Kerana Alasannya Writer’s Block

Memang wujud pun. Tapi lebih teruk bila asyik menyalahkan writer's block padahal diri sendiri yang malas. Credit Picture : http://orig09.deviantart.net/
Memang wujud pun. Tapi lebih teruk bila asyik menyalahkan writer’s block padahal diri sendiri yang malas.
Credit Picture : http://orig09.deviantart.net/

10 Syawal 1437 Hijri, bersamaan dengan 15 Julai 2016.

Sebelum itu, sebelum saatnya menyalahkan diri sendiri kerana merasa teruk sendiri, izinkan saya mengucapkan ‘Eid Mubarak, Taqabballallahu Minna Waminkum, Kullu ‘Am Wa Antum Bikhoir! Semoga diterima amalan daripada kamu dan dari kami sepanjang di bulan ramadhan yang sudah berlalu pergi. Rasa macam sekejap sahaja, kan?

Tapi, serius. Apa perasaan kalian ya selepas beraya? No, I’m serious.

Kisahnya dengan blog ini, kali terakhir dijenguk untuk dikemaskini pun adalah pada 4 Jun 2016. Bererti bulan lepas, yang hanya ada tiga entri sahaja pada bulan tersebut. Oh snap! Saya memang jauh dari azam yang hendak dilaksanakan pada tahun 2016 ini.

Azam tahun 2016 itu tulisan dan buku. Tulisan saya memang jauh ketinggalan, ya Tuhan! Tetapi tentang 100 buah buku dalam tahun 2016, saya masih sedang menuju ke arah itu. Adakah berjaya atau tidak, sama-sama kita nantikan.

I keep asking myself, “What’s wrong with your blogging habit?” And I’m like will knock myself with that question in two or three minutes and then akan buat macam biasa. Padahal jiwa sedang rabak dengan pertanyaan sendiri. Mahu meninggalkan dunia penulisan, jauh sekali. Kerana lama sebelum menjadi penulis buku, saya sudah menjadi penulis jalanan. Mana mungkin saya mahu mendustakan dan mencelakakan salah satu jalan diantara jalan-jalan yang membawa saya kepada Tuhan.

Dengan penulisan? Ya.

But then you can say to me, “Shame on you. Boooo!” Saya akan terima. Alasan writer’s block saya sendiri sudah muak. Walaupun perkara tu wujud, tapi sebenarnya perkara tu terjadi disebabkan diri sendiri. Konsep dia sama macam sebuah ilham, manakan datang tanpa kita berusaha dan berfikir. Makanya, writer’s block menjenguk kerana kita tidak berusaha untuk menghalau writer’s block. Faktornya? Banyak. Tapi nanti saya sebutkan pada lain waktu kalau umur masih panjang. Kalau Allah masih mengizinkan saya menulis di dalam blog ini, dan kalian masih membaca tulisan-tulisan di sini.

Untuk entri kali ini, mari saya pendekkan.

Kepada sesiapa yang sedang menulis, yang sedang menyiapkan manuskrip, yang sedang berjuang membetulkan tesis, atau yang ada bercita-cita untuk menulis;

teruskanlah menulis!

Writer’s block sebenarnya sudah menjadi alasan paling sampah untuk mengelakkan diri daripada dipersalahkan walhal salah diri sendiri yang malas. Aih geram aku! Seolah-olah alasan ini sudah sebati dengan diri sendiri. Apapun yang sedang kita hadapi dalam hidup, untuk perkara-perkara yang kita pernah dan sedang perjuangkan, janganlah mengalah.

Tidak menjadi di jalan A, maka berusahalah pula di jalan B. Kalau tidak tercapai di jalan B, maka usaha lagi di jalan C. Dan begitulah seterusnya. Kerana waktu akan terus berjalan, dan tidak akan peduli terhadap kita yang masih tetap bersemangat atau sudah berputus asa. Kita semangat, usaha kita akan seiring waktu yang berjalan. Kita putus asa, makhluk Allah yang bernama waktu atau masa itu sedikit pun tidak akan terkesan.

Dah alang-alang bersusah payah, biar payah ada hasil buah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *