Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Bersabar Dalam Menjauhi Maksiat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hakikatnya, wanita yang memelihara diri itu lebih cantik dari bunga. =)

Nikmat yang dirasakan terlalu membahagiakan, diselimuti dengan keinginan hawa nafsu dan keindahan seperti berada di dunia sendiri memang akan membuah bahagia dalam penipuan. Begitu hakikatnya manusia, terlalu suka melakukan perkara yang memang sudah ditegah. Selagi ada peluang, selagi itulah mahu dilakukan.

Mahu melawan keinginan diri di sisi lain bukan mudah. Mujahadah nafsu!

Selalunya, perkara yang terlarang atau buruk itu menarik perhatian manusia. Apalagi perkara-perkara yang dilakukan secara tersembunyi, seronok barangkali! Hakikatnya, tidak mustahil manusia menjadi hamba nafsu sendiri.

Nafsu yang mengarah manusia. Bukan manusia mengendali nafsu!
Maka, relakah anda semua dan saya menjadi hamba nafsu? Na’udzubillahimindzalik~

Mendidik Diri Dalam Pergaulan

Ramai yang melihat, perkara remeh-temeh itu hanya berhenti setakat disitu. Hanya perkara remeh. Tapi ramai yang terlupa, dari hal yang remeh-temehlah boleh tercetusnya hal yang lebih besar. Dari hal yang remeh-temeh jugalah boleh mengundang dosa yang besar.

Contoh umum, pergaulan kita.

Ada sesetengah manusia melihat, pergaulan bebas itu perkara biasa. Bersentuhan lelaki dan perempuan itu perkara yang tidak perlu dihairankan. Kata mereka, ikut perkembangan zaman. Dan pada penglihatan mereka, orang-orang yang menjaga pergaulan itu hanyalah orang yang jumud. Tidak pandai bergaul.

Maka, lihat pula apa kesan dari pergaulan bebas yang begitu. Kulit tidak terasa sensitif dengan kulit dari kaum yang berlainan jenis. Dan perkara yang lebih teruk lagi adalah, pergaulan bebas mengundang kepada berlakunya zina. Dan zina itu, bukanlah perkara yang diredhai oleh ALLAh Ta’ala. Sebaliknya, azab yang menimpa!

Kenapa berlaku perkara sebegitu ya? Adakah Islam mengongkong umatnya dalam bergaul? Tidak!

Islam tidak pernah melarang lelaki dan wanita itu tidak boleh menjadi kawan. Dan sifat lengkapnya agama ALLAh ini ialah, Islam menggariskan panduan atau cara-cara untuk bergaul dengan sebaik-baiknya mengikut syarak.

Menjaga pergaulan tidak bererti memutuskan tali silaturrahim!

Kelakuan Yang Menggamit Jiwa Remaja

Kata seorang sahabat, “Kadang-kadang, terusik jiwa bila tengok remaja lain. Boleh je gembira tak payah risau nak jaga aurat itu ini..”

Saya tersenyum.

Memang, jiwa kita ini jiwa remaja. Jiwa remaja sinonim dengan jiwa yang hanya mahukan keseronokan. Kata orang, ‘hidup cuma sekali, jadi kita enjoy!’.

Mahu enjoy dalam hidup, enjoy sajalah. Islam tidak pernah melarang umatnya, lebih-lebih lagi yang muda belia untuk berseronok menghiburkan diri. Tetapi, untuk itu juga Islam telah menjaga penganutnya. Mahu enjoy, dipersilakan. Tetapi pastikan apa yang dilakukan itu tidak terkeluar dari landasan kebenaran.

Sebenarnya, jika kita teliti dan melembutkan hati melihat Islam ini bagaimana, sungguh, anda akan berterima kasih dan bersyukur tidak terhingga kepada Tuan Punya Dunia. Islam itu diturunkan oleh ALLAh Ta’ala bukan mahu mengongkong manusia. Islam itu cara hidup yang membawa penganut dan pengamalnya kepada kesejahteraan.

Itu janji ALLAh!

Jangan Mengkhianati Fitrah Kesucian Diri

Sabarlah dalam mempertahankan kesucian anda.

Adakalanya, melihat lelaki dan perempuan itu sering bergurau dan bergelak tawa membuat hati yang menginginkan perhatian dari seseorang yang istimewa mahu turut serta. Melihat pasangan muda berkasih-kasihan tanpa ikatan, dan mereka tidak kelihatan bermasalah, mengusik jiwa untuk merasai perkara yang sama.

Bersabarlah. Kesabaran dan keyakinan anda, pasti ALLAh akan balas!

Diri anda itu, hakikatnya dan secara fitrahnya adalah suci. Maka hargailah kesucian yang ada dalam mendidik diri dengan kesabaran. Hiasinya dengan amal soleh.

Yang buruk dan berdosa itu, syaitan akan sentiasa menggoda umat Muhammad melihatnya sebagai indah dan membuai perasaan serta membahagiakan. Dan maksiat itu, hanya menjanjikan kenikmatan yang sementara. Setelah hilangnya kenikmatan itu, kesengsaraan pula menjelma.

Jika manusia tetap bersabar, maka ALLAh akan hadiahkan sesuatu yang lebih baik hasil dari kesabaran dan keyakinan hamba-Nya dalam memelihara diri.

Sabarlah menjaga kesucian diri. Bersabarlah dalam menjauhi maksiat. Orang-orang yang sabar itu, mendapat tempat di sisi-Nya. Subhanallah~

“..Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” – ali Imran : 146

Anda yang membaca ini, anda remaja yang terpilih. ALLAh cinta anda!
MashaAllah~ Tabaarakallah!

Semoga ALLAh merahmati.

 

9 Comments

  1. Akak says:

    salam ‘alaik ;-)

    ALLAH…pesanan cinta ini jua ditujukan buat akak disini, moga bukan hanya remaja yang berusaha menjauhinya tetapi semua…syukran jazilan dik :-)

    Artikel yg sentiasa memberi sentuhan rasa dijiwa..
    teruskan menulis untuk ‘membuah cinta’ :-)

    ALLAH sayang adik sentiasa (^^,)

    ilalliqo’

    [Balas Komen]

    faraheyn Reply:

    hmm . assalamualaikum ..:)
    amat tersentuh d jiwa ..
    memuatkan aty sya bgtu tenang mbca artikle kakak nhe . :)
    hmm sesunguhnya islam itu indahkan .. :)
    teruskan menulis artikel yhaa . :)
    gud luck .

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikumussalam, Faraheyn.

    Alhamdulillah. Yang membuat hati kamu tenang membaca artikel ini adalah Allah. Give thanks to Allah Ta’ala. Semoga bermanfaat.

    Dan, terima kasih atas sokongannya ;)

    [Balas Komen]

  2. Ya Habibi says:

    Wasalamun’alaik, kak.

    MashaAllah. Terima kasih atas doa dan ingatan dari kejauhan.
    Dan ALLAh sayang kakak selamanya, inshaAllah.

    Jazakillahu khairan, ya ukht mahbubah. =)

    [Balas Komen]

  3. NNisa says:

    memang penuh cabaran dlm menempuh alam remaja. sebagai remaja pernah juga saya tersilap langkah, melakukan perkara-perkara yg tidak sepatutnya dilakukan. namun menyesal, menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya. semoga mendapat keampunan, rahmat, nur dan hidayah dari Allah S.W.T.

    [Balas Komen]

  4. fatin najiehan says:

    aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta,cinta itu kurniaan dari indah dari ALLAH…TAPI jangan rosakkan cinta itu dgan kelalaian hatimu dlm mempertimbangkn yg abadi dan sementara..gapailah cintaNYA..semoga idup kta dberkati ALLAH..AMEN

    [Balas Komen]

  5. dinie says:

    Assalamu’alaikum.. Akak, saya perlukan pertolongan.. Bagaimana caranya utk meningkatkan kesabaran dalam diri?.. Kekadang, sy terlajak,dalam hati saya, saya akan kata, ah, sementara saja.. Tp pabila difikirkan blik, hinanya saya.. Mula saya mengucap dan beristighfar.. Apakah Allah akan terima saya?

    [Balas Komen]

  6. hamba-Nya yg ingin bertaubat says:

    Assalamualaikum kak,saya tersentuh membaca artikel akak,lagi2 saya ni bnyk buat dosa,dalam hati mmg hendak btaubat,lpas buat dosa tu saya akan rasa yg itu salah dan saya bertaubat,tetapi saya masih x dpt kawal nafsu dan akan buat lagi,saya takut nanti Allah beri azab yg pedih kpd saya,boleh tlg bagi nasihat kak?

    [Balas Komen]

  7. perijumita palembang says:

    allah allah allah , lindungi hamba yang fakir ini dari fitnah syiton untuk menggoda melihat makwiat twb, amin

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>