Ketenangan Dalam Lensa Iman

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kesederhanaan dalam keredhaan Tuhan itu membahagiakan.

Ketenangan.

Menyebut perkataan itu saja menghadirkan perasaan bahagia dalam hati.
Dan saya senang begini.

Perjalanan hidup setiap manusia memang berlainan, kerana kita tidak berjalan di atas takdir orang lain. Tuan Punya Dunia telah sediakan setiap cerita untuk kita.

Ketenangan itu berpunca dari mana? Tentulah dari Dia~

Ketenangan Yang Membahagiakan

Ketenangan itu mempunyai kuasa. Percaya?

Berhadapan dengan musuh, ketenangan yang terpamer itu akan ‘membunuh’ musuh. Melemahkan semangat melalui kemarahan yang hadir dengan melihat ketenangan pihak lawannya. Meruntuhkan strategi, memusnah tradisi.

Dan ketenangan itu juga, dapat melembutkan.

Seperti halnya watak seseorang yang berperwatakan tenang. Melalui jalan dakwahnya, mungkin ada yang akan membenci. Memfitnah dia cuma berlagak baik, ‘bajet’ bagus. Tetapi, dalam tohmahan itu semua, pasti ada hati-hati yang terpaut pada ketenangan diri seseorang itu. Bukan semata-mata kerana zahirnya, tetapi kerana hati itu tersentuh dek sentuhan Tuhan melalui ketenangan watak seseorang itu tadi.

Indah. Sungguh.

Wallahi, saya pernah berjumpa dengan orang yang berperwatakan seperti itu. Langkah kakinya, bicaranya, senyumnya; sangat tenang. Dan ketenangan yang dirasai itu mengingatkan kepada ALLAh Ta’ala.

Beruntung kan orang yang macam tu? Cerminan rahmat Tuhan, mungkin.
Hadir dirinya bukan untuk sia-sia.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *