Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Kita Manusia : Saling Memerlukan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Usrah = Keluarga. Maka, kita berkeluarga!

Hendak berkongsi sedikit cerita yang dilalui. Semalam, 16 Disember bersamaan dengan 11 Muharram, 1432 H. Telah diadakan iftar jama’ie bersama-sama Unit Amal dan Persatuan Nisa’, sempena hari ‘Asyura. Alhamdulillah, banyak pengisian yang diperolehi.

Banyak perkara yang mengetuk minda masing-masing apabila telah diperingatkan oleh kakak-kakak yang begitu prihatin. Insaf? Mesti disusuli dengan tindakan. Itu maksudnya, masih ada kekurangan diri yang sedaya upaya kita wajib perbetulkan dan tingkatkan amalan.

Syukur berada dalam majlis ilmu sedemikian.

Di sana, menyedari dan mengakui betapanya pentingnya sesebuah jama’ah atau kumpulan itu saling berpaut antara satu sama lain. Tidak boleh tidak. Kerana apabila ada yang pincang, maka kepincangan itu akan turut terasa oleh semua ahli dalam kumpulan tersebut.

Antara Pengisian

Berhimpun, dan berbuka puasa sama-sama. Alhamdulillah. Moga ALLAh pandang dan nilai amal yang tidak seberapa. Antara kelebihan puasa ‘Asyura adalah dosa-dosa kecil setahun yang lalu akan diampunkan. MashaALLAh! Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Qatadah r.a., sesungguhnya Nabi SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, Baginda bersabda : “Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu.” – HR. Muslim

Selepas itu menunaikan solat maghrib, makan malam, solat Isyak dan Usrah. Hamdalah! Banyak pengisian usrah yang diadakan selama lebih kurang 3 jam itu. Dan pada sepertiga malamnya, diadakan Qiamulail.

Betullah. Kita akan kuat apabila berada dalam kumpulan, dan kita akan lemah apabila keseorangan. Sebab itu pentingnya sahabat/teman/kawan yang boleh mengingatkan dan membantu kita. Saya kira, iman ter’refresh’ semalam. Iman manusia itu ada pasang surutnya, sebagaimana akidah ahlul sunnah waljamaah, iman manusia ini ada turun naiknya.

Apabila berada dalam kumpulan orang-orang yang soleh, maka iman kita akan naik. Apabila melakukan kejahatan, maka iman kita akan menurun. Apa kata anda? Iman kita memerlukan pengecas bukan?

Didalam usrah yang diadakan itu, aktiviti pertama yang diadakan adalah menyusun suku kata lagu ‘Akrab Persahabatan – In Team’. Dan aktiviti kedua, diberikan kertas yang kosong untuk dilakarkan bentuk lima jari dan menandakannya mengikut kepentingan apabila kelima-lima jari tersebut hilang/dipotong.

Aktiviti pertama, kurang berjaya akibat tiada strategi. Dan itu benar. Terasa diketuk? Benar.

Pengajaran

Sesebuah kumpulan itu, dalam melakukan apa sahaja, haruslah mempunyai seorang ketua, ahli dan strategi, dan ahli yang kesemuanya sentiasa komitmen dengan tugas masing-masing. Barulah kejayaan itu akan menjadi milik mereka. Tidak bermakna sebuah jama’ah itu apabila ada ketua, ada strategi tetapi ahlinya pula mengamalkan sikap individualistik.

Jadi, apa yang hendak disampaikan sebenarnya adalah, didalam satu gerak kerja sesebuah kumpulan, semuanya ada peranan masing-masing. Dan masing-masing ada tugas yang perlu digalas, dimana jika suatu tugas tersebut tidak dilaksanakan oleh seorang ahli jama’ah, pasti akan berlaku kepincangan sedikit sebanyak yang memberi efek kepada keseluruh ahli dan kerja yang sedang dilakukan oleh mereka.

Kerjasama adalah kerja semua orang. Bukan hanya seorang individu.

Kaitan Lakaran Tangan dan Jama’ah

Selalunya, akan ada perkara yang memerlukan semua orang mengambil keputusan untuk membuat segalanya berjalan lancar. Maka, lakaran tangan yang dilakukan semalam juga adalah begitu.

Apabila membuat keputusan, haruslah mengambil keputusan yang kebaikannya lebih banyak dari mudarat yang akan timbul dek keputusan yang dibuat walaupun akan terasa sesuatu yang tidak seimbang. Tetapi inshaALLAh, ketidakseimbangan itu boleh ditutupi oleh ahli yang sentiasa komitmen untuk membuat yang terbaik dalam gerak kerja.

Jari kita ini, apabila hilang satu, walaupun bukan semua, maka akan ada cacatnya disitu. Dan begitulah perumpamaannya dalam sesebuah jama’ah atau kumpulan. Jika hilang satu/ahli tidak menjalankan peranan, akan terasa kekurangan walaupun masih bergerak dan berfungsi. Dan itu menerangkan, betapa dalam sesebuah kumpulan itu sangat-sangat memerlukan antara satu sama lain agar semuanya sempurna dan memuaskan hati.

Sebenarya dan hakikatnya, bukan hanya dalam satu kumpulan, tetapi manusia itu saling memerlukan untuk terus saling kuat! Makanya, ALLAh menciptakan manusia dengan latarbelakang dan asal yang berbeza-beza agar kita saling mengenali dan menguatkan antara satu sama lain.

Anda hendak kuat? Maka mari bersatu!
Saya menadahkan tapak tangan, ingin bersatu dengan anda. *senyum*

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *