Bismillahirrahmaanirrahiim.

Benarkah sudah memaafkan apabila masih memendam rasa terluka?
Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.
Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya saya kira semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.
Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.
Nah, adakah itu namanya benar-benar memaafkan?
Apabila Hati Terluka Dek Orang
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara yang anda ketahui.
Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka dendam pula mengambil alih peranan.
Kadang-kadang, apabila mendapat tahu si A mengumpat anda, rasa sakit itu itu akan serta merta muncul dalam diri. Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.
Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.
Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka anda memaafkan kerana tercampak sedikit meluat melihat wajah si pesalah.
Walaupun pada masa itu anda sebenarnya tidaklah memaafkan sepenuh hati.
Adakah itu normal? Bagi saya tidak.
Memaafkan Tapi Masih Terluka
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang itu.
Saya kira, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.
Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?
Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat deh sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Ta’ala pula.
Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!
Bagi saya sendiri begini, sekiranya hati anda masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,
“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”
Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak berkata sedemikian!
Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MashaAllah.
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlah muslim yang terpuji.
Justeru, saya kira orang pemaaflah yang paling kuat. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh Ta’ala.
Rasulullah SAW pernah bersabda.
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!
Pssst! Saya tahu anda seorang yang pemaaf dan lembut hati.
Semoga ALLAh merahmati kehidupan anda sekeluarga di dunia dan akhirat. Senyum.
Semoga ALLAh merahmati.

salam. entry yg sgt menarik, syukran atas prkongsian ini. =). saya ada mngpos mngenai isu maaf ini juga, klu sudi ziarah lah laman ini; http://syeraho.blogspot.com/2011/02/hidupkan-jiwa-dengan-kemaafan.html
[Balas Komen]
salam,,trima kasih tulis artikel ni.
rasa mlu baca apa yg awk tulis ni bila muhasabah blik.sy prnah je buat mcm ni. saya kena fitnah.
bla orang yg buat fitnah tu datang pd saya utk minta maaf,sy ckp sy maafkan.tapi sbnrnya sy berdendam.bila pristiwa fitnah tu tak dapt dilupakan, sy buat sesuatu utk balas blik perbuatan dia.sy baca ape yg awk tulis,rasa brsalah itu kembali wlupun dh lama berlalu.ya allah,jahatnya saya.
[Balas Komen]
salam..terima kasih untuk segalanya
saya selalu di sakiti hati..tapi saya hanya berdiamkn diri sahaja bersabar..tapi keadaan sering berlaku pada sahabat yg sama..sehinggakn saya pula minta maaf kepada nya..saya sering bertanya kepada dia.apakah kesalahan saya pada dia yg sering bermasam muka..jawapanya dia cakap tidak ada apa kesalahan saya pada dia..sering kali dia cuba menghilangkan diri dari saya dan saya tahu dia sering bercerita tentang saya pada orang,bila saya brtanyakan kenapa buat mcm ni,dia hanya cakap tidak xda salah apa2 pun..setiap kali dia dilanda kesusahan saya lah orang dicarinya.masalah kewangan,anak2,keluarga dan kerja..bila ada sesuatu masalah itu sudah selesai dia begitu rapat sekali dgn dia dan familynya..sehinggakn makan,minum bersama keluarganya,jika saya tidak dapat datang kerumahnya dia akan menalifon saya,kerana anak2nya rapat dengan saya..saya sudah bersahabat baik dgn dia sudah 10thn..tapi dia semakin berubah,pernah saya menegur dia tentang kesalahan yg dia buat tapi saya pula dimarahi…
saya sayangkn dia sebagai sahabat baik.seluruh keluarga kami tentang persahabatan kami sekeluarga…tapi dia sering menyakiti hati saya.semenjak saya mengenali dia.dia seorang yang sering menasihati saya tentang agama sebab itu lah saya suka berkawan dgn dia..dan saya hanya mampu berdoa agar dia dapat berubah ataupun memberi tahu kesalahan saya pada dia…saya sedia mendengar
[Balas Komen]
Saya sedang belajar MEMAAFKAN.
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
August 1st, 2011 at 10:50 am
InshaAllah. Moga ALLAh Ta’ala lembutkan dan ajarkan.
[Balas Komen]
mohon share
[Balas Komen]
sejak d bngku skolah hngg la skrg,..stiap kali prsahabatan sya brmasalah saya akan mngalah dan meminta maaf,.sdgkan amat jelas ia bukan salah saya,.saya akan tertekan dan trbawa2 lam khidupan sharian jika ada msalah dengan shabat,.
kdang2 saya rasa letih,.letih tuk ktakan maaf sdgkn lam hati tak ikhlaskannye,.
sya syangkn sbuah prsahabatan,.bg sya ia bnd kdua trpenting lam idup sya selain fmily sya,.tp smpai ble sya hrus mngalah,.baru2 nie saya btul2 x than dan kitorang brgaduh,.ini krana tindakan dia mmbuatkan saya rasa x d hargai dan hina,.tp akhirnye sya y mminta maaf,.sya syngkan dia, sya anggp dia spt adik sndiri,.
tapi skrg hbungan kami msih dingin,.jauh brbeza dr dulu,.
apa y ptut sya lkukan,..persahabatan trlalu brnilai bg sya,.tp ada2 je poblem,…..
pening utk di fkirkan,..:(
[Balas Komen]
terima kasih atas perkongsian ini..saya dlm proses utk memaafkan suami, atas kecurangan nya yg tak mampu sye lupakan. Sungguh perit ujian ini.Tak tertanggung rasenya, kdg terfikir utk berpisah…saya rase dikhianati…Adakah perlu saya memaafkan suami, sedang hakikatnya hati saya masih diselebungi rasa kecewa, dendam, sedih, geram…saya seperti tidak meredhakan apa yg telah terjadi…apakah yg saya perlu lakukan..Adakah memaafkan jalan terbaik dan menerimanya kembali??
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
February 18th, 2012 at 10:54 am
Bagi masa untuk diri sendiri memaafkan suami itu lebih baik. Bagi ruang pada diri untuk berinteraksi, bersoal jawab dengan diri sendiri. Memang sakit rasanya bila dikhianati, semua orang pun akan rasa macam tu.
Puan bertanya, apakah perlu memaafkan suami? Perlu. Selebihnya, serahkan kepada Allah Ta’ala. Kalau suami Puan telah menyesal dan meminta maaf, berikanlah padanya ruang kesedaran dan ruang perubahan.
Semoga diberikan ketenangan hati.
Dan semoga rumahtangga Puan akan baik-baik sahaja.
Wallahu’alam~
[Balas Komen]
mohon share
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
February 18th, 2012 at 10:54 am
Silakan.
[Balas Komen]
sy mseh xpat nk maafkan tman lelaki sy yg sggup mmburukkn sy diblakang . skunk sy ade dismenyih untuk tnangkan ati yg sakit x trkata . sy mintak pdnye mse untuk mmafkan diew . sy xtau bile sy dpt maafkan diew . tp sy hrp sy dpt time diew kmbali .
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
February 18th, 2012 at 10:57 am
Terima kasih, Loli. Sudi berkongsi di sini.
Semoga Loli dapat berfikir dengan tenang dan sedalamnya.
Bukan mahu bersangka buruk, tapi harap Loli lebih bijaksana dan berhati-hati selepas diburuk-burukkan di belakang. Moga semuanya baik-baik saja.
Fikirkan sedalamnya.
[Balas Komen]