Dakwah Itu Jemputan Yang Mendamaikan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dakwah itu akan selalu jadi jemputan yang mendamaikan. Credit picture : http://simplysamwise.deviantart.com/
Dakwah itu akan selalu jadi jemputan yang mendamaikan.
Credit picture : http://simplysamwise.deviantart.com/

Selalu sahaja orang akan menyangka bahawa dakwah itu adalah kerja orang-orang agama. Kerja orang-orang yang berpakaian jubah dan serban, kerja wanita-wanita yang pakai jubah yang longgar itu dan tudung labuh, tidak kurang yang pakai niqob.

Nope. Sebenarnya tidak.

Tapi apapun, post ini bukanlah berkenaan mereka-mereka itu. Tapi entri ini adalah berkenaan bagaimana bahawanya dakwah itu. Pada pandangan saya, dan pada hakikat apa yang terlihat oleh saya. Dakwah bukanlah sesuatu yang menggerunkan, demi Allah. Tapi dakwah adalah suatu jemputan yang sangat mendamaikan.

Dari jiwa yang resah dan serabut, ke jiwa yang tenang dan damai.

Dakwah itu sendiri adalah seruan, dan bukannya paksaan. Jadi bagaimana seruan itu kita boleh katakan suatu paksaan, kan? Jadi kawan, kalau anda seorang yang alergik dengan perkataan ‘dakwah’ sebelum ini, maka bacalah ini untuk menghurai rasa itu.

Kepada mereka yang mengaku sebagai dai’e, bacalah juga ini.

Dakwah Itu Jemputan Yang Menghangatkan

Alhamdulillah. Di zaman yang semakin maju ini, ramai kelihatan anak remaja sudah giat untuk berdakwah. Masing-masing mempunyai cara sendiri untuk menjemput kawan-kawan baik ke arah kebaikan. Mahu sama-sama mengejar yang hak dan mengenali betapa penyayangnya Tuhan Punya Dunia. Betapa rasa beruntungnya berTuhankan ALLAh!

Sekali hatinya disentuh rasa hidayah, sekali itu rasa keindahannya. Maka rasa itu mahu dikongsi bersama semua. Tidak mahu merasai yang indah itu seorang diri.

Dakwah itu satu jemputan, yang menyejukkan juga menghangatkan hati-hati.

Dan dakwah itu bukanlah jemputan kepada orang lain untuk menunjuk-nunjuk bahawa diri kitalah yang terbaik. Diri kitalah yang sentiasa beramal dengan Islam dan diri kitalah yang megah kerana tahu mengenai ‘term-term’ islamik.

No, no. Sesekali bukan begitu.

Dakwah Bukan Satu Kerakusan Dai’e

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” – Fussilat : 34

Misalannya begini, kita ada majlis di rumah kita. Lalu kita menjemput semua rakan-rakan kita. Dan kita sedia maklum, dalam ramai-ramai yang kita jemput itu, pasti ada juga yang tidak datang dengan pelbagai sebab. Niat asal mahu mereka bersama-sama dalam majlis kita, mahu meraih mereka yang datang.

Nampak di situ?
Kita tidak boleh memaksa orang dengan amaran siap!

Kita hanya perlu menjemput, dan menjemput. Dan seiring dengan jemputan itu, kita selarikan pula akhlak yang baik yang terbit dari iman yang sihat. Jangan sesekali ada rasa,

“Aku lebih baik dari dirinya.”

Mahu menjemput kepada kedamaian, tidak boleh dengan kekasaran.
Tapi dengan kelembutan.

Perlahan-lahan.
Dengan penuh hikmah kebijaksanaan.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *