Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Saya Buat Popia Nestum

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Teringin nak makan Popia Nestum @ Nestum Popia, maka saya membuatnya.

Dimulakan dengan mencari bahan-bahan yang tidak banyak pun siang tadi. Masuk kedai, beberapa minit aja sudah keluar semula. Itu tandanya, hanya satu dua barang aja dibeli. *sengih*

Kalau orang tanya sedap tak, maka saya akan jawab sedap. Sedap. Lagi-lagi bila kita sendiri yang buat, maka kita perlu puji hasil buatan tangan sendiri. Hehe.

Jom tengok.

Bahan-bahan

- Kulit popia (sebungkus)
- Horlicks / Susu*
- Nestum*
- Gula*
- Telur/Air (dijadikan sebagai pelekat kulit popia)
- Batang lidi sate/straw

Saya, bagi bahan-bahan seperti horlicks/susu, nestum dan gula tu, saya main agak aja. Tiada main sukat. Maka, sesiapa yang mahu cuba, boleh sukat sendiri mengikut banyak mana kulit popia yang anda gulung.

Cara-cara Membuat

- Gulung kulit popia dengan batang lidi atau straw minuman. Kemudian dibahagian hujung, lekatkan dengan telur atau pun air putih aja. (1)
- Sudah digulung, maka potong popia tersebut secara mengiring dan kecil-kecil, atau ikut suka hati. (2)
- Langkah seterusnya, goreng kulit popia tersebut sehingga warna kekuningan.

Sementara itu, kisar bahan-bahan* bersama.
Kalau tak nak kisar susu/horlicks pun takpa. Tapi nestum dan gula perlu dikisar.

- Tempatkan bahan-bahan yang dikisar disatu bekas.
- Apabila popia sudah masak, maka gaulkan ke dalam bekas bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga sebati. (3)

Siap dan boleh dimakan~!

(1) Gulung kulit popia itu seperti ini.

(2) Potong gulungan popia seperti ini. Comellah, MashaAllah!

Bentuk potong tu ikut suka hati anda deh. Yang penting potong dengan comel. Bila dah potong kesemua kulit popia tu, maka dia akan jadi seperti ini..

Akan jadi macam ni. Comel, kan.

Dan apabila sudah masak dan digaulkan dengan kesemua bahan-bahan yang dikisar, beginilah caranya. Saya cuma guna susu tepung Nestle. Tak guna Horlicks. Guna Horlicks barangkali akan lebih sedap.

Gaulkan bersama~

Akhiiiiir sekali, akan jadi gambar seperti di atas. Lagi cantik warnanya kalau semasa goreng itu tidak terlalu lama. Saya goreng terlalu lama agaknya.

Ada sesiapa nak cuba?
Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya.

Semoga ALLAh merahmati.

 

17 Comments

  1. ejoncb says:

    Saya nak cuba!!!,,tp tunggu raya la..hihihi…Raya tahun lepas 1st time mkn popia nestum ni..selalu popia biasa jer.

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Cuba Sis. Jangan tak cuba.
    Mesti lagi sedap kan.

    [Balas Komen]

  2. erm nak macam kueh tradisional nih..kalu x silap batang buruk..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Batang buruk? Biasa buat menjelang raya.
    Hampir sama dengan popia nestum ni, kan.

    [Balas Komen]

    Najihatussolehah Reply:

    lebih kurg la..tp batang buruk nih kueh tradisi..rasanya x guna kulit popia..tp nak sama la..

    [Balas Komen]

  3. idz says:

    wah..bestnye…

    [Balas Komen]

  4. iefa says:

    saya pernah buat..klau buat mcm nie bahagian dlm msk x?saya slalu potong 16 dan gulung kecik2..sgt lmbt..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Iefa, ha’ah masuk bahagian dalam.
    Kalau macam Iefa buat, memang lambat dan memenatkan. :)

    [Balas Komen]

  5. zda says:

    sori soklan nampak x reti sangat.. sbb saye mmg tak pandai memasak sangat..
    nk gaul bahan serbuk td ngan popia tu.. mase popia tu tengah panas.. atau sejuk atau suam2..?? ade sesape leh bagi tau saye..? mekasih..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Zda, panas-panas pun boleh. Supaya bahan serbuk tadi lebih melekat.
    Tapi suam-suam pun boleh aja. Kalau dah sejuk sangat, kurang enaknya.

    [Balas Komen]

  6. nusrah says:

    salam, just nak tnye.
    masa dah goreng tu, ad kebarangkalian tak yg popia tu akan terbukak?
    uhhu

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikumussalam.

    Ya. Memang ada keberangkalian popia tu akan terbuka masa menggoreng kalau tak lekat betul-betul semasa menggulung tu.

    [Balas Komen]

  7. Nur Huda Rahmad says:

    memang sedap..sy dh cuba.hehe..thanks…=)

    [Balas Komen]

  8. singgah sini nak try resepi popia nestum….

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Silakan.

    [Balas Komen]

  9. lin says:

    cmne kalu kulit popia tu dah keras…sbb xtutup rapat ms simpan dalam peti ais…ada x petua nak lembutkan balik

    [Balas Komen]

  10. tips says:

    nampak mudah. rasanya memang sedap!

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>