Cerpen : Percaya Seorang Sahabat #2

Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi. Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/
Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi.
Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Fathin bangun pukul 4 pagi.

Usai azan berkumandang beberapa ketika, Fathin menapak turun ke surau di aras 2. Menunaikan solat subuh. Selepas itu Fathin berdiri mengambil al-Quran yang terletak di rak buku dalam surau, membaca beberapa lembar al-Quran sebelum naik ke bilik melepaskan telekung dan seterusnya mendobi pakaian. Aktiviti biasa dihujung minggu.

Beratur bakul pakaian hendak didobi.

Fathin masuk bilik semula. Memjerang air segera dan membancuh kopi panas. “Yana, nak air tak? Saya buat sekali ni.” Yana yang pagi-pagi lagi sudah hanyut dalam kisah novel yang dibacanya sambil mengelap airmata tersengih mengalihkan pandangan dari novel ke arah Fathin, “Ya Allah.. Nak tolong buatkankah, Fathin? Takyah susah-susah weh. But if you insist, apa salahnya. Haha!” Fathin menggeleng-geleng geli hati. “Agak dah..” Fathin tertawa.

Menghadap komputer, membuka folder assignment. Fathin menyandarkan seketika badan ke kerusi. Gaya ala-ala Datuk Bandar yang banyak masalah untuk difikirkan. ‘Okey, sikit lagi. Lepas tu siap. Then me gonna buy a books for myself today. You can do it, Fathin!’ Tiga jam Fathin menghadap laptop untuk menyiapkan tugasan undang-undang kontrak. Akhirnya siap! Tinggal touch up sikit sahaja lagi masa hendak print nanti.

‘Done. Yesssss!’ Laung Fathin sambil melayangkan genggaman ke udara. Yana yang masih tenggelam dengan novelnya mengalih pandang ke arah Fathin seketika, “Dah siaplah tu. Untunglah anda!”. Fathin menilik jam, pukul 11 pagi.

“Yana, saya nak keluar sekejap ke mall. Want to join me?” Fathin sedang menuju ke bilik air sambil bertanya. Kelihatan Yana memberi isyarat dengan tangan mengatakan tidak mahu ikut. “Okey then. Nanti nak kirim apa-apa, SMS la!”

Fathin keluar seorang diri ke Mall Besar, mendapatkan barang-barang yang dikehendakinya.

“Okey, Fathin! Go to bookstore, get an interesting books. Then go to buy some stuff, and then go home. Khalas!” Fathin berbicara dengan diri sendiri. Itu salah satu cara Fathin mengingatkan diri untuk berbelanja ikut keperluan. Bukan ikut kehendak. Adakalanya Fathin akan menulis terlebih dahulu barang-barang yang mahu dibeli dan akan setia menurut kehendak senarai yang telah ditulis. Terbukti cara ini berkesan, sungguh.

Tiba-tiba telefon bimbit Fathin berbunyi. SMS dari Yana. “Salam.. Thin, saya nak kirim boleh? Tolong belikan saya Milo 3 in 1. Nanti saya ganti duit patin ye? Okey sayang. Love u! Hekhekhek!” Fathin baca sekilas, “Shalom. Okey2. Noted.” Fathin tekan punat ‘send’.

Usai membeli semua barang yang sepatutnya dibeli. Fathin menuju ke kedai roti sebelum balik. Tiba-tiba Fathin terlihat kelibat Syuhada yang sedang memandang ke arahnya. Fathin dengan spontan tersenyum melambai tangan dan mahu menuju ke arah Syuhada. Tapi cepat-cepat Syuhada berjalan, sangat kelihatan tidak mahu didatangi oleh Fathin. Err, Fathin bungkan seketika. Tapi selepas itu, Fathin jongket bahu.

“Apa hallah dengan Syuhada ni. Pelik betul. Biar jelah.” Fathin meneruskan langkah menuju kedai roti dan membeli roti kemudian bergerak untuk pulang ke hostel.

Hari Sabtu begini, penghuni hostel ini ada yang mengambil peluang untuk jalan-jalan. Ada yang memilih untuk duduk di bilik sahaja, ada yang jadikan hari Sabtu sebagai hari qada’ tidur, ada juga yang memilih untuk beriadah. Dan Fathin sendiri, memilih untuk membaca buku yang telah dibeli tadi yang bertajuk, “The Ideal Muslimah’ oleh Muhammad Ali al-Hashimi. Fathin membaca dengan penuh minat. Tidak menghiraukan Yana yang dari tadi mengajaknya untuk marathon movie sama-sama.

Hah, lupa hendak mention, itu memang hobi Yana pada hari Sabtu.

Aktiviti dan istilah ‘sedut movie’ dalam kalangan pelajar memang tidak asing lagi. Kadang-kadang, walaupun tidak saling mengenali, tapi demi untuk pertukaran movie, boleh pula ketuk pintu demi pintu untuk sedut sana-sini. Hahaha. Nampaklah ukhuwahnya disitu.

Fathin pun ada waktunya akan join Yana juga. Malah ada waktu juga, kawan-kawan yang lain datang bilik sambil bawa makanan, tutup lampu bilik, pasang speaker dan tengok cerita seram. Ini memanglah aktiviti yang entah sejak bila sudah dibiasakan. Hahaha. Gelak lagi.

Fathin pandang meja disisi katil. Tutup buku. Timbunan kertas-kertas nota kuliah menghiasi matanya. Fathin berjalan menuju meja stadinya, melihat satu persatu note sticker yang dilekat, yang tertulis tugasan-tugasan penting. Tugasan yang sudah selesai, dia akan tanda, tapi masih dibiarkan terlekat di dinding. Katanya, supaya dia lebih bersemangat melihat tugasan-tugasan yang sudah selesai. Fathin tersenyum sendirian.

“Woi! Apa yang tersenyum macam kerang busuk tu? Seram tau tak? Dah la tengok cerita Room Mates psycho ni. Jangan nak buat saya pindah bilik pula Fathin oi!”

Fathin terkejut, apa hal entah Yana ni tiba-tiba. Dia yang tengok cerita seram, kita senyum pun jadi masalah. “Eh, apa pula? Dah dia tengok cerita psycho seram tu. Dah takut, kita pula yang kena.” Fathin baling kertas ke arah Yana. “Saya dah tengok lama dah cerita tu. Kawan dia tu memang psycho. Fuh!” Fathin gelakkan Yana. Tahu takut!

“Yelah. Sebab tengah tengok cerita Psycho ni la, yang awak tersenyum tiba-tiba kenapa? Mana tak seram. Hahaha.” Yana baling semula gumpalan kertas renyuk ke arah Fathin.

Fathin gelak. “Dah la. Saya nak pi ambil air sejuk kat bawa jap. Tengoklah cerita psycho awak tu!” Fathin sudah mengenakan tudung di kepala dan menyarung sweater serta memegang dua botol mineral kosong. Tiba-tiba telefon bimbit Fathin berbunyi. Fathin letak botol kosong di tangan kiri dan mengambil telefon bimbit yang terletak di atas katil. Ada SMS.

“Kalau orang tanya tu jawablah. Jangan nak mengelak!” SMS dari Syuhada itu benar-benar membuatkan jantung Fathin berdegup kencang. “Fuh, sabar. Sabar..” Fathin berbicara dengan diri sendiri sambil menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan.

Langkah diteruskan untuk mengambil air mineral di tingkat bawah hostel. Fathin menapak anak tangga demi anak tangga. Sampai ke mesin air tersebut, Fathin berbaris di belakang seseorang yang juga sedang mengambil air. Fathin menyapa dengan senyum.

Dalam masa yang sama, Fathin terfikir-fikir juga. Apa yang sebenarnya Syuhada mahu dirinya jelaskan? Apa yang berlaku sebenarnya? Fathin malas hendak memikirkan sebab Fathin tidak mahu menyerabutkan kepala otaknya. Ditambah dengan lambakan tugasan, test dan kuiz yang berderet menyebabkan Fathin mahu tidak mahu melayan karenah Syuhada.

Petang tadi, Fathin sudah berdiskusi dengan rakan-rakan sekumpulannya dan membahagi-bahagikan tugas untuk presentation hari Rabu nanti. Fathin akui, kadang-kadang tugas secara berkumpulan ini lagi memeningkan sebenarnya. Lagi-lagi bila ada ahli kumpulan yang tidak mengambil berat tentang perkembangan tugasan, jauh sekali untuk menghulurkan bantuan. Untuk ahli yang begini, senang sahaja bagi Fathin. Dia akan drop nama ahli tersebut. Senang, habis cerita.

Kejam? Lagi kejam dan pendusta orang yang tidak amanah.

Usai solat Isyak, Fathin menghadap lagi laptopnya. Meja stadinya berselerak dengan buku-buku untuk dijadikan rujuk kerana Fathin ingin menyiapkan kesemua assignment pada minggu ini. Menjadi pelajar tahun akhir dan semester terakhir rupanya ternyata tidak mudah. Walau dalam benak sesekali terbit dan timbul keinginan untuk cepat-cepat habis belajar. Tapi jauh disudut hati Fathin, pasti dirinya akan merindui kepenatan, keserabutan dan keselekehan menjadi pelajar seperti sekarang.

“Ting!” Laptop Fathin mengeluarkan bunyi. Menandakan ada emel masuk.

1 email received – from Syuhada Asri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *