Cemburu Terhadap Mereka Itu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Cemburu akan kebaikan. Cemburu yang perlu ditanam dalam jiwa.

Melihat seseorang yang sentiasa tegar melakukan kebaikan yang semampu dirinya dalam kehidupannya, adakalanya menerbitkan suatu rasa di dalam jiwa.

Jangan tipu diri. Apabila melihat seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan, kita akan jadi suka untuk berdamping dengan orang-orang seperti itu. Kita jadi terfikir, “Bestnya kalau aku jadi macam dia!” Kan?

Dari mana sebenarnya mereka-mereka itu mendapat kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk melakukan perkara-perkara kebaikan, yang kadang-kadang orang pandang secara zahirnya hanya merugikan diri sendiri dan tidak membawa manfaat untuk diri.

Ada satu perasaan yang saya kira perlu ditanam terhadap orang-orang yang seperti mereka. Apa? Perasaan cemburu sangat sangat sangat!

Kita Sepatutnya Cemburu

Kenapa saya kata kita perlu tanam sifat cemburu?
Mudahnya begini,

Hatta kita ini manusia hina yang sering melakukan dosa. Setiap saat ada sahaja maksiat yang dilakukan, mahu tidak mahu, walaupun malu dengan keadaan diri sendiri yang penuh noda, hati kecil kita tetap mahu menjadi salah seorang yang mengakui bahawa Allah Ta’ala itu adalah Kekasih Teragung kita.

Dan kita ini, jika benar-benar cinta terhadap Kekasih, antara tanda cinta kepada Kekasih kita yakni ALLAh Ta’ala, ialah kita apabila ada orang yang lebih mahu mendekati, menyayangi dan mencintai Kekasih kita, sehingga normalnya, Kekasih kita akan lebih kasih kepadanya. Maka kita akan terasa cemburu yang amat.

Cemburu begini, cemburu yang positif.

Cemburu kepada mereka yang lebih berilmu, cemburu kepada mereka yang gigih mencari cara dan jalan untuk lebih mendekati ALLAh Ta’ala. Cemburu kepada mereka yang sanggup melawan arus mengamalkan sunnah Nabi SAW. Cemburu kepada semangat mereka yang mahu pulang kepada ALLAh Ta’ala. Dan, biarlah tersangat cemburu kepada mereka yang sentiasa istiqomah solat di awal waktu dalam pertemuannya dengan ALLAh Ta’ala.

Azan itu, seruan dari Allah.
Tanda Dia mahu berjumpa kita.

Jadi, apa kebesaran dan kemuliaan kau untuk tidak mahu berjumpa Dia?

Cemburu yang tidak menimbulkan fitnah.
Malah menambah cinta!

Semoga ALLAh merahmati.

2 thoughts on “Cemburu Terhadap Mereka Itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *