Sirah : Menghadapi Kerenah Wanita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

You're the light of my life, ya Habiballah~

Sebagai seorang pendakwah yang terulung, Rasulullah SAW tidak pernah sunyi dan terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kesemuanya itu sememangnya menguji kesabaran. Daripada bentuk dugaan yang besar sehinggalah dugaan yang kecil. Datang bersilih ganti.

Rasulullah SAW menganggap semua itu adalah asam garam yang mesti dilaluinya.

Selain daripada menerima gangguan dan ancaman musuh-musuh Islam, Rasulullah SAW juga menerima dugaan dari masyarakat setempat.

Dapatkah kita bayangkan betapa dugaan fizikal dan mental,
yang dihadapi oleh Baginda? Berat, bukan.

Laluan Rasulullah Ditaburi Najis

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW melalui sebelah rumah untuk ke satu tempat, tiba-tiba seorang wanita yang tinggal di rumah itu dengan sengaja melemparkan sampah kepadanya. Tidak cukup dengan itu, wanita itu juga suka menabur serpihan kaca, najis di sepanjang jalan yang dilaluinya. Walaupun begitu, Rasulullah SAW tidak pernah memarahi dan memusuhinya malah membiarkan sahaja perbuatan itu.

Suatu hari tu, Rasulullah SAW merasa hairan dan pelik apabila mendapati tiada lagi wanita yang suka menabur kaca dan najis seperti kebiasaannya. Kemudian Rasulullah SAW bertanyakan kepada jiran wanita itu kerana sudah beberapa hari tidak kelihatan.

Rupa-rupanya, wanita itu sedang sakit.

Sebaik sahaja dikhabarkan bahawa wanita itu sakit, Rasulullah SAW terus menziarahi wanita tersebut. Baginda bertanya khabar dan membantu memasak air untuknya. Perbuatan Rasulullah SAW itu membuatkan wanita itu terkejut.

Dia tidak menyangka Rasulullah SAW yang berbudi luhur itu sanggup menziarahi dan membantunya. Sifat mulia dan sabar yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu menyebabkan wanita itu tunduk kepada sifat buruknya. Sekaligus terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam.

Salam Baginda SAW Tidak Dijawab

Pada suatu ketika yang lain pula, Rasulullah SAW melintasi satu kumpulan wanita yang sedang duduk dan memberi salam tetapi salam Baginda itu tidak berjawab. Sehinggalah setelah tiga kali memberi salam, barulah saham Rasulullah SAW itu dijawab.

“Mengapakah kamu tidak menjawab salam ku yang pertama dan kedua tadi?” Tanya Rasulullah SAW dengan lemah lembut supaya sekumpulan wanita itu tidak rasa terganggu.

“Kami sengaja tidak menjawab kerana berharap Rasulullah SAW mendoakan untuk kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Rasulullah SAW hanya tersenyum walaupun kadang-kadang hatinya diuji dengan kesabaran yang tidak sehebat mana, tetapi sebagai manusia, Rasulullah SAW masih mampu menahan sabar kerana dengan cara itulah mereka akan tergerak hati mencontohi akhlak Baginda.

Pertanyaan Mengenai Hadas Besar

Pernah diceritakan bahawa pada suatu hari, seorang wanita menemuinya hanya untuk bertanyakan mengenai mandi hadas besar. Setelah diceritakan masalahnya, Rasulullah SAW memberitahu,

“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduklah dengannya.”

Wanita yang tidak jelas dan faham dengan maksud Baginda SAW itu bertanya lagi, “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan cara itu, wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW memberikan jawapan yang sama seperti yang diberikan tadi. Tetapi wanita itu masih juga tidak faham dan terpinga-pinga. Dia kemudiannya bertanya lagi dengan harapan Rasulullah SAW memberikan jawapan yang lebih jelas.

Rasulullah SAW berfikir sejenak. Kesabarannya diuji seketika.

Akhirnya Rasulullah SAW meminta isterinya, Aisyah rha supaya menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh wanita tersebut.

“Ambillah sepotong kain kapas yang bersih lalu diletakkan di tempat yang berdarah. Jika kapas itu tetap putih, bermakna tanda haid sudah berhenti,” terang Aisyah rha kepada wanita tersebut. Setelah Aisyah rha memberikan penjelasan barulah wanita itu faham.

******

Rasulullah SAW sangat sweet, kan? ^^
Akan sesabar inikah kita dalam berhadapan dengan ujian-ujian dalam hidup?

Semoga ALLAh merahmati.

2 thoughts on “Sirah : Menghadapi Kerenah Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *