Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Bila Rasa Berkongsi Itu Ada

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit picture : Google.Com Bila ada rasa kasih dan sayang. Rasa itu akan turut berkongsi.

Credit picture : Google.Com
Bila ada rasa kasih dan sayang. Rasa itu akan turut berkongsi.

Saya sangat pasti, tersangat pasti. Bahawa atas semua perkongsian-perkongsian saya di dalam blog ini. Ada ramai dan banyak lagi yang lebih terbaik cara penyampaian dan perkongsiannya. Kerana sebab itu, banyak kali dalam entri-entri saya sebelum ini; saya menujukan sesuatu nasihat itu lebih-lebih kepada diri saya sendiri terlebih dahulu.

Acapkali juga waktu mahu sharing is caring, maka terfikir akan darjat dan kelayakan diri sendiri untuk berkongsi hal-hal yang berbangkit. Apa perlu untuk diri ini berkongsi mengenainya atau tunggu sahaja orang lain akan membangkitkannya melalui cara dan teguran mereka yang tersendiri? Nanti adalah tu orang lain akan buat.

Heh. *gelakkan diri sendiri*

Lalu saya melihatnya dalam konteks ‘fastabiqul khairat’. Apakah ayat Allah mengenai istilah dalam berlumba-lumba untuk kebaikan itu akan terhenti apabila kita melihat orang lain telah melakukannya? Apakah syarat untuk membuat kebaikan itu adalah hanya apabila tiada orang lain yang melakukannya? Saya rasa, saya dan kamu dah jawab soalan ini dalam hati.

Orang yang bijak, adalah orang yang tidak mahu ketinggalan dalam hal-hal kebaikan!

Siapa Kita Di Sisi Allah?

Beberapa bulan yang lepas, terjadi satu peristiwa yang betul-betul terkesan dihati. Apabila melihat seorang hamba ALLAh yang gigih berkongsi seadanya walaupun dia tidak mempunyai sebanyak mana yang ada. Tapi dek kerana mungkin, dengan berkongsi itu dapat memberikan erti yang lebih dalam kehidupannya, maka dia dengan senang hati tanpa mengira beban dan kesusahannya sedia memberi. Baginya itu mungkin satu kebahagiaan dan kegembiraan.

Bukankah jiwa seorang Muslim sepatutnya begitu?

Jiwa yang — apabila dia mendapat sesuatu nikmat, maka dia tidak akan menikmatinya seorang diri. Tapi dia akan membahagiakan dirinya sendiri dengan berkongsi nikmat yang dia sendiri dapat tadi. Dan dengan perkongsian itu, apabila dia melihat orang lain juga turut gembira, harapannya cuma satu; Allah kasih kepadanya!

Kalau tilik-tilik semula, siapa kita di sisi ALLAh – gambarannya adalah bagaimana manusia lainnya di sisi kita. Bukankah? Bila kita merasa nikmat kasih-sayang Allah, dengan rasa itu juga kita menyayangi sesama saudara seakidah, sesama manusia. Akhlak kita juga terjaga, tidak melukakan dan menyakiti. Tutur katanya lembut-lembut sahaja mahu menyantuni.

Jiwa-jiwa begini, bukan pupus ditelak dek zaman.
Ada, ada, ada.

Apa yang pasti, perkongsian hal-hal yang baik bukanlah syaratnya untuk kita menjadi ustaz ustazah terlebih dahulu. Apatah lagi untuk menjadi faqih amat dan mujtahid. Tetapi tetap perlu berada dalam lingkungan pengetahuan kitalah. Kalau ada mengenai hukum-hukum fiqh yang terlalu berat, maka rujuklah dengan orang yang arif lagi ‘alim.

Sahabat-sahabat remaja,

Mendekat kepada hal-hal kebaikan tidak menjadikan anda kolot dan ketinggalan zaman. Tapi sebaliknya menjadikan anda seorang yang berperibadi kukuh dan tahu arah tuju. Sudah tiba masanya untuk membuang ego dan malu apabila beramal dalam agama ini.

Kita sebenarnya sudah tidak banyak masa untuk hal yang remeh-temeh.

Sesekali, berfikirlah mengenai masalah umat sekarang. Antara salah satu cara melembutkan hati untuk menyayangi orang lain dengan tulus adalah berfikir mengenai masalah umat – umat yang bukan di Malaysia sahaja, tapi di seluruh dunia! Rasakanlah berat bahu dek tanggungjawab apabila memikirkannya.

Anak muda,

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita bangkit membela. Yang sebelum membela itu perlu memperkukuh lagi diri kita. Sudah cukup masanya untuk bermain-main. Bukankah?

Dan –
lakukanlah perkongsian sebolehmu, kawan.

Semoga ALLAh merahmati.

One Comment

  1. sea_lavender says:

    nice sharing 🙂
    setuju sgt ble berkongsi rasa kepuasan tk terhingga krana sama2 nk mncari kebaikan dan redha Allah..
    teruskan berkongsi ikhlas krn Allah..
    tarbiyah diri dan bersama.. In Shaa Allah

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *