Bibir Tersenyum Tenang Tatkala….

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Hanya Seorang Hamba

Hidup di dunia ini, ALLAh tak pernah janjikan akan tersenyum dalam kegembiraan buat selama-lamanya. Tetapi ALLAh pernah berkata orang-orang yang menghadapi ujian dengan sabar dan solat akan merasa bahagia lantas senyuman kehambaan terukir di bibir yang mulus.

Siapakah orang-orang itu?
Adakah anda yang sedang membaca entri ini~?

Anda pernah merasa hidup ini susah, bukan? Maka anda berpijak di bumi yang nyata. Hidup ini memang tidak senang. Penuh dengan dugaan dan godaan. Kalau anda licik dalam menangani segalanya, maka anda juga seorang pemenang. Tetapi jika anda seorang yang kalah, tiada senyuman yang akan terukir di bibir yang lemah buat selamanya.

Didatangkan Ujian, Disambut Dengan Senyuman~?

Banyak daripada kita, menerima ujian pernah bertemankan airmata. Mungkin belum terbuka hati hendak melihat hikmah yang ALLAH berikan.

Ada masa, ALLAH datangkan ujian. Terasa lutut lemah dan tidak berdaya, akhirnya kita jatuh tersungkur. Lama benar dalam keadaan begitu. Di hati, sudah merajuk dengan Sang Khaliq. Tetapi dalam rajuk itu, hati kecil masih mendamba bantuan dari ALLAh.

Manusia cepat sangat merasakan dunianya seolah-olah gelap apabila ALLAH datangkan ujian dengan menarik balik nikmat atau menangguhkan keinginan hati seperti kejayaan dan kehendak diri. Apa lagi apabila terpaksa berhadapan dengan orang-orang tersayang dengan kegagalan diri. Memang terasa sangat gelap pada waktu itu. Keluarga satu hal, kawan-kawan dan orang lain satu hal.

Perasaan tika itu bercampur baur.

Namun, jika kita perasan.. Ramai sekali manusia yang terima ujian yang dahsyat, tidak dengan tersenyum tenang. MashaALLAH. Bukan mudah, bukan mudah jika iman yang senipis kulit bawang ini tidak ditebalkan. Kebanyakan dari kita, akan merasa lemah dan sedih serta murung dalam aktiviti kehidupan sehari-hari. Sepertinya ujian ALLAH itu kekal selama-lamanya.. Insafi diri.

Berat Senyum, Berlapang Dadalah.

So that keep your faith that verily, with every difficulty, there is relief:Verily, with every difficulty there is relief. – QS 94 : 6-8

ALLAH menjanjikan, disebalik setiap kesusahan yang DIA izinkan, pasti terdapat kesenangan. ALLAH tidak zalim memberikan dugaan yang tidak tertanggung oleh hamba-NYA. Dia memberi sesuai dengan kesanggupan dan ketahanan mental dan fizikal kita.

Saya sangat kagum dengan seseorang yang saya kenal. Beliau, anda tidak akan dapat kesan bila masa beliau bersedih atau muram dan murung bilamana ALLAH berikan dugaan kepada beliau. Beliau sentiasa tersenyum dan mengutamakan orang lain. Saya akui, banyak yang saya belajar dari beliau.

Jika orang tidak kenal sangat dengan beliau, maka beliau akan dikenali sebagai seorang manusia yang tiada masalah. Tapi hakikatnya, beliau menanggung banyak masalah.

Jadi, apa yang saya belajar dari beliau adalah.. Bila ALLAH datangkan ujian, buat biasa sahaja. ALLAh beri ujian untuk kita selesaikan, sesudah kita berusaha untuk selesaikan, ALLAh pasti akan menari balik ujian tersebut. Subhanallah.

Saya tahu, bukan mudah untuk tersenyum dengan tenang apabila ujian menyapa. Sekurang-kurangnya kita berlapang dadalah terhadap semua perkara. Yakni sentiasa bersangka baik terhadap semua perkara yang ALLAH datangkan.

Ingatlah kawan, ujian berat itu tidak kekal meskipun hidup di dunia tidak mudah.
Mari sama-sama tersenyum dan berlapang dada! Wallahu’alam.

ALLAH, adalah ‘GURU’ manusia.

Semoga ALLAH merahmati.

2 thoughts on “Bibir Tersenyum Tenang Tatkala….

  1. Assalamualaikum ya habibti,

    Sedikit perkongsian,

    [5]
    Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
    [6]
    (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

    -As-Syarh-

    Meh la lawat blog akak, akak nulis entry baru, rasa cam tergantung je entry kali ni..Mohon pendapat ye adikku.. sekali-sekala nak la manja ngn adik..(^_^)

      (Quote)

  2. So that keep your faith that verily, with every difficulty, there is relief:Verily, with every difficulty there is relief. – QS 94 : 6-8

    owh rupanya dah ada.. ~in rush~

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *