Ukhti Sayang, Blog Itu Juga Satu Amanah. Tahu?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Since the past few months, I have been writing less and less.
Since the past few months, I have been writing less and less.

Ramai orang mempunyai blog sekarang.

Ada blog peribadi, ada blog persatuan, ada blog dakwah, blog sekadar perkongsian dan juga ada blog sekadar suka-suka. Namun tidak kiralah apa tujuan kita at the first place to created a blog. Just want to make us realize, we have responsibility on it. Tidak kiralah yang percuma atau yang hosting dan domain berbayar. Itu semua menjanjikan satu perkara.

Tanggungjawab!

Baiklah. Sebelum itu, diingatkan entri ini adalah untuk menembak penulis entri ini sendiri dengan boom bazooka yang tercanggih. Seterusnya menembak mereka-mereka yang pada mulanya serius untuk berblog kerana mahu menyampaikan sesuatu; kisah kehidupan, dakwah dan lain-lain. Maka terimalah boom bazooka ini dengan hati yang terbuka.

Ramai yang beralasan tidak mengemaskini blog sendiri dengan alasan yang tipikal — tiada masa, sibuk dihimpit banyak urusan, tiada idea. Rasa tiada mood mahu menulis. Kerana mementingkan menulis dari hati. Dan paling berani mati sekali punya pengakuan ialah, malas!

Alasan yang biasa kita dengar, kan?

Andai Kita Tahu Penulisan Besar Manfaatnya

Ada orang, dia berkobar-kobar buat blog sebab mahu kongsi artikel-artikel menarik. Boleh menjadi salah satu uslub dakwah, katanya. Alhamdulillah, niat yang baik begini semoga dirahmati ALLAh Ta’ala. Awal-awal penglibatannya dalam dunia blog, semangat dia menulis dan berkongsi artikel-artikel yang pelbagai tajuk. Namun lama-kelamaan, hatinya sedikit tawar untuk menulis. Akhirnya, kerancakannya untuk menulis tidak seperti dulu.

Artikel yang di’publish’kan dari sehari 4 hingga 6 artikel berkurang ke 2 artikel sehari, selepas itu berkurang ke sebuah artikel seminggu. Selepas itu berkurang pula ke sebuah artikel untuk sebulan. Akhirnya, semangatnya hilang!

Antara punca utama, katanya disebabkan blognya tidak mendapat sambutan.

Ada pula orang, beriya-iya membuat blog dan menghias blognya itu dengan secantik mungkin. Diletakkan pelbagai widget yang menarik. Biar boleh menarik ramai pembaca. Bukan itu sahaja, malah diletakkannya dengan iklan yang banyak. Lalu blog tersebut diisinya dengan entri-entri kisah kehidupannya yang diselitkan dengan kisah pengajaran dari A&S.

Blognya itu mendapat sambutan yang memuaskan. Namun malangnya, semakin hari blognya semakin tersasar dari matlamat yang asal. Semakin ramai pembaca dan penyokong blognya, semakin jauh dia dari niat asal. Kerana dia merasakan bahawa dia mendapat sokongan ramai orang. Manusia mudah terlupa, kan.

Nampak apa persamaan antara keduanya?

Kalaulah kita tahu besarnya impak penulisan ini terhadap jiwa-jiwa manusia. Dan kalaulah kita tahu setiap perkataan atau ayat yang baik itu mendapat rahmat daripada Tuan Punya Dunia, pastilah kita akan berlumba sakan untuk itu, kan? Tapi kita sering menggunakan alasan kita sibuk, tiada masa untuk update blog. Ataupun kita tiada idea dan mood untuk tambah entri dalam blog. Alasannya kerana menulis itu, mesti dari hati.

Tapi kita terlupa agaknya. Menulis itu juga perlukan latihan.

Kenapa timbul alasan-alasan di atas? Sebab matlamat kita kurang jelas. Kita tidak tahu apa tujuan kita. Dan antara sebab terbesar adalah, kita kurang membaca buku-buku yang boleh mencabar minda untuk berfikir. Jika otak kita ini dimomok dengan novel cinta manusia sahaja, maka itu sajalah pola pemikiran kita. Cinta manusia, cinta dan cinta.

Tanggungjawab Itu Besar Sebenarnya

Untuk yang pada mulanya berniat blog kerana mahu berkongsi manfaat kebaikan kepada orang-orang di alam maya ini, tetapi sedikit demi sedikit perasaan ‘excited’-nya mahu berkongsi itu menjadi hambar, maka ketahuilah, besar sebenarnya tanggungjawab kamu.

Blog kamu, amanah bagi kamu!

Pernah tidak kamu merasa yang bersalah amat apabila tidak mengemaskini blog kamu setelah sekian lama? Nah, kerana hati kamu tahu bahawa kamu terikat dengan tanggungjawab kamu sebagai seorang penulis atau blogger. Kerana hati kamu itu tahu bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk menghiasi blog kamu dengan diksi dan aksara kebaikan.

Sebab apa? Sebab kamu mahu mengharapkan redha ALLAh!

Kawan, menulis itu perlukan latihan. Perlukan paksaan juga denda terhadap diri kamu sendiri. Malah sampai satu tahap, kamu perlu dera diri kamu untuk jangan manja dengan keadaan yang selesa dan berhenti untuk menulis atau berkongsi manfaat dan kebaikan dengan orang lain. Kamu kena percaya dan yakin, bahawa setiap apa yang kamu tulis itu berada dalam pengetahuan ALLAh Ta’ala. Dan ALLAh Ta’ala akan ganjari setiap darinya.

Betapa banyak manusia yang telah tersentuh hatinya dengan izin ALLAh Ta’ala melalui penulisan yang terkena pada jiwanya. Lalu dengan hidayah dari ALLAh Ta’ala, dia bergerak memperbaiki dirinya kepada yang lebih baik. Tidak cukupkah ini meng’smash’ hati kamu?

Tunaikan Hak dan Tanggungjawab

Kalau kamu adalah seorang yang pernah serius dalam bidang penulisan walaupun dalam blog, maka kamu perlu sedar bahawa kamu ada tanggungjawab yang besar. Dan kamu kena tanamkan dalam minda kamu, bahawa blog kamu itu ada pembacanya walaupun tidak meninggalkan sebarang jejak nyata.

Ada orang, suka baca senyap-senyap. Simpan dalam hati. Dan semat disitu.

Orang yang dalam jiwanya cintakan akan penulisan, pasti merasa gelisah tengok blognya tidak berisi apa-apa. Apatah lagi jika blognya adalah jenis yang berbayar.

Maka bertambah-tambah tanggungjawab disitu!

Tiada idea, atau tiada mood atau tiada masa untuk diluangkan atau dicurahkan kepada blog dapat diatasi dengan memeriksa kembali kadar keseriusan saya, kamu dan kamu. Kalau memang benar-benar kita serius, maka langkah pertama sekali adalah menyusun masa.

Kenal pasti apa yang kamu mahu kongsikan —
kisah kehidupan kamu?
kisah kehidupan manusia umumnya?
kisah yang berkisarkan pelbagai genre?

Tetapi jika kamu seorang yang hanya suka-suka sekadar melepaskan batuk di tangga, meninggalkan blog bertahun lamanya tanpa merasa apa-apa, maka entri saya ini bukanlah apa-apa untuk kamu. Kamu hanya akan membacanya kosong sahaja.

Ukhti sayang, blog itu juga satu amanah. Tahu?

Jadi kamu wajib geletek blog kamu dengan entri.
Jangan dibiarkan tidur terlalu lama. Ya?

Semoga ALLAh merahmati.

2 thoughts on “Ukhti Sayang, Blog Itu Juga Satu Amanah. Tahu?

  1. entry ni bkn bazooka, ni sniper headshot point blank range yg menghasilkan symetrical effect apabila dirakam dgn DSLR *muntah rainbow..

    time kasih utk reminder terbaik buat penulis blog baru ni yg sentiasa kekontangan idea hingga akhirnya futur nk buat entry

    moga trus tsabat dan istiqamah ukhti 🙂

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *