Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

[GiveAway] Buku Percuma Untuk Dimiliki

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Blog CintaIlahi.Com kini berusia 2 tahun dan 17 hari. Hamdan lillah.

Tanpa berbunga-bunga, seperti tajuk entri; Buku Percuma Untuk Dimiliki. Untuk kali ini, ada 3 buah buku sahaja. Tujuan ‘give-away’ ini? Untuk berkongsi buku ilmu yang bermanfaat kepada sahabat-sahabat pembaca.

Syarat-syarat Untuk Memiliki

1 – Tinggalkan komen anda di ruangan komen dengan menyatakan kenapa anda mahu memiliki buku tersebut.
2 – Setiap seorang hanya akan mendapat sebuah buku sahaja
3 – Semasa mengisi maklumat emel di ruangan komen, sila isikan dengan alamat emel yang masih ‘valid’ agar mudah untuk saya menghubungi anda.
4 – Mempunyai azam yang tinggi untuk membaca dan memanfaatkannya dengan mengamalkan apa-apa sahaja yang baik yang didapati di dalam buku tersebut.

ALLAh Ta’ala sentiasa Melihat dan Mendengar. *senyum

Continue reading →

 

Rebah Dihadapan Tuhan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

“Pulanglah pada Tuhan
cahaya kehidupan
syarat bahagia di dunia
akhirat kekal selamanya
pada Allah, Allah..”

Lagu Fatamorgana yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz itu berkumandang di corong radio usai maghrib. Lagu itu mungkin sudah lama berzaman, sudah banyak kali didengari, malah pernah dulu semasa di alam persekolahan, saya dan rakan-rakan bawa lagu itu untuk dipertandingkan yang akhirnya kumpulan kami menjadi johan.

Tapi kali ini, lagu itu sangat menusuk.

Hidup ini penuh dengan dugaan. Tidak akan pernah sunyi dari ujian demi ujian. Tidak akan pernah diam dari menghadapi cubaan. Semuanya itu, akan tetap ada dalam kehidupan ini. Masalah yang timbul akibat banyak perkara, akibat perkara yang remeh dan masalah yang datang atau terjadi secara mendadak sangat menyesakkan jiwa.

Membuat jiwa sesak. Sangat.

Continue reading →

 

Sengkang Waktu

Assalamu’alaikum wbt.

Kadang-kadang, bukan waktu yang cepat berlalu. Tapi kita, tanpa sebarang manfaat membiarkan masa berlalu.

Kembali menulis.

Kesibukan yang sering tidak dapat diatasi oleh diri sendiri dengan sebaiknya menyebabkan ada beberapa perkara penting yang perlukan diberikan prioriti untuk dilakukan, tergendala. Tertangguh dan yang sama erti dengannya.

Ada beberapa perkara yang sudah disenaraikan pada cuti ini. Dan semuanya akan dimulakan sebaik sahaja kaki ini memijak negeri tanah tumpahnya darahku.

- I’ll try my best to be me
- Berdua-duaan dengan ‘Kekasih Hitamku’ – DSLR
- Cuba merealisasikan hajat untuk memberikan ‘giveaway’ kepada pembaca blog ini
- Memperbanyakkan bacaan dengan bahan-bahan bacaan yang ilmiah dan falsafah
(sebenarnya menghabiskan buku yang belum dibaca =P)
- Meluangkan masa untuk kerja di lapangan, dan keluarga

Hanya itu yang umum yang boleh dikongsikan. Sebenarnya, saya mempunyai sebuah projek untuk menghasilkan sesuatu. Dan saya berusaha dan bertawakkal untuk menyiapkan ia dalam masa lebih kurang 2 bulan ini. Sekiranya berita baik, maka akan saya kongsikan dengan sahabat pembaca.

Saya gembira sebenarnya. ALLAh Ta’ala telah hadiahkan saya pertemuan dengan sahabat yang saya cinta. Syukur itu tidak terkata meskipun sesudah bertemu seperti sekarang ini masih lagi bergaduh-gaduh manja, dingin-dingin manja, mengajuk manja.

Hahaha ^^
Alhamdulillah. Semoga sahabat saya itu dipelihara Allah Ta’ala selalu.

Psst! Kepada yang sudi membaca blog ini, saya sayang kamu.
: Jaga diri, jaga hati, jaga iman dan amal. Barakallahu lakum~