Sirah : Wanita, Al-Ghamidiyyah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bagaimanakah hati kita yang segersang hari ini?

Kita pada hari ini, sejauh mana akan mengakui kesalahan tanpa ego?
Berada dalam kelas Fiqh, bercambah pemikiran.

Dan kisah seorang wanita yang digelar al-Ghamidiyyah itu benar-benar membuat saya ‘terpukul, serius. Dia, membawa diri yang hina menghadap Rasulullah SAW, mengakui dosanya dan meminta hukuman di dunia. Kerana takut akan hukuman di akhirat sana.

Diberi waktu.

Dan dirinya tetap mahu menerima hukuman itu. Walaupun dirinya maklum, kematian akan mengambilnya ketika hukuman itu akan dijatuhkan ke atas dirinya.

Dia Mahu Disucikan

Al-Ghamidiyyah, seorang wanita yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Sudah berkahwin. Dan suatu hari, dia telah berzina dengan lelaki lain. Bayangkan, apa hukuman hudud terhadap seorang wanita/lelaki yang berkahwin dan berzina dengan orang lain? Rejam.

Kisah ini, adalah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi dan an-Nasa’i.

Dosanya, tergolong dalam dosa-dosa besar. Tetapi dek kerana kesedaran dan takutnya akan hukuman ALLAh Ta’ala di akhirat, dia datang membawa diri yang longlai dan penuh rasa takut terhadap Tuhannya berjumpa dengan Rasulullah SAW.

Dia ingin menyucikan diri dengan taubat, dan hukum ALLAh!

Melihatkan keadaan wanita tersebut dalam keadaan mengandung, Rasulullah SAW telah memintanya untuk kembali setelah 9 bulan selepas melahirkan anaknya. Dan benar, wanita itu kembali kepada Rasulullah selepas melahirkan anaknya. Dan Rasulullah SAW, sekali lagi menangguhkan hukuman itu dengan menyuruh wanita tersebut balik untuk menyusukan anaknya selama dua tahun.

MashaAllah. Hukuman apakah ini?

Jika mahu, boleh sahaja wanita itu berubah fikiran dan melarikan diri.
Tetapi tidak.

Selepas menyusukan anaknya selama dua tahun, dia kembali berjumpa dengan Rasulullah SAW. Dan hukuman dijalankan ke atasnya, rejam sampai mati. Tabaarakallah. Dia rela dihukum di dunia kerana takutkan ALLAh Ta’ala setelah dia berbuat dosa. Dan, Rasulullah SAW sendiri yang telah mengimamkan solat jenazah wanita tersebut. Apakah maknanya? InshaAllah, redha ALLAh Ta’ala ke atasnya.

Pendermaan jiwa kepada Tuan Punya Dunia.

Islam Itu Kebahagiaan

(i)
Hukuman hudud, adalah sebaik-baik hukuman yang ALLAh Ta’ala telah ciptakan. Terkandung banyak hikmah di dalamnya. Dan keistimewaan Islam itu sendiri, hukuman tidak dijatuhkan sewenang-wenangnya ke atas si pendosa. Islam itu bertolak ansur dengan melihat keadaan. Lihat saja bagaimana sikap Rasulullah SAW.

Kalau kita tidak mampu melaksanakan hukuman hudud, jangan pula kita menolaknya.

(ii)
Wanita itu telah mendapat kebahagiaan, inshaAllah.

Dan saya melihat kembali kepada diri sendiri. Kita manusia di zaman ini, adakah yang berani mengakui dosa-dosa besar yang pernah dia lakukan, lalu menuntut untuk dijatuhkan sebaik-baik hukuman ke atas diri? Jujurnya, ketika mendengar dan membaca kisah ini, saya menangis. Allahuakbar.

Carilah kisah mengenainya.
Apa yang saya tuliskan di sini, hanyalah secebis dari kisahnya.

Semoga ALLAh merahmati.

2 thoughts on “Sirah : Wanita, Al-Ghamidiyyah

  1. It was hard for me to find your posts in google.
    I found it on 13 place, you should build a lot of quality backlinks , it will help
    you to increase traffic. I know how to help
    you, just type in google – k2 seo tips and tricks

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *