3 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Putus-Asa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mahu berputus asa, kenapa? Kepada siapa kamu mahu buktikan? Credit Picture : Mr. Google
Mahu berputus asa, kenapa? Kepada siapa kamu mahu buktikan?
Credit Picture : Mr. Google

Okey here we go! Setelah 48 jam tidak tidur, akhirnya selepas zuhur tadi berjaya melelapkan mata. Baru menghargai dan tersedar lagi betapa tidur itu adalah satu nikmat dan salah satu ibadah dalam kehidupan. Siapa yang berkehendakkan kita tidur untuk beristirehat? Allah. Tidur boleh menjadi ibadah, dan tidur juga boleh menjadi maksiat. Percaya?

Baiklah. Bukan hendak cerita pasal tidur pun sebenarnya. It just a warm hug I guess (hihi).

Gerak kerja dalam gerabak tarbiyah memberikan kesan, alhamdulillah. Walau siapapun anda, di manapun anda — sekiranya anda berusaha mengajak orang lain untuk mengingati Allah SWT keseluruhannya, maka inshaAllah anda mendapat sahamnya di akhirat nanti.

Beberapa hari lepas, saya cuba menjadi ala-ala hipster (tak menjadi) berjalan di pusat bandar Sandakan, Sabah. Ke mana lagi saya kalau bukan ke kedai buku. Dan tiba-tiba saya terserempak dengan kawan lama. Kami berborak dalam tempoh yang agak singkat, bertanya khabar dan keadaan masing-masing. Dan dia tiba-tiba berkata tanpa saya bertanya apa-apa,

“Aku pun tengah cuba sikit-sikit ni. Kau tau la orang sekeliling macam mana kalau kita mahu buat benda-benda baik. Dulu buat jahat, ndada pula diorang bercakap-cakap, diam saja. Sekali ini… Haih.” Saya senyum dan kata, biasalah mulut manusia, ada aja wujud yang sebegitu. Dia sambung lagi, “Yalah.. Kau tolong doakan aku ya. Aku cemburu tengok orang-orang yang baik ni. Tenang saja hatiku menengok.” MashaAllah. Tabaarakallah.

Dan tidak dinafikan, walaupun ada orang yang seperti kawan lama saya tadi, yang tidak berputus asa, maka pasti wujud orang yang berkira-kira hendak berputus asa dalam perkara kebaikan. Tidak tahan dikeji dan dicaci, tidak mendapat sokongan keluarga dan kawan-kawan. Dan mungkin, dirinya berkata, “Ini semua useless!”

And NO! You can’t just give up like that. I mean, you have Allah, right?
And there’s 3 reason that I hope you will think deeply with.

1. Allah SWT Yang Mencipta Kita

Saya akui, dalam hidup ini pasti ada waktu-waktu atau saat-saat yang memang kita rasa kita betul-betul berada dalam kesempitan, dalam kedukaan, kesedihan dan berada dalam kepedihan. Kita tahu bahawa Allah SWT sedang menguji kita, dan kita tahu bahawa Dia sedang melihat kita dan tidak akan membiarkan kita sengsara. Namun, kerana kelemahan kita sebagai seorang manusia yang adakalanya keyakinannya merapuh bagaikan pasir yang berterbangan, kita jadi tidak keruan. Bahkan sehingga kita nekad untuk berputus-asa!

But think about it. Kita hendak berhenti dari segalanya. Kita hendak menjadi orang yang normal kononnya. Tapi orang yang normal itu bagaimana sebenarnya? Adakah yang dimaksudkan dengan orang yang normal itu adalah menjadi seorang manusia yang tidak hiraukan siapa itu Allah? Apa perintah dan larangan Allah? Seseorang yang mungkin Allah tidak pedulikan? Adakah itu definisi orang yang normal? Wallahi, itu kerugian terbesar.

Mari cuba ingat kembali? Kita ini siapa? Kita ini milik siapa?
Adakah kita berTuhan atau tidak?

Allah SWt berfirman, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. (Surah az-Zaariyat ayat 56)

Diri kita ini, bukanlah milik kita. Kita adalah hak milik mutlak Allah SWT. Jadi menurut perkiraan kita semua, berhak atau tidak kita ini mahu berhenti menjadi hamba Allah SWT? Kita tidak diciptakan oleh manusia. Jadi mengapa perlu kita mengambil pusing dengan keterlaluan akan mengenai yang manusia perkatakan mengenai kita? Bukankah kita semua berTuhan?

2. Kita Mahu Cari Keredhaan Allah

Mungkin ada yang akan kata, “Memanglah kita nak cari redha Allah. Tapi kita kan hidup dengan manusia!” Woo, woo! Cool down, cool down. Alhamdulillah, betullah tu. Memang tidak dinafikan. Kita memang hidup dengan manusia, dikelilingi oleh manusia. Bergaul dengan manusia, dan semua urusan kita akan berkaitan dengan manusia. Alhamdulillah, sangat bagus apabila kita menyedari perkara tersebut.

Dan perkara tersebut sebenarnya sudah cukup membuatkan kita tersedar, yang hidup dengan manusia pasti ada sahaja cacat celanya. Bahkan kita tidak akan dapat memuaskan hati manusia pun. Jadi bukankah hanya kerana Allah SWT sebenar-benarnya kita melakukan apa-apa sahaja pekerjaan dalam kehidupan kita? Kerana kita tahu, bahawa manusia itu ada yang akan menyokong dan ada yang menentang, malahan!

Jadi disaat Allah semua manusia menyisihkan, dan jiwa kita disakiti oleh manusia, kita perlu sedarkan diri semula. Bahawa Allah SWT adalah tujuan kita, kita mahu redha-Nya, dan kita tahu yang Dia tidak pernah mengecewakan. Ujian di dunia ini? Katakanlah kepada diri sendiri, dunia ini hanyalah dunia. Tidak akan kekal selamanya. Begitu jugalah kesakitan yang mungkin kita sedang hadapi. Bukankah begitu, sahabat?

3. Kerana Kita Akan Kembali Kepada Allah

“Dialah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-Ghafir : Ayat 65)

Seseorang pernah berkata kepada saya, “Su, orang yang beriman.. Bila keyakinan dia memuncak tinggi, dia tahu yang dia akan kembali kepada Allah SWT, dunia ni sebenarnya dah macam takda apa-apa bagi dia. Seba dia dah larut dalam dakapan Allah. Dan aku harap kita ada secebis keyakinan seperti itu..” Reaksi saya? I’m speechless.

Betapa sebenarnya iman kita masihlah tersangat lemah.

Saya kira, cukup kata-kata kawan saya itu menjadi renungan buat kita semua. Ini masalah kita, kita tahu.. Tapi kurang yakin. Walhal antara tahu, (faham), yakin itu adalah perkara yang berbeza. Orang yang tahu, tidak semestinya dia akan yakin.

Tapi orang yang yakin, dia pasti tahu dan faham. Kan?

Maka fikirlah banyak kali. Kalau nanti disuatu saat kita terjatuh, dan kita sedar kita sedang jatuh.. Maka bangkitlah. Walau bagaimana dan apapun rupamu pada saat itu. Bukanlah Allah yang menjatuhkan kita. Tapi kitalah yang kurang dalam semua hal sebagai hamba Allah SWT.

Maka fikirkanlah, sahabat. *tepuk-tepuk bahu kamu*

Hidup kita terlalu singkat sebenarnya —
sangat singkat untuk jadi hamba manusia.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *