Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

[Qasidah] Qad Kafani – Habib Abdullah al-Haddad

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sang Kekasih Maha Agung

Mendengar dan menghayati bait qasidah ini semalam, sangat meruntun jiwa. Kita tidak punya apa-apa melainkan dengan izin ALLAh Ta’ala.

Kita tiada erti apa-apa melainkan dengan redha ALLAh Ta’ala.

Terjemahan
Qad Kafani ‘Ilmu Robbi

Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku
Daripada permintaan dan usahaku
Doa serta permohonanku
Sebagai bukti pada kefakiranku
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa
Pada saat aku senang dan susah
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
Dalam kefakiran dan keperluanku

Wahai tuhanku yang memiliki aku
Kau Maha tahu akan keadaanku
Dan apa yang berada dalam hatiku
Dari kesedihan dan kesibukanku
Maka tolonglah aku dengan kelembutan
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba
Sebelum lenyap kesabaran hamba

Wahai pemberi pertolongan dengan segera
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

Wahai yang Maha dekat, dan menjawab
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar
Aku mengaku akan kelemahanku
Dan ketaatan serta kesedihanku
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku
Pada lembah kurnia-Mu aku berada

Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku
Sepanjang malam dan siangku

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku
Dari kebimbangan dan pergolakannya
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

4 Comments

  1. ahlia iman says:

    Salam ‘alaik…

    Subhanallah! Segala Puji hanya milik ALLAH S.W.T, zat yang Maha Esa lagi Maha Mulia, Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…Allahu Akbar!

    syukran dinda mahbubah…sgt tersentuh saat membaca bait qasidah ini..
    ” Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim…sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan Pengampunan, maka ampunilah kami Ya ALLAH..aamiin Ya Rabbal’alamin..

    [Balas Komen]

  2. Ya Habibi says:

    Wasalamun’alaik.. =)

    Alhamdulillah. Di sini turut tersentuh mendengar dan membaca qasidah ini.
    Qasidah yang penuh pengharapan dan penyerahan diri seorang hamba kepada Tuhannya.

    Aamiiin ya Robbal ‘Alamiin.

    Wahai kekanda mahbubah, doakan diri ini.
    Semoga sentiasa bernafas dan hidup dalam jiwa seorang hamba.

    [Balas Komen]

  3. Bette says:

    I see you share interesting things here, you can earn some extra cash, your
    blog has huge potential, for the monetizing method,
    just search in google – K2 advices how to monetize a website

    [Balas Komen]

  4. mahar nikah says:

    qosidah yang sangat merdu..

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *