba ALLAh,

“Hidup ni tak adil. Aku tak pernah dapat apa yang aku nak! Arrrggh!”

Itu dialog dirinya. Saya menyusun kata sekadar yang mampu untuk melegakan hatinya. Setelah bercakap panjang, akhirnya dirinya tenang. Namun, sudahnya airmatanya mengalir deras.

Begitu realiti yang melanda kehidupan manusia.

Kadang-kadang kerana tidak tertahan dengan masalah dan kesulitan yang dialami, manusia sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Manusia lebih sanggup memilih jalan untuk melakukan kezaliman dan menderhaka kepada ALLAh berbanding melembutkan jiwa untuk mencari ibrah disebalik semuanya. Lalu mengikut tuntunan nafsu, ada yang pergi ke tempat-tempat maksiat. Marah benar jiwanya terhadap kehidupan yang diaturkan untuknya. Tanda proteskah~?

Tidak. Bagi saya, itu tanda manusia sering lupa. Dan orang yang lupa sangat perlu diingatkan.

Sudah melakukan perbuatan yang ditegah dalam agama untuk memuaskan diri sendiri, namun ketenangan yang dicari tidak juga ditemui. Tidak cukup dengan itu, manusia sering pula diburu rasa bersalah dan merasakan diri berdosa. Tetapi oleh kerana terlalu mengikut hawa nafsu, manusia sering lupa dan lalai lalu melakukan lagi perbuatan dosa.

Maksiat dan dosa yang dilakukan itu, tidak mengenal siapa dan mengapa. Lama kelamaan, boleh saja ia menjadi sebati dengan cara hidup manusia sehinggalah hati yang kecil ini, ternoda lalu tidak lagi nampak akan kebenaran yang terbentang luas.

Hendak cakap ALLAh tidak adil? Baca ni,

Firman ALLAh SWT:

“Sesungguhnya ALLAh tidak menzalimi seseorang walau sebesar zarah. Dan apabila terdapat padanya ada satu kebaikan, ALLAh akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.” – an Nisa’ : 40

Fahami, Mengapa Jiwa Jadi Begitu

Setelah habis-habisan melakukan perkara-perkara yang ditegah, akhirnya dirinya rebah menyembah bumi. Tidak terdaya lagi menanggung bebanan dosa yang dipikul. Hatinya itu sudah tidak sanggup. Namun oleh kerana keangkuhan, jeritan hati itu sengaja tidak dihiraukan.

Cuba fikir, pada hakikatnya jiwa manusia yang resah adalah disebabkan oleh diri manusia itu sendiri yang tidak berpegang pada ajaran agama. Sedangkan, agama itu adalah cara hidup setiap orang. Senang kan?

ALLAh menciptakan manusia, dan ALLAh menyediakan cara hidup ( Islam ) sebagai panduan untuk bertemu dengannya. Tetapi oleh kerana keangkuhan yang ada dalam diri manusia, maka manusia itu pandai-pandai hendak membina cara hidup sendiri.

“Anak Akhirat, entah mengapa rasa resah je sekarang ni. Macam ada something wrong la. Tak sedap hati pula..”

“Hmm. Yakah? Cuba, mari saya nak tanya sikit. Sudah solat?”

Saya senyum. Dia senyum dan tunduk.

“Pergilah solat. InshaAllah. Tenang hati tu. Mohon pada Kekasih, tenangkan hati tu. Pergilah.. ALLAh panggil sebenarnya tu, sebab tu hati tu tak rasa tenang..”

Kita, sebagai manusia selalu sangat ingkar pada perintah ALLAh kan? Padahal ALLAh itu adalah TUAN, manakala kita ini hanyalah HAMBA. Dan hamba itu mesti melakukan segala perintah-Nya dengan sempurna. Terutama sekali mengenai perintah solat.

Bila Dekat Dengan DIA, Lakukan Apa Sahaja

Manusia yang sering berdampingan dengan ALLAh pasti dengan senang hati akan melakukan apa sahaja. Namun apa sahaja itu tidak bermakna tidak terkawal.

Eh! Macam mana tu?

Begini, orang yang hatinya dekat dengan ALLAh SWT pasti akan diberikan petunjuk dariNya dalam apa jua yang dilakukan. Maka, segala keputusan jika diredhai oleh ALLAh SWT, akan dipermudahkan oleh-Nya. Jika suatu keputusan itu juga tidak baik bagi hamba-NYa, maka ALLAh juga akan datangkan petunjuk.

Macam mana nak tahu? Dekatkan diri kepada-Nya…

InshaAllah, segala keputusan dan kelakuan seseorang yang dekat dengan ALLAh SWT pasti terlorong dan dilorong ke jalan yang baik dan mendatangkan kebaikan. Namun, manusia yang sering lupa dengan sifat penyayang ALLAh SWT..

Menitis airmata tika terbaca sebuah hadis Qudsi. Betapa penyayang ALLAh itu..

“Apabila hamba-KU merancang untuk melakukan satu kejahatan, maka janganlah kalian (malaikat) tuliskan atasnya sebelum dilaksanakan. Sekiranya ia melakukan kejahatan itu, maka tuliskanlah sekadar apa yang telah dilakukan. Dan jika kejahatan itu ditinggalkan kerana ALLAh, maka tuliskanlah satu kebajikan baginya” – Hadis Qudsi

Satu pesanan biasa-biasa untuk diri saya dan anda semua, namun natijah darinya sangat luar biasa.

Jangan tinggalkan solat…

Sabda Baginda SAW :

“Islam dibina atas lima perkara ; mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa dibulan ramadhan.” – HR. Bukhari & Muslim

Adakah kita boleh melakukan apa sahaja? Ya, boleh. Lakukan apa sahaja demi kebahagiaanmu. Lakukanlah apa sahaja dalam keimanan yang tidak menyalahi dan menzalimi dirimu sendiri.

Semoga ALLAh merahmati.

3 Comments

  1. mankuchai says:

    salam,

    Ada manusia yang berfikir dengan fikiran waras,ada juga manusia yang langsung tak fikir apa-apa…minta Allah jauhkan dari sikap yang sebegitu.

    [Balas Komen]

  2. Salam dik..

    ..sudah lumrah manusia sering lupa dan lalai dlm kenikmatan dunia..sebab itulah pentingnya ingat-mengingati sesama manusia..dan kalau boleh jdkan ia sbg satu budaya dlm hidup ..Insya’ALLAH kita sama2 doakan

    [Balas Komen]

  3. ejoncb says:

    hmm..sharing yang bagus sis.. ketenangan itu perlu kita cari dgn jalan yg betul. bila di timpa masalah, hati jadi resah, kene kembali pada Dia utk dapat ketenangan yg btul. Bukan sekadar dapat melupakan masalah sebentar dgn mengikut kata nafsu jahat.

    Kembali pada Allah, nanti Dia akan tlg kita. Dia lah kwn terbaik kita. Yg takkan pernah khianati kita.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *