Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Tentang Keinginan Bunuh Diri EP1

Mungkin kau pernah terfikir untuk bunuh diri. Sehingga kau sedar bahawa kau takut untuk berjumpa dengan Tuhanmu dalam keadaan kau meragut sesuatu yang bukan hakmu. Credit Picture : http://pre15.deviantart.net/

Mungkin kau pernah terfikir untuk bunuh diri. Sehingga kau sedar bahawa kau takut untuk berjumpa dengan Tuhanmu dalam keadaan kau meragut sesuatu yang bukan hakmu.
Credit Picture : http://pre15.deviantart.net/

“Kalau kau mahu bunuh diri sekarang, terjunlah! Aku takkan halang kau. Tapi kalau masih teragak-agak nak terjun, kau dengar dulu apa aku hendak cakapkan. Selepas itu, kalau kau hendak terjun tapi masih teragak-agak, aku boleh tolong tolak kau!”
Oh hendak cuba untuk bermain psiko pula, dan menyedarkan bahawa bunuh diri itu bukan jalan terakhir untuk hidup di dunia.

Ini adalah cerita seorang lelaki yang biasa. Tiada nama, tiada kemasyhuran malah tidak terkenal oleh manusia sekeliling. Dia adalah Harris. Seorang Harris yang berusaha sehabis mungkin untuk jujur dalam hidup dan pekerjaannya. Lelaki yang tidak mengimpikan dunianya yang besar. Lelaki biasa yang orang pandang sekilas tidak teringin mahu memandang lagi. Maka, bacalah terlebih dahulu. Jangan pandai-pandai buat andaian sendiri. Baca sambil hirup kopi lebih baik.

Sedia? Okey, mula!

Kehilangan kedua-dua orang tua dalam masa tiga bulan adalah sesuatu yang sukar. Balik ke rumah pada setiap petang, sunyi sahaja rumah itu dari suara Mak atau Bapak. Sesekali menitis juga airmata jantannya tika bersendirian. Terasa berat dijiwa. Terasa kosong hidupnya. Tetapi yang pergi tetap akan pergi, yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.

Masuk bulan ketiga, diberhentikan pula kerja. Alasan majikan, kerana ekonomi sekarang tidak berapa baik dan dia adalah pemegang ijazah yang mana syarikat tidak mampu untuk memberi gaji yang setimpal dengan kelulusannya. Dia diberi pilihan sama ada dia perlu letak jawatan sendiri atau dia bakal dipecat pada bila-bila masa. Dan pilihan kedua telah terlaksana, dia dipecat walaupun dia sendiri tidak menyangka akan dipecat secepat itu. Harris terkaku. Diam seribu bahasa. Ekoran ketiadaan kerja itu, keluarga tunangnya pula memutuskan pertunangan Harris dengan tunangnya walaupun rancangan untuk berkahwin cuma hanya tinggal tujuh bulan sahaja lagi. Harris sudah tidak mampu untuk mempertahankan hubungan itu, dia menerima keputusan tunangnya beserta keluarga dengan penuh pasrah. Ternyata sampai disitu sahaja hubungannya dengan perempuan itu.
Bukan dia tidak mahu pertahankan hubungan tersebut.

Dan berkaitan wang pula, Harris boleh dikatakan banyak simpanan kewangan. Cuma dia tidaklah canang pada satu dunia bahawa dia banyak duit simpanan. Tambahan lagi, adalah sedikit harta yang kedua-dua orang tua Harris tinggalkan buat dirinya. Dia mampu untuk memberikan hantaran seperti yang diminta keluarga bekas tunangnya walaupun tidak bekerja. Tetapi itulah, Harris menerima takdir mungkin tunang yang pernah dikasihi suatu masa dulu bukanlah yang terbaik buat dirinya. Dikala dia sebatang kara tanpa ibu bapa, tiada pula adik-beradik, tunangnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Mungkin sudah bertemu dengan orang yang lebih hebat dari Harris atau lebih kaya darinya. Tetapi pada Harris, yang lepas itu biarlah lepas walaupun sakit dijiwa itu dipendam seorang diri. Tiada guna korbankan kehidupan sendiri kerana orang yang memilih untuk pergi.

Sekarang ini walaupun tenggelam dalam perasaan kekosongan dalam hidup, Harris masih waras untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan tugas sebagai seorang hamba-Nya. Sekosong-kosong dalam jiwanya pun, masih juga dia ingat kepada Allah SWT. Kadang-kadang Harris meluah sendiri di atas sejadah, walaupun dia tahu Allah SWT tahu setiap satu kejadian dalam hidupnya. Ah biarlah! Bagi Harris, itu adalah hak dirinya untuk mengadu selama mana yang dia mahu.

Suatu petang, Telefon pintar Harris tiba-tiba berbunyi. Waktu itu kebetulan Harris hendak keluar rumah untuk berjalan-jalan di bandar. Masuk kedai buku untuk membeli buku motivasi hidup. Dan sekali beli makanan untuk makan malam di rumah.

Terpapar di skrin nama Lee.

“Salam Ris! Bro, kau apa khabar? Aku baru dengar tentang semua.. Kau okey tak? Maaf aku takda time kau macam ni. Kalau kau free sekarang jom jumpa. Aku ada di sekitar bandar. Atau kau nak aku ambil kau sekarang? Please reply soon!” Itu dia mesej Lee, bertubi-tubi. Harris tersenyum sambil geleng kepala. Harris bermonolog, ‘Kalut betullah mamat ni..’. Tanpa berlengah, Harris menjawab pula mesej tersebut.

“Wa’alaikumussalam. It’s okey, bro. Aku okey aja. Masih hidup dan masih waras. Cuma menganggurlah sekarang ni. Sebatang kara. Aku on the way hendak ke bandar. Jumpa sanalah eh. Kchauuu!”

Harris dan Lee berjanji untuk bertemu di sebuah kedai makan. Kata Lee, dia belanja. Harris cuba tersenyum ceria. Lelaki kan, masalah besar mana pun dia masih mahu tetap kelihatan gagah dan perkasa walaupun hatinya sedang koyak dan rabak. Dan Lee pula sangat berhati-hati pada setiap ayat untuk berbual pada petang tu. Harris dapat agak. Mungkin Lee risau keadaan Harris.

“Aku okey aja. Kau jangan risaulah.. Sedih memanglah sedih. Tapi masalah dan kesedihan akan berlalulah. No need to sedih-sedih merintih. Chillax-lah!” Harris mempamerkan wajah ceria, sambil mengacau cawan yang berisi air kopi di hadapannya. Lee mengangguk.

“Kau kalau ada apa-apa roger aku! Aku ada ja untuk beberapa bulan akan datang kat Malaysia. Nak berehat kejap. Tak pun, kalau kau okey jom ikut aku travel. Kita travel ke oversea nak?!” Lee penuh semangat. Memang mamat ni mamat travel. Dia dibayar untuk mengembara. Untunglah hidup. Ini pun Lee baru balik mengembara dari Jordan ke Makkah, seterusnya ke Kuwait dan Dubai. Memang jauh perjalanan mamat ni. Kadang-kadang Harris pun hairan macam mana dia yang biasa-biasa boleh kenal dengan Lee yang terkenal di alam realiti dan alam siber.

“Tengoklah dulu, Lee. Aku hendak tenangkan fikiran dan setting balik hidup aku..” Harris membalas.

Lee tarik nafas dan menghembus perlahan. “Kau jaga diri, bro. Aku tak nak tengok kau sedih. Buruk gila weh!” Lee gelak. Harris pun turut gelak sambil menumbuk bahu Lee.

“Thanks, bro. Tapi overall aku okey. Aku masih ingat Allah.. Memanglah pertama tu macam sukar nak terima. Macam tidak masuk akal dugaan datang bertubi-tubi. Dah tu takda tempat meluah, tunang pula minta putus. Rasa macam hambar gila hidup. Tapi aku fikir-fikir, takkan hendak hidup sekadar hidup. Macam haiwan pun hidup juga. Cuma antara haiwan dengan kita, kita ada tujuan hidup yang Allah SWT dah tetapkan.. So fikir macam tu, buat aku rasa hidup semula.” Harris jongket bahu dan selamba membawa bibir cawan ke mulutnya. “Slrrppp!” Kopi pun dihirup.

“Alhamdulillah. Baguslah kalau kau fikir macam tu.. Kita kan anak lelaki. Kena kuat.” Lee menyuapkan potongan kek ke dalam mulut. “Haa kejap! Aku ada sesuatu nak bagi kau.” Lee mengambil sesuatu dari dalam beg galasnya dan mengeluarkan serban ala-ala arab. Harris pandang, mentang-mentanglah dia baru balik dari negara-negara Arab. Hendak buat aku jadi Arabkah?

“Apa tu? Nak aku jadi pak Arabkah? Hahaha!” Harris gelak. Geli hati. Tapi dalam gelak itu, Harris macam terasa lega pula. Sudah lama tidak gelak macam tadi.

“Hahaha! Kau jangan gelak dulu. Ada cerita ni.. Dekat Dubai, aku pi singgah sebuah event. Tiba-tiba entah macam mana tersalah masuk dewan, tapi orang-orang Arab kat situ rai aku beriya-iya suruh masuk walaupun aku kata aku tersalah dewan. Diorang kata, ‘It’s okey, just come.. Allah want you to come!’ Dalam hati, alamak matilah! Jadi masuk jelah, tiba-tiba ada seorang macam ustaz tu datang salam aku. Dia tanya khabar, dia doakan aku. Tapi aku tiba-tiba teringat kau, so aku cakap, ‘Can you pray for my bestfriend? His name is Harris. He’s not here.’ Dia pun doakan kau. Lepas doa, dia ambil serban kat bahu yang dia pakai ni, dan dia suruh bagi kau. Pelik tak pelik tu? So, nah! Untuk kau.” Panjang Lee bercerita.

Harris tiba-tiba macam tercegat. Tangannya mengambil serban tersebut. “Erk, biar betul.” Harris ambil dan dia hidu serban tu, “Wangi.. Thanks, bro. Siapa nama ustaz tu?”

Lee di hadapannya sedang mengingat-ingat namanya individu tersebut. “Aku tak berapa nak ingat. Huhu. Sorry. Tapi aku ada ambil gambar dengan ustaz tu. Nanti aku send pada kau thru emel okey. Ada dalam laptop.” Harris mengangguk.

Suasana jadi sunyi seketika. Lee sedang menekan punat telefon pintarnya. Harris pula sedang terfikir-fikir, apa sebenarnya yang Allah SWT hendak tunjuk pada kejadian Lee tiba-tiba teringat aku untuk didoakan. Dan ustaz tersebut tiba-tiba bagi serban yang dia pakai masa itu juga? Hmm.

Tiba-tiba suasana jadi riuh.

“Ada orang nak bunuh diri kat sana tu ha!” Kedengaran beberapa orang bercakap dengan suara yang kuat dan menunjuk ke arah bangunan yang bersebelahan. Harris dan Lee memandang ke luar. Lee bingkas bangun dan cuba untuk bertanya kepada orang di luar bangunan.

Harris bersuara selamba, “Hmm! Nak bunuh diri, nak mati sangat..”

Lee kembali ke meja dengan berwajah serius sambil kata, “Harris, jom?! Kau cuba tolong orang tu.. Aku call bomba dan polis!” Yang hairannya, Harris ikut saja kata-kata Lee itu walaupun pada mulanya dia malas hendak layan orang yang hendak bunuh diri bagai. Mereka masing-masing mengambil barang dan beg serta meninggalkan duit bayaran di meja. Harris dan Lee naik ke atas bangunan tersebut. Tinggi juga bangunan itu, mujur ada lif dan mereka cepat-cepat menuju ke bahagian parkir kereta di bangunan tersebut. Harris memandang ke bawah, sudah ramai orang berkumpul menjadi penonton kepada sebuah adegan membunuh diri.

Dengan keadaan tercungap-cungap kerana berlari tadi, Harris menyergah lelaki yang hendak bunuh diri itu, “Woih! Tunggu apa lagi, terjun jelah. Teragak-agak pula!” Kata Harris dengan suara yang kuat.

Lee yang berada beberapa meter di belakang Harris terkejut. ‘Gila ke hape Harris ni?!’.

Lelaki berbadan sederhana yang sedang berdiri di hujung bangunan itu terperanjat. Nampak sangat dia terperanjat tiba-tiba kena sergah. Dia terus bersuara, “Kau siapa ha! Kau jangan nak dekat, aku terjun! Aku terjun!” Harris berhenti berjalan menuju ke arah lelaki itu.

Harris menjawab, “Tapi sebelum kau hendak terjun atau melompat, aku mahu tanya satu perkara, kau teringin sangat hendak bunuh diri pasal apa? Teruk sangatkah masalah kau?”

Dalam debar Harris mahu psiko lelaki tersebut, takut juga sekiranya lelaki itu betul-betul terjun. Nanti tidak pasal-pasal jadi kes polis. Tapi Harris cuba bertenang. Ilmu yang diajarkan Puan Ain ketika belajar subjek kaunseling lama dulu cuba diaplikasikan dalam keadaan yang genting ini.

bersambung di episod 2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *