Sang Semut, Saya & Manusia

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Kawan-kawan semua pernah melihat semut? Sejenis kerangga kecil yang comel dan laju. Ada yang sangat bersopan santun, ada pula yang memang panas baran. Sekali kena gigit, mahu tidak membengkak, bahkan ada sejenis spesis yang tergolong dalam golongan semut, gigitan boleh membawa maut. Subhanallah. ALLAH itu mampu menciptakan apa sahaja tanpa merasa susah. Kita ini, boleh sahaja ALLAH raut wajah dengan kehendak-NYA.

Pernah anda termakan semut? Terminum mungkin? Saya baru sahaja tadi termakan dan terminum makanan dan minuman yang mengandungi semut, entahkan sang semut sudah mati atau belum di dalam perut saya. Sang semut kan boleh bernafas, tidak akan lemas. Selepas memberhentikan kunyahan, saya memerhatikan semut-semut tersebut.

Dalam berkumpulan, Sang Semut memonopoli biskut kering saya tadi. Tidak mengapa, serahkan saja kepada Sang Semut.

Betapa rajin dan konsistennya makhluk ALLAH yang bernama Semut ini. Betapa istimewanya haiwan ini sehinggakan ALLAh telah menamakan 1 surah dalam al-Quran dengan nama semut, iaitu Surah Al-Naml.

Semut Haiwan Yang Rajin

Semasa saya kecil-kecil dulu, saya suka cari pasal dengan semut. Terutamanya dengan semut hitam. Pertama sekali saya akan memerhatikan semut-semut tersebut yang sedang membawa beramai-ramai makanan yang mereka jumpai. Sambil menghitung 1 hingga 10, sampai kiraan 10, saya akan mengusik makanan tersebut. Akibatnya, semut-semut akan lari bertempiaran. Tetapi, tidak lama selepas itu, semut-semut akan kembali berkumpul dan memikul bersama makanan mereka yang saya usik.

Bila diingat-ingat kembali, saya kagum dengan haiwan yang bernama semut ini.

Melihat semut, mereka ialah makhluk yang rajin. Yang tidak jemu untuk keluar mencari makanan. Apa sahaja makanan manis, maka di situlah mereka akan berkumpul dan ‘mencuri’ makanan tersebut untuk dibawa balik ke sarang mereka.

Semut makhluk yang gigih bukan?

Kadang-kadang saya cemburu dengan usaha dan kegigihan sang semut.

Sang Semut dan Sang Manusia

Semut punya kerajinan yang saya hormati. Punya semangat kerjasama yang tinggi. Teringat saya akan satu iklan yang disiarkan di tv mengenai sekumpulan semut yang membawa pulang sekotak gula. Betapa jauh perjalanan mereka untuk sampai ke sarang. Paling lucu apabila ingin melintasi jalanraya, mereka perlu berhati-hati lalu si Ketua memerhatikan kereta yang akan lalu. Jika tiada kereta, maka mereka selamat melintas. Tetapi akhirnya, gula yang mereka bawa itu telah dilanggar oleh sebuah kereta. Namun mereka tak berputus asa.

Kalau tadi mereka bersama-sama memikul sebuah kotak, maka selepas kotak itu koyak dan hancur. Mereka membawa satu persatu. Begitulah yang saya ingat tentang iklan tersebut.

Apabila difikirkan, tidakkah kita sebagai manusia dapat mengambil pengajaran atau mengambil semangat Sang Semut untuk dipraktikkan dalam kehidupan?

Semut tadi telah membuktikan, bahawa dengan usaha yang bersungguh-sungguh serta semangat kerjasama yang tinggi, walau apapun dugaan, mereka akan mendapat hasilnya pada akhirnya. Semangat kerjasama mereka sangat tinggi. Apabila memerhatikan semut-semut yang mencuri biskut saya, saya jadi malu sendiri. Terasa kerdil pula.. Walaupun hakikatnya saya ini memang seorang hamba ALLAH yang kerdil.

Saya hanya bercakap mengenai semut di sini. Hanya sekadar luahan dan pandangan saya.

Manusia, kadang-kadang sangat susah untuk menyerahkan jiwa dalam sesebuah kumpulan. Apabila sudah berada dalam kumpulan, senang pula untuk terkeluar. Tetapi semut adalah sebaliknya, walaupun mereka berpecah akibat ada manusia yang suka cari pasal dengan semut, seperti saya. Mereka akan bergabung semula untuk menyambung usaha mereka membawa makanan pula ke sarang mereka.

Sekiranya ALLAH izinkan manusia dapat mendengar semut-semut bercakap, sudah pasti.. Laungan yang manusia akan dengar daripada semut yang sangat kecil itu adalah, “Apa yang penting? KERJASAMA! Allahuakbar!”.

Manusia jangan terlalu bongkak. Jika manusia itu sendiri sentiasa menyedari hakikat kehambaan, mereka akan belajar sesuatu yang baru setiap masa daripada orang lain/makhluk lain ; manusia, bayi, haiwan, jin dan yang sama waktu dengannya. Wallahu’alam.

Semoga ALLAH merahmati.

2 thoughts on “Sang Semut, Saya & Manusia

  1. Menarik tentang semut ni. Shah suka thanks hehehe.. Bayangkan kalau Shah sekecil semut dalam minuman Awk mcm mn? Huhuhu…

      (Quote)

  2. This is really interesting, You’re an overly professional blogger. I have joined your rss feed and look ahead to looking for more of your wonderful post. Also, I have shared your website in my social networks

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *