Melihat Si Sang Penulis

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Buku dan kopi itu seakan-akan bersaudara. Credit Picture : http://teacoffeebooks.tumblr.com/
Buku dan kopi itu seakan-akan bersaudara.
Credit Picture : http://teacoffeebooks.tumblr.com/

Salam di subuh hari! Apa khabar semua? Saya doakan semoga kalian semua sihat sejahtera iman dan amal serta fizikal. Semoga kita semua makin kuat beribadah, makin soleh dan solehah. Makin disayangi dan dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Saya teringat satu peristiwa ni. Latar tempat adalah di atas pesawat dari Manila menuju ke Zamboanga. Latar masa pula dalam pukul 6 pada waktu petang lebih serasa saya. Berada di dalam pesawat selama dua jam lebih, boleh jadi naik lenguh dan sakit-sakit badan. Tambahan pula, sejak dari pagi lagi kerja asyik lompat-lompat penerbangan sahaja. Maka kesempatan dua jam lebih itu, saya ambil untuk merehatkan badan walaupun kepenatan tidak hilang. Melihat penumpang-penumpang lain, ada yang membaca buku, bermain dengan gajet dan tidak kurang juga yang tidur.

Dua baris di hadapan, sebelah kanan tempat duduk saya, mata saya menangkap seorang lelaki yang berkaca mata, umur dalam awal 40-an sedang tekun menaip pada komputer ribanya. Walaupun saya tidak dapat melihat sepenuhnya wajahnya, saya pasti dia sedang tekun memikirkan apa yang hendak ditaip. Melihat sahaja pada keadaan jari-jemarinya dan skrin komputer ribanya itu, selepas taip sedikit terus dipadam, selepas taip dipadam semula. Dalam hati kecil saya tertanya-tanya, “Writer’s block?”

Saya tidak pasti task apa yang dia sedang siapkan. Boleh jadi sedang menyiapkan tesis. Boleh jadi novel, boleh jadi juga buku motivasi. Apa yang pastinya, saya melihat lelaki itu cukup bermotivasi untuk menulis di mana-mana sahaja. Saya sendiri pun malas hendak keluarkan komputer riba dan menaip, walaupun sebenarnya pada masa tersebut ada idea yang menjadi ilham. Padahalnya komputer tu ada di atas kepala saja. Anda rasa, melihat kesungguhan lelaki itu yang menulis apa yang saya rasa? HAHA. Sudah tentulah sedikit kecewa dengan diri sendiri. Kerana saya tahu diri saya dan saya tahu saya di tahap macam mana. Patutkah saya kecewa terhadap diri sendiri?

Memang patut!

Betullah kata sesetengah individu, bukan senang menjadi seorang penulis yang istiqamah atau berdedikasi terhadap penulisannya. Sebenarnya, betapa ramai penulis yang bertarung dengan diri sendiri di luar sana. Yang ini saya percaya. Mana hendak layan malasnya lagi? Buka laptop (okey kita guna perkataan laptop sekarang) saja, terus jadi writer’s block. Dari banyak idea tadi, tiba-tiba sahaja semuanya seakan-akan hilang. Dari bersemangat untuk mencoretkan sesuatu, terus jadi lemah semangat.

Dan macam-macam alasan lain lagi yang dijadikan untuk secara tidak langsung menghindarkan diri dari dipersalahkan. Hey, sebaik-baik alasan itu tetaplah sebuah alasan! Rekalah sebanyak mana dan secantik mana alasan, tetap alasan namanya.

Mahu istiqamah menulis? Maka menulislah selalu! *Zreett!* Terkoyak! Credit Picture : http://teacoffeebooks.tumblr.com/
Mahu istiqamah menulis? Maka menulislah selalu!
*Zreett!* Terkoyak!
Credit Picture : http://teacoffeebooks.tumblr.com/

Menulis itu adalah tanggungjawab.

Paling tidak adalah tanggungjawab terhadap diri sendiri. Yang secara tidak langsungnya adalah tanggungjawab kerana Allah SWT. Satu-satunya jalan supaya si penulis itu untuk rajin menulis dan dedikasi terhadap penulisannya adalah dengan MENULIS!

Jika kita biasa menulis, dan kita tidak lagi menulis dalam satu tempoh yang agak lama, maka skil dan kelajuan penulisan kita semakin berkarat dan lembab. Tidak percaya? You try! Kamu mesti percaya dengan apa yang saya cakap ni. Dan yes, this is not a joke.

Kadang-kadang kita perlu bertanya terhadap diri sendiri, “Kita menulis kerana apa?” Dalam penulisan, just be yourself! Jangan kerana melihat penulis-penulis buku yang lain makin rancaknya, maka kita pula semakin hilang arah. Eh! Macam mana tu? Yang saya maksudkan adalah, kita semakin hilang arah untuk rancak seperti itu sedangkan sebenarnya kita sedang menjauhi penulisan kita sendiri.

Kalau mahu rancak jua mahu buku diterbitkan, maka penulisan oleh si penulis itu sendiri perlulah rancak jua. Atau lebih senang, jangan tengok orang lain. Tapi tengoklah diri sendiri, bersoal jawab dengan diri sendiri. Misi dan visi kita sebagai seorang penulis itu apa? Okey, setiap penulis, dia ada misi dan visinya tersendiri. Dan saya percaya penulis yang baik, adalah penulis yang mahu memberikan sedikit sebanyak manfaat dalam penulisannya untuk masyarakat. Betul? Betullah tu, kan.

Jadi, saya sendiri sebenarnya tidak dapat mencari jalan untuk buku diterbitkan melainkan dengan kita sendiri yang tekun menulis, dan didik diri pada masa yang sama untuk banyakkan membaca dan memperbaiki peribadi. Hantar hasil penulis kepada syarikat penerbitan, tunggu jawapan dengan sabar dan doa. Doa kalau karya kita itu ada manfaatnya buat ummah, maka ya Allah permudahkanlah. Kalau sebaliknya, maka didiklah diriku menjadi penulis yang bermanfaat kepada ummah!

*lap peluh di dahi*

Toleh ke kanan, patut pun berpeluh-peluh dan panas. Kipas tidak dihidupkan. Ditambah dengan penulisan diri sendiri yang menembak dan ter*zret* banyak kali kepada diri sendiri, bertambahlah panas. Senang nak nasihat orang, tapi susah nasihat diri sendiri.

Anda seorang penulis?
Maka menulislah.
Sampai mati!

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *